BACAAN TAHUN 2018

Start from the beginning
                                    

7. Tukang Puisi – Kata Pillar

Akan disarankan pada siapa siapa sahaja sekiranya mereka bertanya tentang puisi moden anak anak Malaysia. 55 pemuisi muda sudah mempamerkan kehebatan mereka. Apa lagi kita mahu? Pemuisi tua harus menilik buku ini... kerana mereka dalam kondisi moden membawa bersama resepi kamu sekali sekala, bercerita akan apa sahaja tergambar di minda mereka. Cemerlang sekali!

8. One Two Jaga – Shahizan Salleh

Saya suka filem tempatan yang bagus. Sewaktu diwar warkan dahulu pembikinannya untuk menjana modal sudah ditebak bahawa ini akan jadi filem realis yang hebat. Sebaik sahaja fixi meluncurkannya terus diklaim sebagai hadiah cukaria. Berdasarkan lakon layar ditulis semula oleh Shahidzan yang berbakat. Paparannya hampir sempurna dan kena gaya yang saya mahukan dari bahan bacaan Melayu.

9. Jogosimo – Mahizan Hussien

Akan sering jadi buku Melayu terbitan DBP yang disarankan pada peminat sastera. Ianya indah dan punya cerita. Sayangnya saya membaca Lelaki Harimau garapan Eka Kurniawan terlebih dahulu dan memberi rating tinggi. Mahizan penulis kondang Malaysia harus diperkenalkan secara meluas. Buku ini adalah buah tangan sewaktu menjadi panel untuk wacana DBP bahagian utara (bertemu para penulis utara untuk berbicara tenang hal hal Sastera Indie yang tidak wujud itu...). Isi Jogosimo sangatlah dekat dan lewahnya tidak menjengkelkan. Mohon diterjemahkan oleh ITBM.

10. Tari Pasar Perempuan – Fazleena Hishamuddin

Dalam pada Malaysia berkisah bahawa cerpen tidak mendapat sambutan dan kurang digemari pihak Buku Roman terus menerbitkan antoloji yang tidak dipanggil antoloji. Bukankah lebih baik begitu? Tari Pasar Perempuan adalah lambang kegigihan sang penulis yang menyintai dunia seni, terutamanya teater yang membabitkan disiplin hidup. Paparan kisah sebenarnya adalah cuplikan cuplikan pengalaman sang penulis yang difiksyenkan. Ianya segar, berbau perempuan tradisi yang melangkah masuk dalam permintaan dunia moden. Juga didapatkan secara percuma setelah menulis artikel tentang Menulis Cerpen yang disiarkan di laman Buku Roman di medsos.

Naskah hebat Profesor tulisan Faizal Tehrani tidak disenaraikan kerana ia hadir di hujung 2017. Harus dibaca, tulisan Faizal boleh dibaca dari waktu ke waktu di portal MalaysiaKini. Artikel serius beliau sesekali menyuntik elemen elemen penulisan kreatif. Penulisan penulis muda di medsos juga tidak dipandang ringan, sesekali akan muncul tulisan yang hebat Haris Hauzah tentang dunianya, begitu juga artikel yang ditulis oleh Zaim Yusof dan beberapa lagi penulis di wattpad.com yang tidak bertemu cara terbitan, begitu juga melalui portal SelangorKini Sastera yang memuatkan penulisan terpilih, di situ akan ditemui penulis penulis berbakat seperti Lokman Hakim, Arif Zulkifle (pesona- fixi), Azrin Fauzi, Johan Radzi, Abdullah Hussaini dan ramai lagi yang berpotensi hebat!

Untuk terus menulis, harus banyak membaca. Sepanjang proses akan ditemui pelbagai rahsia penulisan.

 Sepanjang proses akan ditemui pelbagai rahsia penulisan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENULISWhere stories live. Discover now