ALASAN MENULIS?

131 4 0
                                    


APA ALASAN KAMU MENULIS?

1. Kerana merasakan diri mampu untuk menyusun ayat ayat yang bermakna. (indah, menyegat, tepat)

2. Mahu merasakan nikmat karya dibaca oleh orang ramai.

3. Pembuktian. (mungkin pada diri, setelah dicabar)

4. Suara hati peribadi yang ingin diluahkan

5. Syok Sendiri (apa salahnya? Terutamanya kalau mampu)

6. Mahu ikut serta kemeriahan dunia penulisan, seronok bertemu para penulis lain dan pembaca yang menghargai.

Pokoknya macam macamlah sebab yang diberikan apabila menulis. Samada mampu kamu menyatakannya atau tidak. Kalau ada impian mahu menjadi penulis bestseller juga tidak mengapa.

Novel? Cerpen? Artikel? Puisi? Prosa? Sajak?

Ramai penulis muda bertanya bagaimana mahu mula menulis? Di mana mencari idea? Gerak rancak menulis itu hadir dari mana? (semua sudah dijawab dalam topik topik sebelum ini). Para penulis indie akan selalu dikurniakan idea idea segar, kerana mereka tidak peduli pada pembaca sasaran. Namun tidak semua bersifat begitu. Ada yang mengamalkan pilihan isi kandung seimbang, semasa dan membaca dari waktu ke waktu ghairah nafsu pembaca potensi. Rumah rumah penerbitan ada ketikanya memberi garis pandu tentang isi yang dimahukan meskipun tidak digaris secara spesifik.

1. Segar, muda semasa

2. Tidak lucah melulu

3. Ada pengajaran mesej.

3 hal kabur di atas tidak ingin saya dan teman teman patuhi. Bukan bermakna kami ini semua para rebel atau porno. Luahan masing masing sudah tidak skema lagi. Begitu juga dengan para penulis realisme yang terus bercerita secara terus terang. Jangan tidak tahu ada penerbit dan editor yang sanggup memberi saranan pada kamu agar ditambah itu dan ini di awal atau penamat cerita. Terpulang pada kamu untuk memenuhi kehendak mereka. Saya mengambil keputusan untuk menyelitkan babak seks secara tepat dan bersih. Seks adalah gerak laku manusia semulajadi, tidak ada sebab saya harus ketepikan unsur unsur seks dan tingkah laku tidak bermoral sebagai sendi cerita. Namanya juga kisah manusia, bukan robot yang ditekan punat kotak katik.

Ada para penulis yang bijak membaca kemahuan pembaca semasa. Pembaca mana yang lebih banyak? Selalunya para peminat kisah cinta dan kisah seram. Janganlah kita ungkit atau kutuk, pembaca genre sebegini akan tetap ada. Di hujung hari teknik penulisan juga jadi penentu samada kamu akan disokong atau dilupakan. Manusia membaca kerana mahu memenuhi masa lapang, sama seperti memilih makanan, bahan bacaan sudah tentu perlu memenuhi selera mereka. Cinta, rindu, konflik, jahat, baik, murni, kemuliaan, pembalasan adalah tema tema yang dekat di hati pembaca mudah. Begitu juga kisah kisah seram yang membawa pembaca yang gemar berkhayalan dalam dunia mistik. Kitarkan pada mereka kisah kisah dendam, pembalasan khianat manusia, keinsofan dan gambarkan seseram mungkin dengan cara tersendiri. Ianya tetap menuntut kemahiran kamu untuk bercerita bukan? Ingat, mereka bukan pembaca bodoh bodoh, mereka hanya mahukan kisah kisah yang mudah difahami dan seronok.

Penulis dan pembaca buku buku falsafah bijak juga ada. Selalunya mereka berkemampuan dwi bahasa. Kamu yang ingin melayari dunia kata kata yang dalam dan menyentuh boleh bereksplorasi dalam genre sebegini. Ah! Lupakan pada tuduhan menjual nilai, semua orang secara sedar atau tidak menjual nilai dalam garapan mereka. Maka bergulirlah kamu dalam nada nada falsafah yang mendalam, berharap akan adanya pembaca yang mampu menghargai tulisan kamu. Kalau di tahun tahun yang lalu ramai para selebriti sudah mencuba, tidak mungkin kamu tidak boleh kan?

Kanak kanak jangan dilupakan. Kita berbicara tentang bahan bacaan di usia 10 tahun sehingga pra remaja yakni 15 -17 tahun. Penulis buku kanak kanak jarang berkongsi di medsos. Selalunya bekas bekas guru atau pendidik. Mereka tahu, buku buku begini sangat diperlukan di pasaran. Kalau ditekan punat yang betul boleh dijadikan buku cerita rujukan di seluruh sekolah di Malaysia. Hal yang tidak mudah sebenarnya, tetapi mana tahu bakat dan rezeki kamu ada di genre sebegini? Terus terang ini adalah genre yang ingin saya pelupuri nanti. Jangan sekali sekali dipandang remeh. Di sini kita boleh sebarkan mesej dan moral secara terus terang demi pembangunan manusia muda.

Dengan kadar pembaca yang agak rendah di negara ini, kita para penulis akan sentiasa berusaha jadi yang terbaik dalam genre pilihan masing masing.

Hari ini fikirkan alasan kamu menulis secara terang dan jujur. 

Apakah di dalam dirimu ada isi dan sisi penting yang belum diluahkan? Apakah kamu mahu menyertai topik dan isu yang sudah sedia ada? Adakah kamu mahu tampil segar dan berani? Apakah kamu mahu mencari makan dengan menulis?

Hal hal penerbitan, editan dan royalti sudah kita sentuh di topik topik yang lepas. Namun sebelum hal hal tadi, kelancaran menulis itu harus difikirkan dahulu. Bagaimana lancar? Maksudnya proses menulis kamu meskipun sukar tetap ada jalan, sumber sumber yang kamu mahu ada dalam diri dan boleh dikaji cari.

Matikan sifat lapuk (hilang yakin diri, takut pada penulis lama atau merasa diri tidak bagus). Berani untuk mengkritik diri sendiri, belajar untuk menikmati proses editan peribadi dan tidak takut untuk melepaskan karya pada rumah penerbitan, terbuka menerima teguran dan mula memperbaiki diri. Rajin menelaah bahan bacaan sedia ada (penulis tidak menulis sahaja, dia juga harus sudi/sedia membaca karya karya orang lain, apatah lagi sekiranya genre yang ditulis itu sudah ada kepelbagaian).

Hari ini tanya diri apakah alasan kamu menulis. Kongsikan dengan saya alasan yang sudah kamu temui ya...

Terima kasih.

Terima kasih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now