SHOW DON'T TELL versus TELL DON'T SHOW

761 1 0
                                    

SHOW DON'T TELL versus TELL DON'T SHOW

Pesanan kerap dari sifu sifu penulis ketika bernasihat tentang merangka fiksyen. Bermula dengan sedikit kekeliruan akibat terbiasa dengan teknik lipur-lara secara oral yang terperinci. Selalunya digarap semua agar cerita jadi berkesan dan menusuk sang pendengar.

SHOW – Menunjukkan

SHOWING kerana penulis mahu goda pembaca agar terus ikut serta. Ditunjukkan sejelas jelasnya agar pembaca mampu membayangkan/menikmati apa sebenarnya yang dilalui oleh watak dalam fiksyen. Harapan penulis ketika ini adalah resapan pada situasi yang dibaca, seolah mereka adalah wakil watak tersebut. Teknik showing mampu mengikat nafsu pembaca untuk terus mahu menamatkan naskah.

TELL – Penulis/pengkarya memberi gambaran RASA ringkas padat.

Mila lapar. (tidak digambarkan gerak seterusnya)

Zaki bungkam. (tanpa penjelasan apa apa)

Murid murid terdiam (tidak digambarkan reaksi seterusnya)

Pembaca tugasnya hanya membaca. Hubungan sesama pembaca dan penulis tanpa interaksi. Tanpa ikatan. Boleh wujud rasa bosan, kurang menarik dan rasa bosan mahu meneruskan bacaan. Jalinan yang tidak mantap antara penulis dan pembaca.

Adatnya: kalau sudah SHOW jadinya DON'T TELL.

-----------

Masih dalam kondisi keliru bukan? Ketika menongkah kata, bukankah penulis harus bercerita sesungguh hati? Tidak salah, namun di alaf moden ini kita mahu beranggapan bahawa pembaca kita matang, bijak dan mahu berhemat waktu. Show harus mampan, tell harus tepat mewakili kenyataan teratas.

CONTOH TELLING:

Aku tiba tepat pukul 7.30 pagi. Melangkah yakin. Aku terus menuju ke bilik guru meneliti papan tanda aktiviti hari Rabu bersamaan 31 Julai 2019.

CONTOH SHOWING:

Bunyi ayam berkokok membuahkan tergesa gesa pagi ini. Bersiap seadanya tanpa peduli katil yang tidak berkemas aku melangkah penuh yakin melintasi 2 blok asrama putera yang tidak jauh dari kuaters guru. Kelihatan penghuni asrama bagai kekalutan menangani pagi, sama naik dengan kicauan burung murai di kawasan sekolah. Fikiranku bagaikan kosong, tidak ingat tentang aktiviti hari ini, sudah hari Rabu rupanya.

------

CARTA MUDAH:

SHOW...........................................................................TELL

1. Airmataku bergelinangan menahan pilu............Aku sedih

2. Perutku bagaikan sedang berkeroncong...........Aku lapar

3. Wajahnya berseri disapa cahaya pagi................Dia rasa bahagia

4. Kepala dan badan rasa berat bagai orang tua....Dia penat

5. Matanya terjegil,bahasanya kasar dan kotor....Dia marah

6. Lidah dijelir menyapu bibir, matanya kuyu.......Dia menggoda

MEMPAMIRKAN WATAK DENGAN TEKNIK TELLING:

Frida sensasi baru dunia pop. Sejak kecil aku kenal dia, kini ke mana sahaja dia akan disekat peminat. Maklumlah cantik bersuara lunak. Aku segan mahu menyapanya dalam suasana begini, jadi aku buat buat tidak nampak.

MEMPAMIRKAN WATAK DENGAN TEKNIK SHOWING:

Kini teman sepermainanku Faridah Mat Saman hanya dikenali sebagai Frida. Kelihatan di kerumuni peminat taksub di astaka makan kawasan tempat tinggal kami. Aku peduli apa? Aku terus ke ruang mengambil makanan, tak kuasa melihat gelagat mereka. Sebaik dia terlihat kelibat aku, dia memberikan signal, tunggu dan 5 jemari tangan kanannya berkerekot petanda makan. Dia lapar agaknya... bersurai tidak sampai 2 minit dia menghampiri aku yang sedang menggigit ayam masak merah.

"Assalamualaikum Rahman," suara merdu Frida dilaung dari belakang

Beberapa saat aku pura pura pekak menikmati makanan. Dalam hati aku berperang emosi, takut kalau kalau dituduh meminati si bintang baharu Frida. Mana mungkin? Aku pernah melihat dia berhingus meleleh di zaman lalu

---------

KESIMPULANNYA:

Ketika merangka tulisan yang berpesan: Show don't tell.... Melibatkan kepakaran tongkahan kata terhadap sesuatu situasi bagi mencangkuk leka pembaca sasaran. Ya, susunan yang tepat jelas itu mampu membuatkan pembaca bergambar di dalam otak tentang cerita yang ingin disampaikan.

Telling pula melibatkan situasi yang ringkas. Lihat gabungan di bawah:

"Kau ingat apa kau buat pada aku dulu Zana? Aku kutip kau dari kampung dalam keadaan selekeh, aku taja kau hujung rambut hingga hujung kaki, kenalkan kau pada orang orang penting dalam industri, alih alih kau nak tinggal aku dan agensi seketul begini? Mansuia jenis apa kau ni!?" Kak Mariah matanya terjegil, suaranya terketar ketar menahan marah (showing)

Zana merasa kesal... (telling)

Manusia lupa daratan! (telling)

TIPS SETERUSNYA:

Gunakan POV watak yang terpilih. Suara hati watak jika tulis dengan baik sangatlah memudahkan. Kalau masih sukar berpindahlah pada POV1 (penulis mewakili watak dengan kata AKU).

Apa yang dilihat dan dirasakan oleh watak pilihan kamu? Senaraikan, ia tidak semestinya mewakili kamu,boleh difiksyenkan. Deria yang baik mata - pandangan, sentuhan, rasa (hati, emosi dan selera makan). Ekspresi inilah yang dikatakan TELL (Aku pilu, aku terdiam, aku melantak, aku jegil, aku menangis, dia berselera)

Proses memperjelas adalah langkah SHOW. Kemampuan bernaratif lanjut terhadap perangai, kelakuan, suasana dan gerak watak akan memudahkan teknik SHOW. – (Cuaca petang itu berbahang, kemeja ditanggalkan pantas, dibaling ke sofa tanpa ralat, memang dia begitu. Kalau dahulu saat Sofea masih bersama, dialah jadi tukang kutip tanpa sebarang rungutan. Peti televisyen dipandang kosong, jelas nama arwah isterinya masih bermain di minda)

Hindari kata-kata dalam kurungan jika mahukan TELL: (adalah, ialah, merupakan dan sejenisnya). Ini adalah kata-kata TELL bukan SHOW.

Dialog. Ini merupakan salah satu alat paling sederhana untuk digunakan. Saat watak mulai berkata, SHOW menjadi lebih mudah.

NOTA: Ini adalah latihan berperingkat. Lama lama akan jadi keterbiasaan ketika menulis. Show – kerana kita mahu pembaca faham dan tergoda dengan watak dan isi tongkahan. Tell – bagi menyimpul mudahkan segala yang sudah difiksyenkan pada watak. Show dan Tell akan sentiasa bergabung, namun dalam kondisi bijak. Kalau sudah show takpayah tell. Kalau sudah tell, perlukah show? Fikir fikirkan – naskahmu akan dibaca orang (pembaca). Berikah mereka sedikit rasa teruja.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now