UMPANKLIK

23 1 0
                                    

CLICKBAIT/UMPANKLIK

Clickbait atau Umpan klik merupakan tajuk atau ruang klik yang direka untuk menggoda netizen biar ghairah mengetik serta membaca portal, melihat, menonton isi paparan secara talian. (dalam laman internet – selalunya penuh dengan iklan dan virus niaga ada ketikanya) Tidak lain tidak bukan berniat menarik pelawat untuk menyukai laman tersebut. Umpan klik banyak digunakan oleh portal portal lapar demi bayaran iklan tajaan, tujuan menghibur, kini mula jadi sarang sebaran fitnah dan sajian berita berita HOAX/palsu/tanpa asas.

Ada portal yang mencuplik ragam ragam bangang warga medsos untuk dimanipulasi jadi artikel sensasi. Jangan terkejut kalau melihat berita anak, sepupu atau kenalanmu di portal tersebut. Mungkin juga kisah yang isterimu kongsikan di ruang medsos...

Sifat netizen yang malas membaca juga dipersoalkan. Mereka lebih terpikat pada perkongsian sensasi, tanpa melihat isi sebenar portal tersebut. Tajuk yang sensasi meledak tidak berhemah dan menyimpang banyak diguna pakai oleh portal lapar yang menjana pendapatan melalui kadar ketik, likes/suka atau dikongsi secara meluas.
Situs situs politik lagilah bijak menggunakan kuasa umpanklik, sedangkan kisah yang dipaparkan tidaklah sebergerun mana. Di sela sela gejala ini, pihak askar siber semakin bijak. Beberapa kerja fitnah memfitnah dan menghencap parti lawan dilakukan dengan mengambil kira situasi netizen (yang sentiasa sensitif, lapar sensasi dan gabra tidak menentu).

Kerja kerja 'paint' menggunakan logo portal portal berprestij juga ada digunakan dalam kerja menabur fitnah politik dengan hasrat mahu menjatuhkan pihak lawan. Kitapun ghairah berkongsi, meminati politik dan peka negara alasannya.

Kitapun apa lagi? Akibat geram lantas dikongsi lekat dan merasa bahagia bila ramai teman teman netizen ikut mengutuk, bagaikan ada sejenis kebahagiaan di situ.

ANTARA CONTOH CONTOH UMPANKLIK

- Mira tak dapat tidur malam... (dilekatkan gambar artis berposisi ghairah tersebut yang diambil dari drama lakunannya).
- Sherry tidak kisah bermadu... (sedangkan kisahnya lain)
- Menteri X benci Melayu... kenapa melayu harus itu dan ini... (kitapun maki hamun sebaiknya) Padahal isinya tidaklah seteruk mana.
- Jom mandi jam 5 pagi untuk kulit cantik....
- Kenyataan kenyataan bodo pemimpin dipamirkan – hanya kerana fahaman politik yang berbeza
- Paling banyak umpanklik adalah kisah LGBT dengan tajuk tajuk mengaibkan. (orang kita suka akan kisah kisah ponen dalam diam)

Antara personaliti yang sering mengundang umpanklik adalah Siti Kassim yang berimej agak tidak biasa di mata orang orang Melayu yang arob arob. Situs situs lapar kekal suka memaparkan isu dari beliau. Kisahnya sering dimanipulasikan (mungkin wartawan meluat padanya) Sesekali dikongsi isu isu lama Siti Kassim dan sudah tentu beriring makian oleh netizen yang tawadduk tetapi malas mengkaji. Beliau kerap disalah ertikan. Ingin saya sarankan pada yang meluat agar jumpa dia dahulu jika ada kesempatan...berbicara dengan dia agar kamu lebih kenal pada isi hati manusia bernama Siti Kassim.

Hati hati bila mereka cipta UmpanKlik. Kita tidak mahu kamu nanti bergelang besi. Juga ingin dipesan, semak dan baca dahulu (tidak ada siapa yang mengatakan ghairah mahu tahu kamu itu salah). Nilaikanlah sendiri isi berita tersebut samada hoax atau sekadar kisah picisan sahaja... silap silap haribulan Gelang Besi akan diberikan untuk kamu kalau ghairah berkongsi dan mencipta clickbait.

Apa yang menyedihkan, situs situs talian akhbar yang pernah bernafas di arus perdana juga harus ikut serta dengan alasan berkompetisi dengan sesawang berita lain. Hilang sudah terma yang suatu ketika dahulu digelar TAJUK BERITA.

"Apa clickbaik artikel kau kali ni?" saya terbayang pertanya sang editor pada si wartawan.

UMPANKLIK akan terus kekali jadi penting, para penulis harus memikirkan apakah umpan mereka, namun umpanklik yang bijak tidak perlu mengaibkan sesiapa dan paparan tersebut sudah tentu dinanti nantikan. Belajar belajarlah mengimbang ya, kalau kamu kemaruk sekalipun.

Salah benar? Tidak perlu dipersoalkan, asalkan pembaca yang terumpan terus membaca dengan teliti seluruh isi. Menjadi kesalahan bila membaca sebaris umpan dan terus membuat kesimpulan.

URTV sudah lama melakukannya di kulit majalah mereka bukan?

URTV sudah lama melakukannya di kulit majalah mereka bukan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISOn viuen les histories. Descobreix ara