✧°Epilog°✧

630 58 11
                                    

10 tahun sudah berlalu.....

Aku Chloe De'Schulz, gadis periang yang disayangi keluarga. Yang sekarang ini lebih dikenali Chloe Veylar/Xesryn.

Masa berlalu begitu cepat. Sudah tentunya sekarang aku bahagia. Selama ini aku tidak tahu erti bahagia namun orang terdekat ku telah mengajarkan ku erti kebahagiaan.

Bagaimana dengan nasib keluarga Schulz? Aku akan ceritakan serba sedikit.

Kita mulakan dengan Kak Alexia. Setelah kak Alexia menaiki takhta dan dalam masa yang sama dan mendirikan rumah tangga dengan Kayden pasti dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Kak Alexia bertuah dapat suami yang cukup penyayang.

Oh ya Kak Alexia mempunyai dua anak kembar, lelaki dan perempuan yang cukup comel bagiku. Kecil kecil sudah comel apatahlagi mesti tampan dan cantik pada masa hadapan nanti. Kedua-duanya memang mewarisi mata emas seperti Alexia namun yang paling mirip dengan Alexia adalah anak lelakinya. Anak perempuannya lebih mirip Kayden.

Sementara abang Vino, dia telah mendapat gelar duke dengan pencapaiannya yang hebat dalam bidang politik. Dia menjadi tangan kanan Alexia mengurus bahagian politik.

Tidak kalah hebat juga dengan Edward, abang sulungku. Dia sudah dinobatkan sebagai Grand Duke Schulz dan hebat mengatur strategi militer serta menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

Sayangnya, Edward terlalu dingin dan tegas sampai tiada lagi menduduki posisi Grand Duchess Schulz.

Manakala Ericc mempunyai cita cita yang murni. Cita citanya adalah untuk mengajar semua golongan rakyat mahupun bangsawan walaupun sifatnya masih tetap mereng seperti biasa, itu tidak menghalanginya tatkala sudah serius.

Dan Ericc sudah mempunyai tunangan. Sudah berpunya dah si abang ini. Tahu tak tunangnya siapa.

Jeng Jeng Jeng.....Jeslyn-senpai. Mereka bertunang 3 tahun yang lepas. Entah bila menikah pula.

Hohoho kita berfokus kepada abang kembarku yang satu itu, si Charlos. Oleh kerana Charlos mewarisi ciri ciri Ernold, nenda melantiknya sebagai pewaris keluarga Ernold. Yah kerana aunty dan uncle sibuk mengejar impian mereka. Dan Charlos adalah kerabat paling dekat bagi meneruskan legasi Ernold.

Dan ya Charlos dan Dinaile telah rasmi menjadi pasangan suami isteri sebulan yang lalu. Aku cukup terkejut juga apabila Charlos telah menyimpan perasaan terhadap Dinaile (Aryin) sebelum kami bereinkarnasi lagi. Itu pun aku memaksa Charlos untuk berceritaa.

Kalau papa, kami berempat menyuruhnya berehat sahaja di kediaman khas dalam wilayah Schulz menikmati masa istirahat. Dan aunty Emilien yang sekarang ini digelar ibu suri di Istana Salvorte sekaligus menjadi nenek yang protektif pada cucu-cucunya.

Dan aku....

"Sayang~ kenapa duduk di luar bersendirian? Nanti sayang masuk angin macam mana" Pinggang ku dirangkul oleh suatu tangan. Pipiku dielus lembut dan aku tahu siapa pelakunya.

"Ray...geli" yep tanganku dijilati si Vex yang terlebih romantik ni. Vex telah menjadi suamiku yang cukup posesif dan protektif. Jarang aku dapat berinteraksi dengan 'lelaki' selain abang-abang ku. Cemburunya melebihi seorang perempuan.

Aku dan Vex menikah dua tahun kemudian setelah pertabalan kak Alexia. Vex juga berjaya memenangi hati keluarga ku meskipun ada yang masih belum menerima sepenuhnya.

"Tanganmu manis.... permaisuri ku..."

"Yelah aku baru makan buah epal tadi"

Vex juga telah memajukan gelar Marquess Veylar dengan bisnes sehingga ke empayar lainnya. Tentunya aku Marchioness Veylar turut membantunya dalam pekerjaan sosial dan beberapa tugas bisnes.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now