(NIAT)KARYA ADALAH SURAT CINTA... BOLEH JADI PROTES.

50 2 0
                                    

KARYA ADALAH SURAT CINTA... BOLEH JADI PROTES.

Penulis digerak gelembung niat. Bunyinya klise, namun bagaimana ditongkah segala jenis frasa tanpa niat? Lainlah jika kamu hanya pelapur berita atau menjadi penulis hantu dengan niat cari makan, dituntut kerjaya atau kamu orang berada yang suka menulis kerana wang berguni makan tidak habis.

Di negara kecil dan bersaing ini, mana mungkin muncul wenang wenang wartawan yang mahu duduk santai berwawancara dengan kamu secara ekslusif tentang karyamu seorang penulis ikan bilis (kualitinya yang difikirkan? Wallahualam!). Mahu dipaparkan dimana? Kamu tidak sensasi. Pembaca pula semakin berkurangan atau terpaksa memilih bila menghadap 1001 tajuk baharu di pasaran. Jadi promosi melalui medsos digunakan sebaik mungkin tanpa rasa malu. Iklan dari teman teman pembaca secara ikhlas jadi sangat indah. Bukankah lebih baik begitu?

Saya mahu berkisah tentang niat peribadi ketika berkarya. Tidak kiralah samada sudah atau belum dicetak jadi novel, cerpen, antologi bersama atau zine sekalipun. Tanya dalam dalam pada hati, apakah niat sebenar terhadap karya terhasil yang kemudiannya sudi pula dicetak oleh syarikat penerbitan atau dipaparkan di portal milik orang.

Kelegaan setelah berkarya sudah dibincangkan sebelum ini. Bagaimana bahu terasa ringan dan beban emosi bagaikan lenyap. Difikirkan kembali, ia suatu tindakan@proses yang agak SELFISH sihat oleh penulis bukan? Paling tidak itulah apa saya rasakan. Persetankan! Selagi karya mampu menawan pembaca apa salahnya?

Dalam menghasilkan karya (biarpun dengan syarikat penerbitan yang dianggap bebas) jarang saya buka surat cinta yang sebenarnya untuk sesiapa. Selalunya laman dedikasi berada di mukasurat awal karya sipi sipi mengambarkan gelut rasa setelah naskah siap. Berikut adalah beberapa kenyataan (umum dan peribadi) surat kasih dan protes dalam beberapa karya jika ditanya secara bersemuka:

PERJALANAN

Umum: dedikasi untuk teman teman mak nyah dan ibubapa semoga ada pencerahan.

Surat Cinta: pada diri yang sudah melalui kejadian berat, termasuk mengabadikan perjalanan di Sri Lanka dan teman teman yang pernah bercerita tentang kesukaran menjadi pekerja seks di negara orang dan cinta pada fesyen.

BUKU MAK NYAH

Umum: untuk ibu bapa dan adik adik trans yang keliru

Surat Cinta: Pada diri sendiri sambil meleraikan segala persoalan dunia Mak Nyah yang dilihat bagaikan tidak ada kompromi, Sewaktu penulis membesar tanpa penjelasan. Harus ingat saya hidup sebagai Mak Nyah tanpa panduan yang konkrit, terubang ambing mencari makna. Dikaji selia jantina yang serba tidak kena ini. Terma Transnita lebih banyak digunakan sekarang.

ANTOLOGI CERPEN REGINA IBRAHIM - FIXI

Umum: Hanyalah secebis kisah masyarakat

Surat Cinta: untuk famili dan diri sendiri yang membesar menyaksikan ramai perempuan perempuan yang kuat dan reda dengan takdir hidup. Banyak kebencian peribadi dipaparkan dalam antoloji ini. Masyarakat yang terlalu yakin, khilaf kehidupan semua jantina dan kemarahan pada sifat sesetengah institusi sosial yang mahu mengawal secara terlalu.

DELIMA

Umum: dedikasi pada dunia seni yang melintas di depan mata

Surat Cinta: untuk perjuangan para artis perempuan, harapan terhadap dunia seni Malaysia, memuaskan kemarahan diri terhadap industri Pop yang tidak adil. Disertakan barisan khilaf manusia yang hampir benar di dalamnya. Rasa meluat pada dunia POP yang mempergunakan keghairahan orang (yang tergedik gedik mahu jadi artis pop) dan seringnya membawa otak udang di negara ini.

BUDIMAN

Umum: untuk mencerahkan segmen seksualiti pada ibubapa dan masyarakat.

Surat Cinta: sebenar benarnya secara ikhlas untuk anak anak gay yang terlalu ramai keliru setelah cara hidup mereka dibedal, dihakimi dan dipertikai (sedangkan perasaan itu tidak pernah mereka minta). Melihat telingkah sesama mereka akibat tidak mendapat pencerahan juga membuatkan buku ini terhasil. Sengaja dipapar penerangan ulangan SOGIE dan kisah bi-seksual yang selfish. Sifat sifat manusia (watak pembantu) dan terus terang tentang kondisi keliru para LGBT akibat reaksi masyarakat yang tidak terbuka dan kerap mahu mendorong agama pada mereka. Sengaja diselit kisah kisah bijak mereka bagi membandingkan bahawa mereka manusia pintar. Surat cinta limited edition ini bagi saya sangatlah istimewa.

MENULISWhere stories live. Discover now