BUAL BICARA

43 3 0
                                    

HAKIKATNYA...

Terus teranglah ya... rasa malu dan segan sebenarnya untuk menjawab bila ditanya.

kenapa malu?

Kerana jaya diukur dengan wang ringgit, kereta mewah dan gaya yang wow... sedangkan hidup saya biasa biasa sahaja, mungkin laeh di mata orang.

Jadi apa sahaja yang sudah dilakukan?

Banyak... tapi ada dua tiga yang diambil serius. Buat masa ini menulis, melukis terpaksa tunggu dulu kerana tiada ruang simpanan. Kerja pentas sudah perlahan atas faktor usia dan tentunya jantina.

Pentas?

Tengok..., kamupun terkejut bukan?

Ya, saya kurang pasti apa maksud pentas.

Saya penyanyi dan pengacara majlis koporat.

Oh! Begitu (wajahnya masih tampil ragu ragu), cerita sedikit...

Di usia 12 tahun sudah menyertai audisi Bintang RTM, sempat masuk peringkat radio utara. Ketika masih belajar di Ipoh dan KL masih lagi aktif di dunia muzik. Ya... lagu Bulan Sabit Merah 'di malam sunyi' ciptaan Eu Eaw Jinn itu latarnya suara saya zaman pita rakaman. Sayang pitanya sudah tidak ada.

Menjadi vokalis adalah keghairahan yang meluap lama. Sekarang kamu faham bukan kenapa saya begitu serius bila berbicara tentang lagu, musik dan lirik.

Dengan rupa paras yang tidak berapa nak diterima di Malaysia, saya berusaha keras. Tidak masuk mainstream, tetapi diterima atas pentas bermula dengan show kecil sejak 95. Ketika itu saya benar benar berusaha untuk bergerak solo (menyertai kumpulan mak nyah cantik untuk pertunjukan awalnya - mereka berkumat kamit jelita, saya tampil ke depan untuk berjenaka dan menyanyi - mereka tukar baju). Akhirnya setelah menang Queen Of Entertainment 1997 saya memutuskan untuk bergerak solo menyanyi dan mengacara majlis sehinggalah tahun 2016. Kemuncaknya pertunjukan makan malam dengan syarikat Pengurusan Acara yang prolifik di Kuala Lumpur. Dicky Oh adalah perngurus saya, setelah kematiannya saya terkontang kanting sendiri...

Dicky yang pernah uruskan Amy Mastura?

Ya, betul... orangnya tegas tapi lucu dan bersistematik. Selalunya saya hanya bawa diri sahaja... semua kelengkapan disediakan. Dia sering minta kamar suite untuk artisnya... Jadi merasalah juga kemewahan ketika itu (kalau jadi guru sekolah mana mungkin saya nikmati semua itu?) Bayaran tepat dan saya bahagia sekali. Banyak hal hal duniawi terlaksana ketika itu.

Musik bagaimana? Genre maksud saya...

POP. Untuk makan malam kita tidak boleh shiok sendiri... versetility harus ditampilkan. 2 lagu cina, 1 lagu melayu dan 3 lagu inggeris untuk satu. Lengkap dengan penari dan harus internasional. Itu teknik yang membawa saya ke India, Indonesia, Brunei. Usaha membentuk pertunjukan dan berhubung dengan penonton membuatkan saya bahagia kerana sudah membuktikan pada diri sendiri... seperti biasa, kalau diceritakan pada orang siapa mahu percaya kan? Mereka akan pandang atas bawah dan mungkin berkata, "perasan sungguh si tua ini". Tapi itu tidak pentinglah... bukti pada diri sendiri lebih utama. Sekali lagi saya ulangi, dengan wajah desa seperti saya, saya sudah melakukannya... (memang waktu kecil saya mahu tampil hebat dan dikagumi - setelah dewasa ia berubah sebenarnya). Saya mahu berbusana menawan, berdiri tepi pemain paino tua dan melantun suara penuh emosi.

Melukis pula?

Melukis memang sudah lama... lukis suka suka, menghiburkan hati. Sewaktu mengajar di Brunei saya sepi. Lukisan adalah penawarnya. Pulang ke Malaysia terkontang kanting mencari kehidupan (negara ini tidak pernah mahu menyebelahi orang seperti saya sebenarnya, tapi hati dikuatkan - sabar - baca rentak mereka). Saya suka bermain warna dan cerita. Jadi saya serahkan elemen tersebut pada mereka dengan rendah hati (artis selalunya yakin tetapi tidak mahu memuji karya sendiri) Pameran solo sudah 3 kali di Pulau Pinang (sukar mendapatkan penaja untuk pameran besar) dan lebih dari 5 pameran berkumpulan termasuk untuk Georgetown Festival di tahun 2 ribuan. Thanks Joe Sidek.

MENULISWhere stories live. Discover now