GENDER DALAM SASTERA

72 0 0
                                    

GENDER DALAM SASTERA

Jika kamu lupa baiklah diingatkan semula maksud SASTERA:

Pemilihan ayat yang kemudiannya disusun indah jadi menarik, serta berisi sebagai panduan dari tidak tahu menjadi tahu. Atau sudah tahu menjadi lebih jelas.

Seringnya merujuk pada kerja kerja puisi dan prosa yang ditulis dengan baik mewakili cerita manusia. Sastera melibatkan banyak hasilan puisi, lakonan dan novel. Diasingkan secara berkumpulan atas dasar Bahasa, Fasa Sejarah, Asal Usul, Genre atau Subjek yang ditulis.

Sastera, kerja lengkap penulisan yang tersusun. Secara tradisi tentang kerja berimaginasi dalam puisi dan prosa dikenal pasti pula akan tujuan sang penulis dan nilaian gemilang estatik bagaimana ia ditulis. Definasi sastera menjurus pada edaran agar dibaca.

Kajian tentang sastera sebenarnya lebih dari hanya untuk tujuan difaham baca. Sastera mampu merungkai budaya dalam tempoh waktu tertentu, menghulur kebijaksanaan (wisdom) pada masyarakat tentang kehidupan. Membenarkan kita berinterpretasi pada hidup peribadi dan emosi serta mencari jalan untuk berefleksi sewaktu hidup.

-------------

Dunia kemudiannya berputar (berevolusi) menjadi moden dan baharu. Terbuka dan sudah tentu membawa pelbagai implikasi di kalangan manusia. Antaranya soal gender.

Gender bermaksud pembahagian jenis. Kata JANTINA sudah sinonim, bila masuk soal gender yang ingin dirujuk.

Ia adalah ungkapan ketika mahu berkisah tentang hal Maskulin (sifat yang difikir sebagai Lelaki) dan Feminin (sifat yang difikir sebagai Perempuan). Masing masing merujuk pada organ seks secara biologi. Gender dirujuk bila membezakan hal sosial dan budaya.

Ah! Itu memang perangai perempuan

Orang jantan memang begitu sifatnya

Lemah lembut begitu feminin sekali

Kasar macam lelaki engkau ini...

Dalam bahasa Latin, Perancis, Arab dan German, merangka kata sahaja tanpa menyebut jantina ada kata secara sintaksis melibatkan lelaki atau perempuan. Kata nama dan gantinama yang berjantina. (Masmuka/masmuki, Madame/Monsieur, kerusi perempuan, tukang masak lelaki, pakaian lelaki dan lain lain – pokoknya nama dan gantinama maskulin/feminin) Secara tempatan dalam dalam Bahasa Melayu ia ada tetapi tidaklah banyak:

Bahaya tu awang...

Mek kena ingat, langkah harus dikawal

Tuan dan puan selamat datang

-----------

Memasuki alaf baharu, sesuai dengan kata 'Sastera membebaskan, merungkai pemahaman tentang budaya dan hal sosial'. Di manakah selitan cerita cerita tentang para Transgender? Kumpulan lelaki lembut dan perempuan kasar bersifat lelaki?

Bagaimana kita mahu menulis/merekod tentang mereka?

1. Apakah dengan menjual nilai peribadi kita terhadap mereka? Salah/benar/dosa/pahala?

2. Dihina sebaiknya berdasarkan anutan percaya kita dalam beragama? (fiksyen atau non fiksyen).

3. Tinggalkan sahaja mereka pada penulis yang juga terdiri dari transgender? Terma terma seksualiti dan identiti gender memenatkan.

4. Lupakan sahaja mereka, kita pulun menulis tentang jantina Binari sahaja? Anggap bahawa disporia mereka itu sebagai hal mental.

5. Kita tetap tulis, tetapi hal yang buruk buruk sahaja. Lagipun mereka semua adalah pendosa. – Sastera agama.

MENULISWhere stories live. Discover now