DIALOG DALAM PENULISAN

2.9K 39 6
                                    

DIALOG DALAM PENULISAN

Tanda kutip dua "......," (code uncode) tanda kutip satu '........'

Secara tradisinya diasingkan dari perenggan dan dimasukkan dalam tanda kutip, berkoma sebelum ditutup dan diterangkan dengan ayat penyata. Tujuan untuk gambaran bahawa watak sedang bercakap.

"Aku tak kuasa lagi dengan perangai kau!" jerit Zainab dengan suara yang lantang.

Perlahan diungkapkan,"saya juga merasa takut..."

Dimulakan dengan huruf besar setelah tanda kutip pertama, selalunya diikuti oleh pernyataan (terang Abu, ujar Abu, jerit Abu) ada tanda seruan untuk situasi tertentu dan tanda bacaan lain untuk gambaran bentuk dialog dan ditutup. Ingat, huruf kecil selepas tanda bacaan seperti koma, seruan, soalan dan ". Untuk ayat penyata. Lihat titik dan lakaran 2 dialog contoh di atas.

Bagi sastera moden kata kata dalam tanda kutip dianggap sebagai ekspresi yang mahu direalistikkan. (tanda bacaan selalunya jadi penentu) Jadi ada penglibatan ejaan dan berbunyi seperti yang mahu digambarkan supaya pembaca jadi lebih teruja. Tanda kutip mengizinkan dialek, bahasa gaul, pernyataan dalam bahasa asing digunakan demi gambaran situasi watak.

Ada dialog dalam tanda kutip dibiarkan begitu sahaja. (ini untuk kes show don't tell berbanding tradisi show and tell)

"Ya... ngalah, saya nga mau kiranya begitu," rungut Mbok Imah yang asalnya dari tanah Jawa.

"Awat hangpa semua jadi lagu ni? Tak guna seduitpun!" dengus Rahmat pada para pekerjanya di ladang, dia kecewa bila buah buah manga Harum Manis semua diserang ulat.

"Ya... awak nak apa?"

"Ermmm... sedapnya, patutlah ramai orang,"

Dialog masih tertakluk pada nama khas yang berhuruf besar di permulaan, jadi sekiranya ada nama nyatakan sebetul betulnya, walaupun nama manja. E.g: Rozaina jadi Na, Karim jadi Ayim dan lain lain...

Jangan digunakan ayat ayat akronim atau singkatan di dalam dialog. OMG harus dieja penuh. Begitu juga dengan bunyi gumam, terkejut, emantopia di eja dengan baik. Contoh gumam mulut: Syhhhhh, Pssstttt..., hehehehehe, pheweeet.... Kerap digunakan dalam penulisan genre jenaka. Tetapi ada hal hal yang boleh dikecualikan:

"Oh! My god... betul ker kata dia?"

"Oo emmm gee... sampai begitu sekali?"

"Tolong hantar aku ke stesyen KTM,"

"Pssttt.. psttt...syhhh, aku ni... jangan takut, syhhh jangan sampai mereka nampak kita," Karim terkial kila di belakang tembok, aku pura pura tenang melihat 4 lelaki yang berdiri seperti samseng di hadapan.

Untuk sistem lama tanda kutip tunggal digunakan untuk gambaran nama khas dalam bahasa asing atau tunggal. Namun kini ianya boleh dicondongkan sewaktu proses cetakan. Tidak digunakan lagi. Begitu juga dengan tajuk tajuk dalam bahasa asing sekiranya muncul dalam ayat penyata.

"Buku The Animal Farm ditulis oleh George Orwell, buku Melayu ada tak yang jenis begini?" tanya Mahizan pada temannya yang ulat buku

"Filem The Outlanders nampaknya berjaya di pawagam, khabarnya penggambaran seratus peratus di Sydney, Australia,"

Beberapa buku sastera moden sudah mula menggunakan susunan dialog tanpa tanda kutip. Namun tidak digalakkan pada penulis awal. Sila lihat contoh di bawah.

Ruang kesempatan berbual setiapkali singgah di café terdekat tanpa sedar membuahkan minat Sam ingin tahu lebih jauh lagi... Dia hati hati di waktu yang sama, takut bocor. Dipesan ingat agar di mata Rohana dia masih tampil sebagai pemandu pelancong yang sedia berkhidmat. Jangan risau tentang yurannya, semua sudah diuruskan oleh Tuan Amir Marzuki, nama yang aneh seperti orang arab, sukar untuk disebut.

Kau tahukan Starbuck tidak laku di Australia?

Betul ker? Kenapa ek?

Kopi tempatan lebih sedaplah tentunya berbanding kopi Amerika yang membawa budaya lemak dan manis mereka. Tahun ini saja sekitar NSW hampir 50 cawangan sudah ditutup.

Kalau di Malaysia kemana saja akan ada paling tidak satu walau bandar kecil. Aku jarang ke Starbuck. Mahal dan overrated aku fikir.

Kau suka teh atau kopi?

Dua dua rasanya...kopi untuk pagi dan bila mengantuk. Teh untuk santai bila mahu tenang, cammomile. Kalau aku kata kopi Hang Tuah kau pasti tidak kenal

Nah cuba ni... aku belanja, kopi hitam Darwin

Amboi! Promosi negeri sendiri nampak?

Mestilah... tunggu siapa lagi kan?

Perbualan berjalan lancar. Tidak sama seperti Maryam Konoyong yang angkuh dan menjaga kelas. Berbicara dengan getaran bunyi R dan ST yang menjengkelkan. Maryam orangnya gemar akan hal hal mewah.

----------

Ya, ia boleh terjadi sekiranya kamu sudah mula matang dalam hal penceritaan. Tidak dapat dipastikan samada sistem ini sudah mula digunakan dalam penerbitan piawai, namun untuk buku buku terbitan luar negara sudah lama digunakan.

Berikut adalah contoh apabila suasana mahu diperlihatkan, tetapi tidak penting untuk diketahui siapa yang punya ungkapan atau ekspresi. Sekali lagi kalau kamu penulis pemula ingin dinasihati agar berhati hati.

Mereka berempat duduk di meja al fresco yang lengkap. 2 mengadap 2. Masing masing mengangkat cawan, meniup permukaan cawan yang berkopi hitam pekat.

Pahit!

Tak sedap!

Pelik!

Macam arang!

Mereka tertawa, apabila pelayan menghampiri dengan botol gula. Masing masing mempamirkan wajah lega.

"Patutlah..., no wonder...!" seraya keluar dari muluk mereka berempat.

NOTA: tanda kutip atau apostrophe "........." boleh dianggap sebagai medan ekspresi kerana ia membabitkan luahan. Ekspresi yang mudah, terkejut, lucu, berdialek sebenar, atau apa sahaja yang membabitkan warna cerita oleh watak watak yang melafazkannya.

Selamat menulis ya....

Selamat menulis ya

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
MENULISTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon