KENAPA MASIH MENULIS?

117 3 0
                                    

MENGACARA MAJLIS, BERTUKANG DAN MENULIS

Ramai membayangkan enaknya menulis sepenuh masa. Kerjaya yang hampir mustahil, kecualilah kamu wartawan, penulis iklan (copy writer), editor majalah, penulis tetap/kontrak media arus perdana, penulis skrip lakon layar dan penulis tersohor dari benua Eropah.

Tahap pembacaan dan pembelian buku buku tempatan sebenarnya sangatlah menyedihkan. Mungkin sesuai dengan kadar jumlah purata penduduk yang membaca, atau mungkin ada sebab lain? Semuanya sudah dibincangkan dari waktu ke waktu, begitu juga penutupan rumah penerbitan yang pada mulanya ghairah secara tidak langsung menjadi aras ukur.

Tidak perlulah dibincangkan tentang isi dan misi rumah penerbitan bila muncul persoalan sebegini. Persepsi masih seperti biasa, apabila diperkenalkan diri sebagai penulis, suasana akan jadi sepi seketika. Kekaguman itu MAHAL sebenarnya...

"I am a published author in Malaysia," gah bukan bunyinya?

Kita masing masing mencari makan, sesuap nasi kata hemahnya. Pembaca juga membayangkan rencana rencana tentang penulis berprolifik seperti J.K Rowling atau secara tempatan Ramlee Awang Murshid. Paling tidak kamu tahu ada penulis muda seperti Nadia Khan dan Mohd Fatrim yang menekan punat yang betul dalam dunia penulisan moden untuk anak anak muda di Malaysia.

Impian emulasi sebagai JK Rowling musnah?

2017 – 2018 adalah tahun di mana saya mencuba menjadi penulis sepenuh masa, agar menemui rasa yang lebih dekat bagaimana situasi sebenar.

Berikut adalah pecahan pecahan bandingan kasar akan pulangan tiga kegiatan yang sudah dilakukan:

PENTAS:

Mengacara majlis sebagai emcee – nilainya secara tunai adalah antara rm1,200 - 2,500 mengikut besar kecil majlis.

Menyanyi 30 hingga 45 minit (1,200 – 2000 ringgit)

Segala terpulang pada persaingan dan permintaan agen dan klien. Harus melobi dari waktu ke waktu, bertekak akan sistem bunyi. Tidak konsisten dan ada ketikanya mengecewakan. Dibatalkan atau ditolak di minit terakhir kerana seksualiti sebagai transnita (sudah ditangani sejak awal tahun 90an)

 Dibatalkan atau ditolak di minit terakhir kerana seksualiti sebagai transnita (sudah ditangani sejak awal tahun 90an)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERTUKANG:

Membuat perhiasan kostum. Satu lagi cabang seni yang sudah dicuba sejak awal tahun 90an. Menjual rekaan tangan yang unik dan tidak dijual di kedai perhiasan. Bermusim, perlu ada modal mencari bahan bahan dan menjual secara langsung di pesta, secara talian atau festival kecil.

Melukis juga dilihat sebagai hal glamer. Apa tidaknya, sudah pernah punya pameran solo dan dibeli oleh para kolektor. Ia bermusim dan tidak kosisten. Ekonomi yang runtuh membuatkan pembeli tidak ada. Ketakutan pada harga akan sentiasa bermain di benak pelukis. Peratusan potongan galeri, hal hal konsimen dan jenis lukisan. (mana mungkin pelukis yang baik melukis ikut citarasa pembeli semata mata). Setakat ini lukisan dijual dengan harga paling rendah 500 ringgit – 1200 ringgit.

MENULISWhere stories live. Discover now