GHAIRAH MENULIS TERLUPA ADAB

47 4 0
                                    

GHAIRAH MENULIS TERLUPA ADAB

Karya akhir yang dicetak untuk siapa lagi kalau bukan tatapan pembaca. Ya, pembaca yang berakal dan bertanya. Ia gambaran tentang kamu sang penongkah kata.

Kata kata adalah senjata. Di situlah penulis memberi gambaran tentang pemikiran, sosio budaya setempat dan mewakili zamannya. Kita semua menuju peradaban yang baik dan molek.

Tidak kira samada memperkenalkan, mengkritik, merungut atau apa, penulisan mampu mewakili sang penulis.

Kamu pasti ingat akan polemik kata PARIA dalam novel Interlok karya SN Abdullah Hussain. Kes yang sudah selesai itu tidaklah mahu dibicarakan lagi. Namun senstitiviti awam agak ribut jadinya.

Novel novel indie yang menggunakan kata kata jalanan seperti Sakai, Jakun, Batak dalam karya harus lebih prihatin. Kerana ia melibatkan nama khas golongan manusia orang asal.

Begitu juga terma terma yang lebih manis meskipun tujuan asal mahu mempamerkan sifat celaka sang antagonis atau pilu si protoganis. Hal hal yang tidak dapat lari dan mungkin dianggap lucu dalam golongan tertentu juga harus diambil kira dengan baik dan sopan. Bagaimana mahu diceritakan kisah transgender? Apakah kata gelar seperti pondan, bapok itu digunakan dengan sewajarnya?

Kerap terjumpa bandingan untuk lelaki bacul sebagai pondan. (saya sarankan carilah banding lain, kerana pondan lebih berani dari kaum cisgender sebenarnya). Begitu juga hinaan pada agama dan pegangan orang lain. Jangan fikir pembaca kamu itu hanyalah Melayu dan Muslim sahaja. Kamu terlupa pada budaya masyarakat Malaysia Timur? Janganlah dijadikan bandingan bandingan tidak baik hanya kerana asas kamu berbeza, lainlah kalau kamu pejuang pada hal hal bandingan sejarah dan budaya (itupun ditulis penuh hemah dan bertanggungjawab dengan menongkah kata sebaiknya).

Berikut dilampirkan kata JAKUN yang digunakan dalam novel melayu yang dikira sebagai tidak molek.

Ada caranya kalau mahu merealistikkan penceritaan kamu selagi tidak ada hinaan semberono pada perbezaan sesama manusia.

Kekal bijak.

Kekal bijak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now