CUKARIA MENUJU 2019

44 0 3
                                    


CUKARIA MENUJU 2019

http://www.cukaria.com

Portal tajaan Kedai Buku Fixi sepanjang tahun 2018 menyiarkan 2 cerpen setiap minggu. Dinanti nantikan oleh 7 ribu lebih pelayar/pengikut, diketik kongsi, dibaca bersama teman teman di dinding mukabuku melalui komputer riba atau ponsel pintar. Dari 4 Januari 2017 sehingga artikel ini ditulis Cukaria sudah menyiarkan sebanyak dua ratusan lebih cerpen.

Penulis yang berjaya disiarkan karya mendapat baucar RM100 untuk digunakan di Kedai Fixi (bersamaan 6 buku). Buku boleh juga dipos ke mana-mana pelusuk dunia. Cerpen terpilih akan menerima emel selepas keputusan dibuat (2-4 minggu).

Cukaria merupakan tempat untuk saya mendapatkan buku buku fixi Novo setelah kerya disiapkan. Jangan tidak tahu Fixi, Matahari dan Fixi Novo mempunyai koleksi bacaan yang menarik dan bertema unik selalunya. Jimatlah sedikit wang untuk menjamu nafsu membaca.

Pelbagai bentuk penulisan cerpen dipaparkan pada tahun 2018, petanda negara tidak ketandusan bakat menulis dan bercerita. Portal Cukaria membebaskan tema dan teknik menulis seharusnya dipuji sebagai bank pengumpulan cerita. 

Apa tidaknya? Ia boleh dibaca percuma, bersiaran demi usaha galakan menulis, membaca dan jadi ruang untuk memperkenalkan bakat bakat baharu dan lama.

Berikut ingin dikongsikan 10 cerpen pilihan sejak awal tahun 2018 tanpa sebarang urutan merit:

1. - Cech Andrea - Tukang Pasang Bunting Neraka

2. - Ani Aziz - sebuah cerpen sade

3. - Mahizan Hussien - Santiago dan Namban

4. - Frahin Syazwani - 3.15 pagi

5. - Uthaya Shankar - Remaja di dalam almari

6. - Wardah Putih - Ombak Laut

7. - Muhammad Fareed - Kisah Pra-Kudeta

8. - Mohamed Naguib bin Ngadnan - Penduduk Tembok

9. - Ahmad Zubir - Dialog Sekawan Lembu

10. - Faizal M - Duit Untuk Kopi

10 di atas hanyalah pilihan peribadi, masih banyak lagi karya yang menghibur, dekat di hati dan membuat pembaca berfikir. Cerpen sempena bulan Ramadan, Merdeka, Musim Bolasepak Piala Dunia sudah menampilkan pelbagai ragam penulis muda. Untuk cerpen cerpen yang dirasakan dekat di hati sudah tentu dikongsi paut ke laman medsos masing masing. Portal yang meraikan kebebasan bercerita tidaklah tersasar jauh, sindiran, teguran, persoalan dari para penulis tetap melingkari trend sosial, golak politik dan budaya. Terlalu banyak yang sedap dibaca. Para pelakar ilustrasi juga kreatif, mudah dan menarik, mereka harus membaca sebelum melakar. Trimas Jeremy Joy dan teman teman.

Bagus untuk dibaca? Juga pilihan peribadi: (personal favourite)

- Lokman Hakim - matinya seorang pengarang

- Ariff Mustaffa Hamza - tokoh yang muncul dari lubang tandas

- Lokman Hakim - Kota Buku yang dilupakan

- Abdullah Hussaini - di dalam bas ekspress

 - Abdullah Hussaini - di dalam bas ekspress

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


7 FAKTA TENTANG CUKARIA *menurut editor Rahman Shah

(1) Cukaria adalah satu-satunya portal cerpen yang secara konsisten dan percuma menyiarkan cerpen selama dua tahun ini. Pada 31 Disember 2018 kami akan menyiarkan cerpen ke 235. (Untuk perspektif, Dewan Sastera hanya menerima 5 buah cerpen sebulan, maka setahun akan tersiar dalam 60+ cerpen, dan dua tahun 120+ cerpen.)

(2) Cerpen-cerpen bersifat subversif, melawan pemerintah, perdebatan secara terbuka - semuanya kami sudah siarkan. Hendak cerpen bernada serius? Ada. Yang bernada absurd? Ada. Seperti drama TV3? Pun ada.

(3) Cerpen pertama kami disiarkan pada 1 Januari 2017. Ia adalah cerpen Ariff Adly berjudul Topeng.

(4) Milestone pertama kami adalah siaran cerpen ke 100 pada 13 September 2017, iaitu cerpen Pasidah Rahmat berjudul Si Pembawa Bala. Pasidah Rahmat antara penulis dalam antologi All-Stars yang dibukukan khas buat acara BBW tahun 2017.

(5) Cerpen ke 200 pula milik A. Muziru Idham yang berjudul Poskad Cinta Adira, disiarkan pada 20 Ogos 2018.

(6) Penulis paling banyak tersiar dengan kami ialah Regina Ibrahim dengan 10 cerpen dan 1 artikel. Selain mempunyai 2 cerpen dalam top 3 yang dibaca paling ramai dalam portal kami, beliau juga, tanpa apa-apa kejutan, adalah salah seorang penulis dalam antologi All-Stars kami.

(7) Walaupun hanya dalam 25% karya penulis wanita tersiar setakat ini, kami di Cukaria berharap lebih ramai penulis wanita berbakat menghantar cerpen kepada kami.

NOTA: Sayangnya laman cukaria akan TAMAT sekitar februari 2019 akibat tidak kecukupan dana selenggaraan.

MENULISWhere stories live. Discover now