MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN DIFTONG

166 0 0
                                    

MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN DIFTONG

Bahasa Melayu yang tersusun, sama seperti bahasa bahasa utama lain apabila masuk bab susunan dan penerangannya secara akademik harus difahami. Sebagai penulis alaf baharu, meskipun bukan pelajar kesusasteraan, paling tidak kamu peka secara dasar tiga hal yang disebut sebagai Morfologi, Sintaksis dan Diftong.

------------

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata. Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

It analyzes the structure of words and parts of words, such as stems, root words, prefixes, and suffixes.

Bahasa mempunyai tiga sistem yang utama, iaitu fonologi, tatabahasa, dan semantik. Tatabahasa terdiri daripada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis. Bidang morfologi mengkaji morfem dan kata. Kedudukan morfologi adalah pada tingkat paling akhir dan kedua akhir dalam hierarki tatabahasa ( melayu ).

Morfologi: golongan kata, bentuk kata dan pembentukan kata.

Golongan kata: kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Golongan kata: kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----------

SINTAKSIS: Ayat dasar, frasa, susunan ayat, jenis ayat dan penerbitan ayat.

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani Purba σημαντικός "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".

Selalunya terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantik" merujuk kepada makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur).

---------

DIFTONG

Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu;

ai

au

oi

Secara lebih terperinci, diftong ialah:

Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.

Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain.

Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.

Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi.

Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal "a", dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal "i" pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi.

Contoh perkataan diftong

ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai

au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau

oi - boikot, sekoi, koboi, kaloi, amboi.

Jadi, kalau dilihat pada hal di atas, tidaklah semudah mana Bahasa Melayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jadi, kalau dilihat pada hal di atas, tidaklah semudah mana Bahasa Melayu. Namun alah bisa tegal biasa, kamu pasti mampu menulis dan merangka struktur ayat dalam penceritaan/penulisan dengan lebih baik. Sama seperti proses kerja/bidang yang lain, semakin tekun makanya semakin mantaplah hubungan kamu dengan Bahasa Melayu meskipun kamu tidak mempunyai niat untuk menyertai bidang akademik bahasa.

----------------

Rujukan:

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berikut adalah kajian academia yang boleh dibaca secara percuma melalui internet:

MORFOLOGI

By Salawati Pandak Osman

PBS BM-KATA HUBUNG.docx

By Cik Dhiya

ANALISIS JURNAL (SINTAKSIS)

By Nuraisyafyqa Nortamizi

Morfologi

By zaidin ahnaf

MENULISWhere stories live. Discover now