KALI PERTAMA

36 0 0
                                    

KALI PERTAMA

Setelah berbolak balik mengedit karya yang berserabut susunannya, PERJALANAN diberitakan oleh En. Amir Muhammad pemilik Fixi akan diluncurkan ketika GTLF 2015 di Pulau Pinang.

Gambar kulitnya sangat memikat (atau saya sahaja ketika itu ditimpa rasa perasan?) dan simbolik. 2 botol minyak wangi mewakili gender binari, berwarna hijau telur itik. Ketika itu Tuhan sahaja yang tahu bagaimana berdebarnya jiwa dan raga terawang awangan diuliti deria bahagia yang semacam.

Menghadiri majlis resepsi bersama penulis penulis tempatan yang ikut serta di Royal Chulan mata liar melihat penulis berprolifik Malaysia. Diperkenalkan pada Julya Ooi, Sharon Bakar, Bernice Chauly, SN Prof Muhammad Haji Salleh dan ramai lagi. Dikhabarkan pula bahawa penulis penulis antarabangsa akan sampai esok. Bayangkan debaran dan rasa seperti tikus mondok ketika itu? Namun hati tetap berbunga mahu meredah festival berprestij di negeri kelahiran yang dimulakan pada tahun 2011 tanpa tahu hujung pangkal sebenarnya.

Tidak terlibat dengan sebarang panel sehinggalah peluncuran buku fixi ke 3. Mungkin panitia sedang menilai, mungkin juga tidak ada tema yang dirasakan sesuai, kerana sebagai penulis buku berbahasa Melayu yang membawa persoalan seksualiti tidak mereka fahami. Terus terang pembaca di Pulau Pinang dan hampir seluruh Malaysia masih menyembah buku dari luar (kerana terlalu kerap kali diunjur pertanyaan bila buku saya akan diterjemah? Dan ungkapan OMG! My bahasa is so bad! I wish it's in English), maklumlah majlis antarabangsa. Beriktikad mahu menjengah festival ini sama seperti usaha awal menerjah dunia pentas, ia harus dilakukan dengan sabar dan tenang.

Selesai naskah ke 2 bersama fixi dihantar pula untuk festival buku antarabangsa di Makassar, Indonesia. Bagaikan sirih pulang ke ganggang, penulis diraikan sebagai jambatan ilmu. Ini festival yang benar benar tepat, kerana ia melibatkan anak anak tempatan yang bagaikan lapar informasi sosial, sudah tentu perihal seksualiti harus ikut serta. Di sinilah bertambahnya serapan kekuatan sebagai penulis untuk terus mewakili resah hati masyarakat dalam tema apa sekalipun. Pulang ke Malaysia dengan hati yang sangat puas, berbaloi dan lega untuk terus berkarya. Kalau dahulu berselisih bahu dengan para artis pop, dunia penulisan juga ada barisan manusia karyawan yang mampu membuatkan penulis jadi terpana. Riri Redza, Aan Masyur, Ayu Utami, Avanti Armand, Eliza Vitri, Nuril Basri, Tere Liye, Rita Choudri, John Lontar, Goenawan Muhammad, Slamet Rhaharjo, Mira Laksmana serta ramai lagi sudah ditemui... termasuk penulis dari benua Eropah dan Asia. Itu belum masuk para aktivis yang membawa bersama vibrasi positif. Cabaran muncul bila mereka teruja mahu tahu apakah yang sedang saya usahakan?

Prosesnya berlangsung lagi dalam wacana skala besar, sederhana atau kecil, termasuklah yang melibatkan DBP bahagian utara, barisan anggota Asasi Kedah yang mahu melihat dan mendengar tentang sastera yang kononnya indie serta bertemu para pelajar kolej swasta di utara tanah air (termasuk 20 orang pelajar dari Jepun USM untuk penerangan tentang pentingnya inforamasi seksualiti dalam sastera). Pendidikan tentang SOGIE bukanlah hanya untuk komuniti LGT sahaja.

Kalau di panggung hiburan dahulu sebagai pengacara dan penyanyi Mak Nyah, kerap berselisih bahu dengan Siti Liza, Erra Fazira, Lina Hangat, Mas Idayu, Deanna Yusuf, Jalalludin Hassan, Khaty Ibrahim, Fauziah Latif, Ziana Zain, Amy Mastura, Alleycats, Amy Search, Ramli Sarip, Faizal Tahir (ada ketikanya saya menjadi opening act untuk mereka) dan ramai lagi di belakang pentas. Kali ini di dunia penulisan suasananya hampir sama, nama nama besar yang pernah didengari, dibaca mula muncul ditemui satu persatu. Tidakkah itu sesuatu yang membahagiakan? Jamuan emosi nan lazat sebenarnya bertukar cerita, berbasa basi dengan SN Prof Muhammad, Rani Manika, Rahmat Haroun, Eddin Khoo, Shaz Johar, Mahizan Hussain, Faizal Tehrani, Marc Defoite, Kam Raslan, Saras Manikam, Dina Zaman, Zurinah Hassan, Siti Zainon Ismail, Wan Nur Azriq, Lokman Hakim serta ramai lagi... senarai nama penulis dan mereka yang terlibat dalam dunia penulisan yang berterusan membikin perasaan bagai dalam mimpi, mencanak bersemangat.

Beranjak dari peluang KALI PERTAMA yang tidak pasti namun mendebarkan itu, pendekatan diambil agar lebih santai, bersyukur dan menjaga kraf penulisan agar lebih mantap. Ada teknik teknik dunia pentas yang digunakan untuk menghindari rasa gemuruh tidak percaya bila terjun di dunia penulisan.

1. Bersedia (bahan, penampilan, budi bahasa)

2. Mengasah kemahiran pengucapan

3. Ghairah yang dikawal (agar tidak tampil sebagai badut sarkas – star struck)

4. Memperbanyakkan bahan bacaan

5. Berhati hati dengan sebarang jenis media.

Sebelum menulis artikel ini, perasaan tersebut kerap kali muncul di benak. Berfikir dua tiga kali samada mahu berkongsi atau tidak. Terselit rasa takut, kalau dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong sorong (perasan hebat!) atau ingin PANSOS (panjat sosial). KALI PERTAMA ingin disimpulkan sebagai sudah dihadapi/tangani dengan jaya, meskipun mata peribadi yang bersangka jahat ada memberi signal signal tidak elok, dirawat dengan kata kata penyedap bahawa: tidak semua orang harus menyukai dirimu.

Akur bahawa dunia penulisan sama sahaja seperti ketika baru pulang dari eropah untuk menyertai dunia pentas pop sebagai penghibur Mak Nyah. Sebelum mereka lihat tugasan disempurnakan (guna pembesar suara dan menyanyi/bercakap secara live) ada yang mengibas rambut, sinis, ragu tidak percaya. Cerita tentang pembuktian sebegini ada di mana mana sahaja. Dunia penulisan diterjah dengan penuh persediaan, jadi kisah kisah tidak sedap sebaiknya diabaikan sahaja dan gerak langkah yang terus diperkemas.

KALI PERTAMA meluncurkan PERJALANAN yang dimoderasikan oleh Richard Oh dari Fixi, dewan sarat penuh, sesi soal jawab rancak, teman teman mendukung dan sambutan dari pembaca saya percaya membawa pentanda yang baik. Apatah lagi bila digandingkan dengan penulis berprolifik, merendah diri sedangkan karyanya hebat dan menakjubkan si Julya Ooi. Kemampuan dwi-bahasa ada kelebihan tentunya (atas dasar itu sering disarankan para pemula paling tidak mampu untuk berbahasa Inggeris – ada kegunaannya)

KALI PERTAMA – membawa satu buku semangga mangga, tanpa apa apa karya sisipan kuat yang lain sebenarnya, sangatlah mendebarkan. Tertunduk tunduk merendah diri kerana sedar dikelilingi nama nama besar yang membawa bersama berjujuk naskah hebat dan sering disebut oleh media. Tanpa pertama mana mungkin hadir yang seterusnya? Hati terus berpesan agar digenggam rapat iktikad murni bila menyertai bidang penulisan, Inshallah, optimistik akan menyusul perkara perkara yang baik kemudiannya.

 Tanpa pertama mana mungkin hadir yang seterusnya? Hati terus berpesan agar digenggam rapat iktikad murni bila menyertai bidang penulisan, Inshallah, optimistik akan menyusul perkara perkara yang baik kemudiannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NOTA: Penulis percaya ada ruang untuk manusia yang ikhlas dan berusaha di dunia penulisan. Rasa rendah diri dan kecil akan tetap ada pada manusia yang fana, paling penting adalah usaha mahu menempatkan diri itu bagaimana? Kerja kerja advokasi lebih bermakna jika sudah ada buku di tangan. (Perjalanan, Lebih duka dari suka, Budiman, Noor dan buku semi akademik Mak Nyah).Polemik dunia penulisan dikaji selia, nafsu dan ghairah diimbang imbangkan. Sekali lagi diulang pesan: bukan semua harus menyukai kita, itu bukan tugas mereka.

MENULISWhere stories live. Discover now