BERTEMU PENULIS PEMULA

40 6 1
                                    

BERTEMU PENULIS PEMULA

Ya, benar. I have a soft spot for young writers.

Bertemu dari waktu ke waktu dalam sesi penulisan, wacana perbukuan, bersemuka atau dimesej lewat medsos. Secara peribadi saya gemar melihat galur tingkah dan aspirasi mereka. Masing masing membawa pe'el tertentu. Itu semua adalah jamuan emosi buat saya.

Ada juga yang tidak tahu siapa saya (setelah berhempas pulas meletakkan diri dalam dunia penulisan Malaysia). Maklumlah perempuan transnita ini agak menakutkan untuk dihampiri.

-------------------------

Taring sudah dipasang sebaik sahaja tamat karya ke 5 yang sudah tentu mendapat sambutan (paling tidak mencapai perhatian, - harus ingat bukan semua di dunia perbukuan tempatan mahu mengeluarkan wang untuk membeli buku saya). Saya sendiri tidak mampu membaca semua cetakan karya semua penulis Malaysia - jadi ia seimbang dan harus dihormati.

Taring apa?

Keberanian untuk bercakap tentang buku, bukanlah taring untuk membaham tidak tentu hala. Harus ingat saya bekas guru - nilaian tersebut sudah tersedia di sudut hati. Taring tersebut juga tidak menghentikan saya untuk belajar (dari sang senior mahupun dari pemula sekalipun, saya kekah semua tips mereka - Ya, pemula setakat ini berperanan mencerahkan lagi pemerhatian saya secara peribadi dari waktu ke waktu).

--------------------------

Fiksyen kekal sebagai fiksyen. Namun cara menulisnya bagaimana? Pengolahan cerita? Gabungan dan tanggungjawab apa yang mahu dibawa bersama? Tidak cukup sekiranya fiksyen menjadi wadah syok sendiri (yang hanya dinikmati hanya oleh penulis dan pengikutnya sahaja).

Fiksyen yang baik sudah tentu membuatkan pembaca teruja, diulang baca sekiranya kurang jelas, membaca sirat pilihan kosa kata dan jika mampu menyumbang pada sejenis 'fikiran'.

Pokoknya fiksyen harus kekal menarik (walaupun kisahnya bersalut duka, pilu, kegagalan atau keanehan). Saya percaya bahawa penglipur lara mampu menyumbangkan pembelajaran dalam setiap karya, namun sangatlah klise jika setiap fiksyen itu diwajibkan memberi kesimpulan, moral dan pengajaran. Fiksyen boleh tamat tergantung secara bijak jika mahu pembaca menerawang fikir, bukankah pembaca juga berhak untuk berkhayalan?

------------------------------------------

Banyak soalan subjektif ditanya sang pemula. Antaranya:

1. Dari mana diperoleh idea asas menulis?

2. Perlukah dikemaskini kuasaan Tata Bahasa? Daftar kata DBP?

3. Pembinaan cerita mengambil masa berapa lama?

4. Perlukah menulis karya eceran?

5. Ada sebarang sistem yang harus diikuti?

6. Perlukah semua penulis berbau sastera? Bezanya dengan Indie?

7. Berapa dapat duit kalau karya tersiar?

8. Peranan editor sesebuah penerbitan

9. Bagaimana untuk kerja swaterbit? Apakah berbaloi?

10. Seronokkah menjadi penulis?

Semua persoalan di atas sudah dijawab dalam bab bab yang terdapat dalam wattpad MENULIS dan INDEPENDENT. Cari dan baca jika mahu kejelasan.

------------------------------------------

Kepada para pemula yang dicuplik kerja mereka untuk dijadikan panduan menulis diminta agar jangan kecil hati. Ini bukan sesi siapa lebih handal atau lebih bijak hebat. Pemula harus faham bagaimana setiap kita bermula dari bawah. Ada yang bertuah mendapat anjakan berlantun tinggi dan ada yang masih bertatih baik pulih.

MENULISWhere stories live. Discover now