BEBAS DALAM TANDA KUTIP

32 1 0
                                    

Berikut disertakan contoh peribadi bagaimana KEBEBASAN dalam tanda kutip (quotes unquotes). Seperti yang sering dipesan di luar tanda kutip tatabahasa sebaiknya dijaga. Ini bukanlah amalan semua penulis.

Tanda kutip memberikan ruang ekspresi demi kemantapan cerita. Jika selesa bolehlah dibakukan dan berbunyi seperti lakonan di layar filem. Sebagai penulis kamu fikir bagaimana? Selaras waktu perlukah dialek daerah, bahasa anak muda desa atau kota dibakukan?

Suatu ketika dahulu dialek daerah dicondongkan dalam cetakan dan diberi nota kaki.

--------------------------------

ZAINAH DAN IBU

Setelah terjerit jerit akibat geram pada kekasih, teman teman dan kerjaya, Zainah duduk berteleku di meja dapur.
Ibunya yang diam sejak tadi pura pura mengunting cabai kering panggung kepala dan bersuara...

"Ingat Nah, dunia tak berutang kita seduitpun, dunia ni tak putaq kat hang sorang saja, hangpa belajaq tinggi tinggi takkan tak lintaih pikiaq lagu tu?"

"Awat? Mak sokong depa jugak ka?"

Direnungnya mata Zainah dan mula diatur kata: "Sapalah kita Nah? Takat usaha semua orang usaha, selebih tu nu yang ataih nu nanti bagi... semasa hidup belajaq belajaqlah redha sama... Ingat benda buruk takdak ajaran ka? Masa dia bagi nikmat hangpa buat sengap? Banyak hangpa punya segak..."

Bertahun Zainah menangani diri, mula menghitung segala keberkatan, belajar menilai segala musibah manusia dari yang remeh hingga petaka besar. Kata kata ibu masih berlegar hingga kini, akan diperturunkan pada yang rapat. Kalau mereka faham fahamlah, kalau tidak anggap sahaja mereka antara variasi watak di pentas manusia.

Lilin beraroma lavender dinyalakan, Zainah menghela nafas lega

----------------

BEKASI, INDONESIA

"Aku sih kaget malah gementaran...udah dewasa lho, ngrakam video aneh aneh dipapar lewat internet. Kiranya viral, di mana aku ngeletak muka?"

"Ahh! Ngga mungkinlah...," aku mahu Mbak Azimah tenang

"Ya iyalah... kita kita ini wajah ngga secantik mana, sifat tuh biar mulia, saban malam lho aku mohon doaNYA, hindarilah anak anakku jadi kek gituh,"

Aku sebenarnya ikut deg-degan mikirin anak anak di rumah yang pada membesar. Tambahan lagi meliat dua tiga postingan medsos bocah persis kecanduan viral.

TUMPAT, KELANTAN

"Ambo ni gak geletar gitumo, mek wei... besar panje belako doh, kuak dok rake video boh dale internek. Mugo jadi ha kokse kokse gak, manolah ambo nok letok muko?"

"Dok kuk...," aku meredakan jiwa Puan Azimah

"Kito ni gak muko tok chome beloh mano, peranga tu gak biar molek, sie male aku tadoh tange mitok ke Dio, jange la bui anok anok ambo jadi gitu..."

Aku ikut sama berdebar, menggenangkan anak anak sedang membesar. Ditokok pula dua tiga perkongsian video yang bagai kemaruk tular.

 Ditokok pula dua tiga perkongsian video yang bagai kemaruk tular

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now