HADIAH NOBEL SASTERA 2020

30 1 0
                                    

Pemuisi America Louise Gluck menang hadiah nobel 2020 sastera kerana: "suara puisi yang tidak asing dengan keindahan menjadikan individu merasa kewujudan yang universal", menuruk Akademi Sweden.

 Setiausaha tetap akademi Mats Malm memberitakan bahawa Gluck terkejut dan gembira menerima berita dini pagi waktu Amerika Utara.

Gluck Professor di Universiti Yale, 77 tahun dalam debut karya tahun 1968 "Firstborn", dilihat sebagai pemuisi hebat dalam sastera kontemporari Amerika. Puisi beliau dikatakan 'menujang kecerahan" berfokus pada zaman kanak kanak, kehidupan bekeluarga dan hubungan sesama ibubapa dan adik beradik.

"Melalui puisi, diri mendengar akan apa yang barbaki dari mimpi dan delusi dan tidak ada orang lain yang menghadapi ilusi ilusi diri selain Gluck," menurut Akademi tersebut.

Hadiah Nobel dinamakan sempena pereka dinamis dan ahli perniagaan kaya Alfred Nobel dimulakan sejak tahun 1901 yang mewasiatkan hadiah untuk capaian dalam dunia sains, sastera dan kedamaian.

Hadiah Nobel dinamakan sempena pereka dinamis dan ahli perniagaan kaya Alfred Nobel dimulakan sejak tahun 1901 yang mewasiatkan hadiah untuk capaian dalam dunia sains, sastera dan kedamaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


- Tidak ramai yang kenal akan pemuisi sebelum hadiah nobel, begitu juga saya. Sempat menyemak dua tiga sajak beliau yang saya dapati sebagai mudah, terang dan jelas. ( Bernada sama seperti anak anak pemula di Malaysia yang bersuara tentang perempuan). Rezeki orang jangan ditikai, sama seperti hadiah SN di Malaysia, kita tidak mengharapkan apa apa dari pencapaian peribadi mereka. (Saya fikir itu sifat terbaik agar tidak digelar anggur masam)

Berikut adalah terjemahan longgar sajak beliau yang saya pilih:

LILI PERAK


Malam kembali dingin, sama seperti malam
di awal musim bunga, dan kembali sepi. Apakah
kata kata bakal menganggumu? Hanya kita
berdua; tiada sebab untuk berdiam

Kau nampak, nun di taman -- bulan mencanak
aku tak akan melihat bulan penuh seterusnya
di musim bunga, bila bulan mengambang, maknanya
waktu terus berdetik. Titis salju
kembang kuncup, kerumunan
biji benih pohon Maple ditiup angin sepoi pudar
putih bertindan putih, bulan mengintip di celah pohon Birch
dan di celahan cabang, pohon bagaikan terbahagi,
daun Daffodil muda, saat terbias cahaya rembulan
lembut kehijauan - keperakan

Kita hadir terlalu jauh menuju titik akhir kini
untuk merasa takut akan pengkahiran. Malam malam begini, aku jadi tidak pasti lagi
Aku kenal akan erti tamat. Begitu juga kau, yang pernah bersama lelaki --

Setelah erangan pertama,
bukankah nikmat, sama seperti ketakutan, tidak berbunyi langsung?

Setelah erangan pertama,bukankah nikmat, sama seperti ketakutan, tidak berbunyi langsung?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MENULISWhere stories live. Discover now