ANTOLOGI

86 2 0
                                    

ANTOLOGI

Di dunia penerbitan, sebuah antologi bermakna, koleksi kerja kerja sastera yang terpilih; ia mungkin koleksi skrip drama, puisi, cerpen, lirik dan lagu atau cuplikan dari pelbagai pengkarya/penulis. Boleh juga jadi kumpulan koleksi karya dari seorang pengkarya yang digabung dari pelbagai penerbitan dan menjadi antologi perseorangan.

Kenapa menyertai antologi?

- Antara langkah awal demi cetakan karya

- Titik mula memperkenalkan diri, untuk dikenali

- Pencapaian peribadi tertentu sebagai penulis

- Digabungkan walau tanpa persetujuan (atas dasar hakcipta)

Discoverability. Pembaca yang memilih antologi kerana mereka meminati pengkarya lain dalam koleksi mungkin akan tertarik dan mula mengenali kamu sebagai pencerita yang hebat. dan mula mencari karya kamu yang lain.

Visibility. - Paling tidak perakuan kamu sebagai penulis jadi lebih jelas.

Promosi Kabolaratif - Kerjasama yang bergabung menjadikan projek lebih mudah dan berkesan.

------------

Tawaran penyertaan antologi sering ada di akhbar dan uaran medsos. Jadi ambil peluang, mana tahu terpilih?

Dijemput untuk menyertai antologi kerana bakat kamu dipercayai

Tema: Kamu didapati sesuai atau mampu mengikut rentak dan tema/tajuk antologi yang direncanakan oleh ketua pengarang.

Masa dan wang - lebih menjimatkan berbanding cetakan karya solo yang belum tentu nasibnya.

Editor dan Penerbit - selalunya sudah bersedia dan berpengalaman menguruskan kerja kerja editan sehingga proses akhir perbukuan.

KEBAIKAN BERANTOLOGI:

Antologi membuka jalan untuk mengenali rumah penerbitan, lebih manis jika berbayar. Berantologi penting untuk serapan panduan jika mahu swaterbit karya solo, sebaiknya libatkan diri dengan antologi dahulu. Dari situ potensi mampu dilihat, mana tahu pihak penerbitan mula yakin dan mahu menaja/melabur karya solo debut kamu?

Penyertaan dalam sebarang antologi selalunya mengaktifkan daya fikir. Selama ini mungkin kamu tersekat, buntu mahu menyiapkan novel atau sebarang karya solo. Antologi mampu mengaktifkan lagi kreativiti atau mungkin memberikan idea baharu. Tidakkah membahagiakan bila melihat nama tersenarai dengan para penulis negara? Lebih menawan jika senarai tersebut adalah mereka yang dikagumi selama ini.

Menulis cerpen antara cara terbaik untuk mempertajamkan teknik penulisan sebelum kamu melangkah menghasilkan kerja solo 300 atau lebih mukasurat. Tambahan pula jika antologi ada syarat berapa patah perkataan yang dimahukan. Proses meringkas, lari dari redundancy, hal hal show don't tell akan mampu kamu dipelajari.

Kalau selama ini kamu mungkin menulis tema tema remaja... antologi membenarkan kamu untuk mencecah ke alam dewasa dan matang... mungkin melalui puisi tragis mantap? cerita dewasa? Persoalan politik yang mahu dikiaskan dalam penceritaan.

Pokoknya menyertai sebarang antologi ada impak baik dan buruk.

------------------------

Sebagai penulis yang bermain dengan masa, kreativiti dan analisa idea kamu tentulah mahu mengambil kira hal hal di bawah.

- Apakah tujuan antologi tersebut?

- Apakah penetapan tema bersesuaian dengan nafsu penulisan kamu?

- Kualiti antologi dari segi partisipasi penulis lain... apakah kamu selesa? Bersaing? Tidak ada cabaran?

- Antologi berbayar atau hanya sumbangan percuma bersebab?

- Sedia maklum dengan hasrat holistik ikut serta berantologi.

- Kredibiliti penerbit bagaimana? Sila siasat.

Jadinya, menulis dan menyertai sebarang antologi tetap membawa bersama konotasi yang pelbagai, pengkarya perlu jelas. Antologi berbayar dan tidak berbayar wujud. Apakah ia menyumbang pada Kebaikan di pihak kamu? Alasan tetaplah hak peribadi penulis.

Antologi masih kekal sebagai percubaan menjana kewangan di pihak penerbitan (kos penerbitan), lainlah jika ia jelas bertujuan untuk memeriahkan dunia perbukuan dan diyakini menyumbang pada hasrat mengumpul karya tertentu demi pembangunan sastera.


NOTA: Ya, sejak dahulu memang ada antologi yang bersifat lewa, tidak diedit kemas, tema bercampur aduk dan tidak berhala tuju. Saya sudah melihatnya. NAMUN begitu ada banyak juga antologi yang membuatkan pembaca merasa puas dan menyumbang pada memangkin semangat pengkarya. (Antologi pemenang peraduan cerpen dan puis tahunan - cerpen cerpen terpilih yang pernah tersiar dalam makalah tertentu bagi mewakili stail atau teknik penulisan dari era tertentu). Terdapat juga antologi swaterbit yang tidak mencapai piawai dan tampil sebagai hal syok sendiri (Ia tidaklah berdosa apa apapun). Cuma tidak laris.

Ada antologi yang akan terus menjadi rujukan dan kajian pembaca tegar sastera meskipun diterbitkan bertahun dahulu.

Ada antologi yang akan terus menjadi rujukan dan kajian pembaca tegar sastera meskipun diterbitkan bertahun dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cerpen bersama fixi merupakan antologi pertama penulis. Diikuti oleh Cerpen terbaik 2016 dan 2017. Antologi Cerpen hari Jumaat vol 1 dan 11. Antologi cerita seram rumah angker 2019.

antologi Khadijah Hasihim yang menjadi favurit selama ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

antologi Khadijah Hasihim yang menjadi favurit selama ini... membarikan karya beliau yang mengikut tahun dan isu yang masih bernada segar.

Antologi ini istimewa kerana ia menggabungkan cerita cerita tidak biasa dalam masyarakat dan dirakam untuk tetapan generasi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Antologi ini istimewa kerana ia menggabungkan cerita cerita tidak biasa dalam masyarakat dan dirakam untuk tetapan generasi.

MENULISWhere stories live. Discover now