Wawancara Di Taman Armenian

22 1 0
                                    

BEBERAPA SOALAN DI TAMAN ARMENIAN

Selalu kalau ada pelajar atau temuramah yang ingin dilakukan, mama akan sering meminta mereka untuk datang ke Taman Armenian di Lebuh Acheh. Lokasinya mudah dan nyaman. Diam tidak diam sudah lebih dari 10 wawancara dijalankan di sini. Bawalah jajan dan minuman, kita boleh duduk berbual santai termasuk merakam video audio visual.

Pelajar pelajar Sosiologi dan Kriminalogi seringnya mahu mendengar secara langsung akan hal hal seksualiti dan SOGIE terus dari mulut kuda.

Kali ini dilampirkan transkripsi perbualan tentang dunia penulisan bersama pelajar sastera dari USM bernama MRA.

MRA: ceritakan serba sedikit proses mama menulis cerpen

RI: Setelah Perjalanan dicetak 4 kali dan menjadi bestseller, mama mula mengumpulkan semua cerpen yang ada dalam pemacu usb. Kalau tidak silap ada 40 semuanya dihantar pada rumah penerbitan Fixi. Mereka pilih dan saring, maka lahirlah Cerpen Regina Ibrahim yang juga dicetak 3 kali rasanya...

MRA: Saya sudah membacanya. Menarik dan realistik

RI: Terima kasih, buku cerpen tersebut digunakan oleh ramai pelajar universiti untuk kajian sosiologi. Masa menulis mama fikir semua itu hanyalah kisah kisah terlepas pandang. Kamu sendiri faham bagaimana penulis cisgender, mereka punya isu manusia yang mungkin jauh lebih besar.

MRA: Buku Mak Nyah pula bagaimana? Saya tidak berjumpa di kedai

RI: Memang susah, edaran buku tersebut aneh. Diterbitkan dengan kontrak yang agak pelik. Dua cetakan. Untuk cetakan pertama mama hanya mahukan 200 unit untuk dibawa ke kolej atau sebarang perhimpunan Mak Nyah. Editannya kurang bagus kerana ada 15 salah ejaan walaupun minor. Atas dasar tersebut mama kembali menyambung Revise Edition di wattpad.com. Buku demi ilmu untuk ibubapa ini hanyalah fardhu kifayah, tidak ada sebarang niat keuntungan. Memangpun menulis buku tidak menguntungkan apa apa kalau di Malaysia yang kecil dan miskin jumlah pembaca.

MRA: Pendapat mama tentang penulisan Indie dan Sastera Arus Perdana?

RI: Soalan ini terlalu kerap. Memudahkan kisah, anggaplah tidak ada pembahagian apa apa. Cuma yang dikatakan indie itu lebih bebas berkarya, berbanding yang dikatakan sastera arus perdana. Mama anggap ini semua hanyalah isu lapuk, kerana menulislah dalam apa acara sekalipun, karya harus hadir dengan tanggung jawab.

Sama sahaja dengan jenis penulisan cerpen... kalau dibaca di portal cukaria, Zine terbitan anak muda berbanding Dewan Sastera dan akhbar mingguan, ia berbeza. Bukan tugas mama untuk bercerita tentang perbezaan tersebut. Meskipun sekali sekali mama melihat para penulis di makalah sastera agak mencuba berat. Tapi siapalah mama mahu menilai semua itu? Mereka para editor lebih layak dan tahu apa pilihan mereka.

MRA: Maksud mama penulisan mencuba berat itu bagaimana?

RI: isi isi kisah, pilihan kata dan plot twist yang membosankan. Mamalah yang bosan, pembaca lain mungkin suka kan? Tetapi memang ada peminat pada cara penulisan demikian. Bukan salahpun... Cuma ada isu isu lapuk yang sering dipaparkan. Kisah cinta yang bukan main, berebut tanah, hal hal bangsa... pokoknya mama tak berapa gemarlah. Mengantuk. Jadi untuk cerpen mama secara peribadi dipastikan ia segar, biasa biasa dan ada suntikan hal realisitik dan menarik di situ. Aiyo segannya mama memberi komentar begini...!

MRA: Mama menulis banyak dengan Fixi, tidak teringin penerbitan lain?

RI: Tak juga... ada karya mama diterbitkan oleh Terfaktab (kini tutup), Rumah Angker, Penerbitan Langit, GerakBudaya PJ dan Tebook Press. Masalahnya di sini hanya Fixi yang nampaknya lebih sistematik. Mereka lebih bertanggungjawab memberikan rekod jualan, merangka promosi dan tidak segan mempromosikan penulis mereka dalam jangka waktu yang panjang. Rekod royalti mereka tepat.

MENULISजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें