PENULISAN QUEER

24 0 0
                                    

PENULISAN QUEER
Ramai penulis muda bertanya apakah itu Queer Writing. Payah mahu diterangkan untuk para penulis dan pembaca cisgender yang konstruk sosialnya sehala sahaja. Teknik Queer pula tidaklah semestinya menjurus pada watak pondan atau darai sahaja.

Oleh kerana selama ini penulisan dihasilkan untuk bacaan umum, sesekali dikhususkan pada gender gender tertentu sahaja selama ini akibat dari sistem hidup dan norma norma tertentu. Penulisan queer dalam bahasa Melayu jarang ditemui. Kalau ada sekalipun hanyalah yang melibatkan hal hal aib dan jadi bahan lelucon sejagat.

Dunia tidak begitu lagi. Inklusif watak watak queer akan sering wujud sebagai bunga dalam penceritaan. Begitu juga paparan sifat cisgender dalam karya karya queer. Sudah tentu fiksyen atau memoir akan jadi lebih memikat.

Berikut disertakan suku bahagian dari kisah yang sudah berada dalam vault cerpen yang akan diserahkan pada penerbit tidak lama lagi. Ia agak queer, membabitkan hal pembangunan, horror dan kisah lama. Perhatikan lenggok lenggok queer di dalam tulisan ini.

Penulisan Queer tidak berat sebelah, antagonis dan protoganis sama naik. Tidaklah ia perlu jadi kisah yang pilu pilu sahaja... ia malah boleh mencakupi persoalan sosial, politik, agama dan macam macam galur kehidupan. Penulisan queer tidak lagi meletakkan para LGBTQ dalam ruang lingkup untuk hinaan semata mata, watak jengkel dan protoganis seimbang, begitu juga laluan yang melibatkan cisgender dan bersinis pada segala watak pilihan.

Kamu perasan atau tidak sebelum ini dalam karya karya lama bagaimana watak LGBTQ diangkat? Walaupun hadir dari pengkarya LGBTQ sendiri, beliau akan memakai kasut para cisgender demi kehendak penerbit dan khalayak umum yang agak kabur tentang watak watak queer dalam karya (adakalanya memberikan info yang silap, tafsiran sehala atau apa sahaja palitan yang kurang baik terhadap golongan komuniti LGT).

Namun begitu tidaklah seharusnya pengkarya LGT memilih untuk bercerita hanya tentang komuniti mereka sahaja, sesekali mereka juga mampu dan mahu bersinis pada dunia.

Tidak wujud pertikaian samada karya itu bermoral atau tidak, apa yang jelas ia berfungsi sebagai susunan cerita/penerangan/info yang sebenar tentang dunia yang kita huni.

SELAMAT MEMBACA...

MUZIUM KOTA LEMBAH MURNI - MEJA SOLEK SAADAH

Azizah dan teman teman lain bekerja semata mata. Rutin membuka muzium pukul 10 pagi dan tutup pukul 5 petang sudah sangat mereka syukuri. Apatah lagi kesemua mereka anak jati Pekan Lembah Murni. Menjenggah artifak buruk dalam stor untuk apa? Silap haribulan kena sampuk jenuh mencari pawang mahu berubat! Muzium tempatnya keras!

Kerjaya masing masing dari tukang kebun, penjaga akaun, kerani, tukang beli barang selama ini sangat terjamin, gaji tepat ada EPF. Sekali sekala mereka naik lemas bila diarahkan oleh Azmi yang kononnya berkelayakan. Saadah bukan tidak tahu sifat mereka... dia nampak semuanya, namun siapalah dia?

Saadah masih setia menemani Azmi.

Seronok sebenarnya melihat dia bekerja. Dedikasi Azmi pada hari Isnin, bila muzium tutup menjadikan dia lebih kreatif. Kedengaranlah segala bunyi kepuasan uuuh! Ahhh! Ahh! bagaikan orang kena sawan bila menggilap bahagian ukiran kayu katil penghisap candu, agaknya ukiran yang bernilai estetik menjadikan dia berorgasm. Kali ini lebih sensasi, kerana ada sejarahnya. Azmi mahu semua orang terkejut. Sensasi boleh dijadikan umpan media... kerana katil itu bukanlah milik orang cina, katil berukir tersebut milik Ngah Aziz, orang kaya melayu di Lembah Murni. Azmi diam diam memasang niat mahu meraih nama sebagai kurator tersohor yang peka dan prihatin sejarah.

"Ngah Aziz, namamu akan kembali disebut orang, siapa kata orang Melayu miskin? Di zaman 50an sudah ada orang kaya Melayu yang goyang kaki... kebunnya beratus ekar, lombongnya dua tiga, buruhnya orang orang Cina... dia suka berhibur di kelab bangsawan, lantas dibawanya pula kumpulan opera Teochew dari selatan Siam untuk menghiburkan para buruh suruhannya setiap dua minggu, kau Ngah Aziz Nyak Zakaria yang hebat, tunggu... biar aku kenalkan kau semula, hahahhahaha, " Saadah yang mendengar jadi terkejut. 2 kejutan sebenarnya. Pertama, Perangai Azmi dan kedua nama yang disebut sebutnya... bagaikan menjulang kembali segala kenangan, memberikan perasaan aneh!

"New introduction of history, all eyes will be on me...satu negara you...ahhh!" Doa apa agaknya yang Azmi baca?
Saadah masih mengekori Azmi, kali ini jiwanya bertambah buntu. Mahu ditanya sudah pasti persoalan jatuh ke telinga yang tuli! Siapa tak kenal Azmi? Sombongnya melangit pada semua! Bertambah aneh bila masuk ke ruang 12 kaki x 12 kaki baharu yang dindingnya dicat putih. Tersergam meja solek kayu jati kukuh, berukiran sederhana dan cerminnya diselubungi kain batik lepas jawa panjang.
Azmi mengambil waktu. Bercekak pinggang seketika. Tersenyum puas.

"Ruang indah primadona... tinggal nak gantung gambar sahaja," Azmi antara berbisik dan berkata pada diri... matanya melilau pada sudut yang ada gramofon lama, pantas dia memulas tombol tepi, di keluarkan piring hitam cap anjing dalam sampul keras bewarna putih... kulit aslinya sudah lama hancur.

Saadah duduk terconggok melihat kelaku si Azmi...makin pelik budak ni... makin menggeletis tidak malu jadinya. Menari rentak rumba perlahan di iringi muzik lama... ikut menyanyi sama walaupun bersuara parau sumbang.

Semalam aku tidur...tapi tak boleh lena... mengingatkan dirimu
Tak tahu pergi mana... aku tidak setuju kerja alang kepalang
Kalau siang kau kerja... malam mesti kau pulang...oh! Oh! Oh! Abang....

Azmi menari dua lagu penuh. Kepuasan. Kalau ada orang dia segan. Berpeluh peluh jadinya, ditambah pula dengan badannya yang gempal berlemak di bahagian perut dan pinggang... berhenti hanya bila terdengar bunyi jarum gramophone tidak menghasilkan bunyi lagi. Dinyalakan rokok sebatang, disedut penuh kepuasan. Membayangkan sejarah yang akan disingkap untuk penduduk di Lembah Murni.

"So sad... pathetic human with no clue of history, let alone erasing one... so sad," luah Azmi bersama hembusan kepulan asap rokok bagaikan Joan Collin dengan mata terpejam. Saadah tidak faham, itu mantra atau apa? Semakin pelik jadinya si Azmi

"Let me reveal you honey...yesss yessza...," ungkapnya lagi dengan jari melentik.

MENULISWhere stories live. Discover now