APA ADA DALAM CERTOT?

278 8 2
                                    


Polemik certot masih berlangsung untuk minggu ini. Penulis tidaklah peduli akan hal tersebut. Dalam dinding cerita ceriti sudah dikongsikan fiksi 100 perkataan. Fiksi fiksi terpilih menang hadiah di Bookexcess dan dipamirkan di resit pembelian buku. 

Certot seperti yang dikatakan mampu melatih penulis memilih rangka kisah, proses meringkaskan ayat, akronim dan macam macam lagi kalau kreatif.

Mari kita lihat sama sama apakah proses yang berlaku sewaktu certot 200 perkataan berjudul Nek Saerah ditulis dalam tempoh waktu 30 minit.

CERTOT 200 PERKATAAN

NEK SAERAH

Dahi berkerut sejak 10 tahun lalu. Apa tidaknya suasana tidak sama. Kalau dahulu telingkah hanyalah hal hal biasa, itupun di linkungan kecil. Dirahsiakan ada ketikanya tentang anak jiran mengandung, kahwin duit pek tikam pek, laki orang menikah dua, anak dara lari dan paling sensasi sekalipun kisah kematian artis seksi Norma Yuzie yang dikatakan kukunya harus dicabut kerana berpalit warna.

Baling belakang pengenalan usia nek Saerah, hal hal sensasi di zamannya yang tidak berbekalkan medsos. Ini pengenalan pada pembaca (terutamanya yang muda). Tingkas zaman kata orang.

Bertahun juga dia menidakkan telefon keloi. Sudahlah mahal makan duit, lama lama akibat desak hidup dibeli yang terpakai. Saerah memutuskan bahawa ini tuntutan zaman, cucunya melatih dia memakai komputer meja.

"Bukan susahpun nek... tekan yang ni, klik yang itu, resepi semua ada situ"

Peralihan warga tua pada hal hal internet. Dibawa untuk pembaca secara lewa, cukup dengan dialog sahaja.

Suasana rumah jadi sunyi. Cucu hilang melingkar di bilik, jumpa waktu makan sahaja. Kumpulan mengaji di madrasah bertukar info menggunakan aplikasi whatsapp. Murah, bukan 2 kupang macam zaman sms nokia 3310. Gosip manusiawi muncul di Samsung terpakai cucunya dia buat tidak tahu.

Akibat dan tingkah manusia di arus moden dipaparkan. Perbandingan masih terjadi dalam masyarakat. Ini ruang untuk wadah transisi peralatan moden.

Malam itu dia sesak, nafasnya kencang. Mungkin petanda bakal bertemu arwah suaminya. Salbiah teman semadrasah tersilap ketik kongsi dengan kapsyen 'anak cheta'. Video pelik diulang lihat berkali kali. Anak muda yang tampan tanpa sehelai benang bermata kuyu dalam durasi tidak sampai 2 minit mengasah pedang alaminya.

Isi klimak digambarkan menggunakan kisah negara terbaharu. Hal sensasi semasa, mungkin boleh digambarkan  tentang beda budaya? Cuai? Sepi? Aib? atau terkejut dan tahap kesihatan nek Saerah

Diurut dada yang sesak sambil mengucapkan
Astagfirllahalazim... lama dia berbaring.

Ditutup dengan relak dan tenang agar penamat tidak berbunyi melampau atau mengada ngada seperti mati atau pengsang. Digambarkan lelah generasi tua melihat keberanian, kemudahan, zaman yang menuntut pengertian.

MENULISWhere stories live. Discover now