PEMULA: Bila Sudah Diberi Peluang.

104 9 8
                                    

PEMULA: Bila Sudah Diberi Peluang.

Selama ini jenuh kamu berusaha. Sejak zaman persekolahan menulis untuk buletin, kenal medsos, melihat eceran penulis yang bernama dan diharapnya rajin pula membaca (bukan belek sahaja) buku buku fizikal hasilan tempatan.

Ada sayembara penulisan.... ada hadiah, ada yang gratisan dan ada yang membawa janji palsu.

Berulang kali pula karya dan usahamu DITOLAK.

Bukan tugas mama untuk berterusan berpesan bahawa kegagalan adalah tok guru terbaik. Ini saatnya untuk retrospektif diri dan karya yang pernah dihantar.

Satu pintu tertutup 10 lagi selalunya terbuka. Jadi tidak ada istilah putus harapan di sini.

------------------------

Tiba tiba peluang itu datang... Alamak! Alhamdulillah.

Makanya di sini, ada perkara perkara yang harus kamu teliti tumpu. Tidak kira puisi, cerpen, certot atau novel debut sekalipun.

- Jika penerbit memberikan contoh PDF kerangka buku, semak semula agar ia tidak mengandungi sebarang typo (ejaan silap atau ejaan yang sengaja disilapkan) - jika ada hubungi mereka kembali, bariskan pembetulan  sekiranya ada, kerana karya tercetak akan mewakili kamu.

- Saranan jika diberi, jangan takut untuk dinyatakan pada editor

- Kulit buku itu boleh kamu setuju atau tidak

- Bekerjasama selancar mungkin dengan editor dalam bentuk hubungan apa sahaja. Telefon, e--mel atau bolak balik bermesej di Whatsapp.

- Jangan malu untuk meminta nasihat dari mentor atau teman kamu yang sudah pernah berada di ruang penulisan.

- Jangan malu untuk diuar uarkan melalui rangkaian medsos pilihan untuk kerja mendatang (tetapi jangan keterlaluan) dan promosi bila buku fizikal sudah siap. Pemasaran tersebut melibatkan 2 hal: (Kamu sebagai penulis dan jualan buku tersebut)

- begitu juga bila dijemput untuk pelancaran. Jangan malu untuk berbicara akan karya yang sudah dihasilkan.

- Harus ingat, semua di atas adalah proses: Alah Bisa Tegal Biasa. Ia dilalui oleh semua para penulis (tidak kira tersohor, suam suam kuku atau Sasterawan Negara)

------------------------------------------------------------

Secara bermetafora, ceritanya begini anak anakku:

Jika kamu manusia yang berambisi, kamu mungkin percaya bahawa sepajang hidup kamu berkemampuan untuk memperbaiki apa sahaja kekurangan yang dirasakan singgah dalam diri.

Ia bagaikan satu paradok. Sebaik bebas dari segala ketidakcukupan, jangan pula kamu merantai diri. Jika asyik membaik pulih diri dengan harapan akan berubah jadi terbaik, kamu akan kerap pula diserang rasa tidak cukup.

Tidak kira apa sahaja yang dilakukan, sila ambil hentang akan hal di bawah:

- Reviu buruk akan tetap ada.

- Akan ada penolakan penolakan.

- Akan ada sahaja orang yang tidak suka pada karyamu.

- Akan tetap ada komentar tidak pakai otak dan komen teruk.

- Akan tetap ada orang yang mahu menumpukan tentang kekurangan/khilaf/kecewa mereka pada lekuk parut lukamu dan saat itu kamu akan merasakan bahawa mereka cuba untuk melukakan semula biar berdarah bahagian parut tersebut sekali lagi.

Hari hari kecewa akan tetap hadir, ada kalanya atas alasan yang baik ataupun tidak. Ada waktunya kamu hanya perlu berbaring dan meratap sedikit atau berjalan jalan berhibur untuk menggugurkan segala mood negatif yang tidak berhujung pangkal atau memutuskan bahawa ia tidak perlu difikirkanpun.

Untuk menjernihkan air berkeladak, gelas harus ditinggalkan sebentar. Untuk menikmati jaya, kita harus kenal erti gagal. Untuk tampil cantik menarik, haruslah didakapi segala keunikan dan mula melihat diri dalam kerangka luas dan cukup bulat. Untuk belajar, kita perlu mencuba. Untuk jadi terbaik, kita perlu berperang dengan ribut petir yang sebenarnya hadir dari dalam diri.

 Untuk jadi terbaik, kita perlu berperang dengan ribut petir yang sebenarnya hadir dari dalam diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now