NIRLABA

43 0 0
                                    

PROJEK NIRLABA PENULISAN

Nirlaba – bermaksud tidak ada sebarang keuntungan

Projek Nirlaba – Zero profit project with purposes

--------------------

Khalayak masih berada dalam lingkung memikirkan bahawa menulis boleh menjana keuntungan atau pendapatan. Sudah tentu boleh, sekiranya garapan kamu mendapat sambutan, jatuh dalam kategori bernasib JK Rowling atau Stephen King. Setelah itu diguna pakai oleh penerbitan buku, filem, sekolah kerajaan atau pertubuhan tertentu. Ada sejumlah bayaran yang akan dinegosiasi tentunya.

Jangan terkejut jika ada pihak yang mengusul projek penulisan NIRLABA.

Telah ditemui beberapa penulis kondang yang sememangnya menulis secara nirlaba. Masing masing membawa bersama aspirasi peribadi terhadap aktiviti tersebut. Tidak lain tidak bukan selain dari memastikan ekspresi diri sampai. Projek ini bertumpu pada pola fikir yang ingin diketengahkan tentang perkongsian yang pelbagai: Tips Kesihatan, Kesedaran Sosial, Dirian Politik, Fiksyen, Sajak atau boleh jadi apa sahaja.

Sama sahaja dengan situs situs internet yang beralaskan syarat nirlaba. Antaranya menulis untuk situs MalaysiaKini, BilikPenyair, Kerja tangan Ridhwan Saidi, Cukaria, Portal Sejarah dan budaya termasuklah paparan di wattpad.com yang sedang kamu baca ini.

Begitu juga PDF percuma yang dipaparkan demi sidang akademik dalam negara. Ada PDF karya fiksyen yang ditawarkan secara gratis demi kemudahan generasi membuat penilaian.

Kenapa harus nirlaba?

1. Mendapatkan pendedahan (penulis & pembaca)

2. Berkongsi pendapat dan melakarkan idea idea baharu

3. Mungkin masih dijual tetapi tidak menjurus pada keuntungan

4. Ditaja oleh badan badan tertentu, kos cetakan dan edaran

5. Tanggungjawab sosial yang dirasakan perlu.

Saranan dari penerbit atau sesiapa sahaja untuk projek nirlaba harus dinilai dengan baik. Sistemnya tetap sama, harus melalui proses editan terbaik dan dipantau sebelum dicetak. Penulis yang ditawarkan, diwajibkan tahu apa tujuan terakhir saranan tersebut.

Nirlaba boleh terjadi pada proses antoloji berkumpulan (cerpen, sajak, puisi atau zine) – masih dalam kondisi di mana semua karya dikumpul, diedit dan diberikan layout, font, jenis kertas yang dipersetujui oleh mereka yang terlibat.

Penyumbang terhadap projek sebegini haruslah dihubungi dari waktu ke waktu sewaktu proses editan, penetapan cetak dan ketika subjek nirlaba itu diedarkan. (termasuk promosi).

Antara syarat syarat piawai projek Nirlaba:

1. Segala sumbangan karya adalah percuma semata mata dan ada kebenaran/persetujuan editan.

2. Penyumbang akan diberikan beberapa naskah tersebut. Boleh dijual

3. Penyumbang dihubungi jika cetakan bertambah atau berhenti cetakan.

4. Penyumbang akur pada syarat syarat yang sudah ditetapkan

5. Sumbangan karya boleh disiarkan atau diketepikan sahaja tanpa syarat.

NOTA: Secara peribadi jika penulis mampu, apa salahnya? Tetapi jangan sekali kali dibenarkan jika alasan 'exposure' berterusan setelah dihasilkan lebih dari 5 buku/karya yang sahih mendapat sambutan. Jika secara rela hati terpanggil untuk menulis tentang isu isu yang dekat di hati, projek nirlaba tidak menjadi salah. Penulis sudah lama mengerti tentang nikmat bila artikel, cerpen, sajak dan sebarang hasil karya mampu dinikmati oleh ramai tanpa berfikir berkali kali tentang harga. Sama seperti kerja bakti lain, bidang penulisan juga mampu menyumbang. Kita tidak pernah tahu tentang rezeki di hadapan yang disusun oleh Pencipta. Mana tahu disusunnya keajiaban dan kenikmatan yang berlipat ganda untukmu...

Jika ada kemampuan, demi kerancakan dunia penulisan setempat apa salahnya?

Prof Latif Kamaluddin yang sekian lama menerbitkan buku prosa dan puisi nirlaba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Prof Latif Kamaluddin yang sekian lama menerbitkan buku prosa dan puisi nirlaba. Buku beliau boleh didapatkan di Gerakbudaya Pulau Pinang

Alasan mencetak dan edaran Nirlaba? Sudah tentu bebas dari sistem biasa: urusan editan, canggah idea, pemilihan font dan karya menyeluruh - ini harus dilihat teliti sebelum ada tuduhan SS - Syok Sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alasan mencetak dan edaran Nirlaba? Sudah tentu bebas dari sistem biasa: urusan editan, canggah idea, pemilihan font dan karya menyeluruh - ini harus dilihat teliti sebelum ada tuduhan SS - Syok Sendiri. 

Ada karya karya nirlaba digunakan untuk menjana pendapatan terhadap kos kos kebajikan. 

MENULISWhere stories live. Discover now