PENULIS YANG MELUKIS? PELUKIS YANG MENULIS?

55 0 0
                                    
Kamu ini biar betul? Atau paling tidak saya nampak ada kerutan dahi dan iris mata aneh terbentuk dari kenalan baharu yang merasa kurang senang apabila berbual santai tentang kerjaya. Sukar juga untuk telus bercerita. Ada yang tahu kerja pentas saya, ada yang tahu saya ini bekas guru kerajaan dan ada yang pernah membaca buku tulisan saya. Sebagai pelukis? OMG... tidak mungkin! Semua dia mahu buat? Itu belum lagi diceritakan tentang kraf mengikat batu mineral jadi perhiasan.... entah entah dia propar?

Apabila dikhabarkan tentang aktiviti melukis, tentulah ia berbunyi sangat ambisius. Penipu yang kuat propar memang gemar bercakap besar atau berkhayalan sasau. Jadi saya selalunya memilih untuk tidak diceritakan. Sekali sekala dipaparkan di medsos, beriring soalan: Mama lukis ker tu?

Ya! Saya melukis dan banyak lukisan harga mampu milik dikumpul beli oleh mereka di Pulau Pinang sebagai menyokong aktiviti seorang Transwoman yang melukis. Antara pengumpul pengumpulnya adalah:

Joe Sidek, Latif Kamaluddin, Keith Hockton, Anwar Fazal, Fuan Wong, Jerry Richwork, Didi Elle dan ramai lagi yang tidak mampu saya senaraikan. Penglibatan bersama GTF untuk pameran Indigo pada tahun 2014 dan Café Display 2018. Pameran solo pertama di Ching Lotus Humanist Space pada tahun 2003 dan diikuti oleh pelbagai pameran gabungan. (sila google)

11/12/2018 sudah diserahkan 3 lukisan besar 4 kaki X 4 kaki dan kerja kerja awal impressionist untuk pemilik café muda, akibat tidak cukup ruang penyimpanan. Saya kira lebih baiklah lukisan lukisan tersebut diperagakan daripada dibiarkan menyimpan habuk.

2019 akan dimanafaatkan melukis dalam saiz sederhana bersama dengan gurisan dan media gabungan, sementara menanti novel terbaharu diedarkan. Kelahiran demi kelahiran karya sebenarnya adalah deria penantian yang menyumbang pada rembesan adrenalin bahagia.

Tahukah kamu yang saya masih kekok untuk memperkenalkan diri sebagai PELUKIS? Ada sejenis rasa pelik di situ. Sesekali bersama anak saya Fahmi Mustaffa kami akan menyelinap masuk ke pameran pameran di sekitar Penang menikmati minuman dan makanan percuma. Kadang kadang kami tidak berceritapun bahawa kami juga menggunakan warna dan gurisan. Bukan apa, takut orang meluat!

Hamboi... semua depa nak karau kat depa!

Jangan silap. Kehidupan pelukis yang menulis bukanlah seperti yang kamu lihat dalam filem filem fiksyen.

Melukis dan menulis adalah kerjaya sepi, tetapi disyukuri dengan penuh misteri yang membahagiakan walaupun miskin kewangan.

Melukis dan menulis adalah kerjaya sepi, tetapi disyukuri dengan penuh misteri yang membahagiakan walaupun miskin kewangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Some of these huge paintings can be witnessed at Cafe Lagenda Campbell Street Penang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Some of these huge paintings can be witnessed at Cafe Lagenda Campbell Street Penang.

Some of these huge paintings can be witnessed at Cafe Lagenda Campbell Street Penang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

the above were pieces collected by Sentuhan Gallery.

NOTA:

Nov 23, 2017 - A storyboard artist and urban sketcher who loves gardening and cats. Fb: Lim Wai Fun Insta: Lim Wai Fun. Regina Ibrahim. A true blue Penang ...

MENULISWhere stories live. Discover now