CERITA MENULIS DAN PENULIS

38 1 0
                                    

CERITA MENULIS DAN PENULIS

Penulis antara manusia yang bergelut di dunia yang agak aneh, sambil memasang harap agar ada penghargaan pembaca setelah disalurkan segala jiwa raga dalam karya. Tidak kira dalam penulisan akademik, fiksi, sajak puisi, artikel atau lapuran rasmi sekalipun.

Ada yang mengambil keputusan untuk berdiam tapi peka menilai dunia penulisan setempat. Keraguan mereka terhadap dunia tersebut disimpan rapi, tidak disuarakan kerana bimbang nanti disalah tanggap.

Ada yang bertuah kerana bijak mencipta dan menuai perhatian atau perhatian yang hadir tiba tiba. Ini segmen yang agak pelik, kerana secara logik perhatian hadir dari godaan bakat kurniaan atau kejutan mendadak atau memenuhi kemahuan semasa negara/masyarakat/bangsa/agama/sosial. Perhatian pula mampu menjana pelbagai rasa termasuk kekaguna atau jengkel di kalangan penulis penulis lain (yang anehnya pendiam juga)

Rata rata pengkarya bijak berperanan. Memastikan diri tidak terpinggir dan terus mencari jalan menyelinap dalam dunia perbukuan. Mereview jarang dianggap sebagai tugasan esensial, kecuali diarah secara berbayar, berbicara tentang karya teman teman seangkatan dianggap mahal (niat mendukung mungkin tidak hadir lansung), atau menanti naskah gratis. Ada yang memberi senyum simpul sahaja.

Pokoknya para penulis hanya berbicara tentang karya (peribadi dan karya penulis lain) bersama rakan rakan terpecaya atau dalam sesi wacana tertutup. Harus percaya bahawa bukan semua penulis Pembaca Tegar 'Avid Reader'. Ramai yang berada dalam dunia mereka tersendiri, paling tidak bergabung di kelompok terpilih sahaja demi keselesaan.

"Mari saya ajar kamu menulis...," tidak mudah diungkapkan. Kerana mereka faham benar bahawa ada kemungkinan besar sang protégé nanti besar kepala membawa bersama ego peribadi. Jadi dirangka kursus kursus berbayar tertentu (agar ada situasi menang-menang). Hak penulis sama sahaja seperti manusia lain, kepastian untuk tidak angkut bala masuk ke raga hidup adalah pilihan/hak masing masing.

Penulis tegar akan terus menulis, termasuk menikmati hal swaterbit. Gelar Published Author boleh diraih mereka yang terpaksa menulis ketika melayakkan diri sebagai calon lulusan Ijazah Sarjana, termasuk permintaan dunia akademik atau tujuan naik pangkat, mereka tidak duduk di meja tulis demi kobar jiwa menghasilkan senaskah karya untuk dikongsi sebagai bacaan umum.

Penulis berkobar-kobar pula (berawal sebagai pembaca dan timbul hasrat/inspirasi menulis) setelah silap tafsir akan dunia penulisan sebagai bergemerlapan awalnya, secara diam diam mencari pintu keluar dan hilang dari radar.

Saya begitu tertarik dengan kata: Tulis tentang apa sahaja yang BELUM PERNAH ditulis. Ia mengundang usaha dan ghairah sosok penulis yang bukan kepalang.

Penulis boleh beridola pada sosok personaliti mana sekalipun.

-----------------------------------

Nota: Jadi keputusan diambil untuk mengajar anak anak yang berminat akan hal asas sahaja, kreativitas kekal sebagai usaha peribadi bak untung sabut. Paling tidak mereka tahu teknik mudah dan tepat, boleh menikmati karya (tatabahasa, lewah, terma, sendi dan susunan tradisi/moden), kerana kreativiti saya ulang, mengalir masuk melalui usaha peribadi, laluan pengalaman, rasa tanggungjawab dan kepekaan masing masing (disusun agar enak dibaca). Ramai yang kandas, kerana ia bukanlah profesi membawa laba berlipat ganda secara tempatan.

Nikmat menulis dan berwacana tentang penulisan pun amatlah dipastikan berbeza pada setiap yang mahu bergelar penulis. Kesudian untuk hadir di majlis sastera sering dikurniakan alasan (jauh, tidak kondusif, bukan sekutu, Yuran mahal dan macam macam lagi – sedangkan ia sering percuma). Kita semua adalah penulis dan pembaca tanpa sedar, apatah lagi bersangkutan dengan menulis komentar, klarifikasi, nota, jurnal dan penerangan

Belum lagi disentuh akan soalan "Why don't you write in English?" yang dianggap sebagai soalan merapu dan kosong. Berapa sangatlah karya Inggeris tempatan yang meledak? Tidakkah pernah mereka tahu tentang tanggungjawab terjemahan?

Kenapa tidak disebutkan sebarang hal tentang SASTERA di atas? Sastera secara peribadi hanyalah susunan kata kata, diperindahkan (bukan gabung guna ayat besar semata mata) kosa kata membawa makna dan difahami.

------------------------------

Kesusasteraan atau persuratan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak – Menurut Wikipedia Melayu.

 Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak – Menurut Wikipedia Melayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISOn viuen les histories. Descobreix ara