✧°KTR 168°✧

314 43 0
                                    

"Hahhhh....aku jadi bosan pula" keluh Chloe mencampakkan pen nya di atas dokumen yang ia kerjakan. Tugasnya sebagai Grand Duchess muda tetap berjalan. Dia berpindah tempat ke gazebo untuk santai sambil siapkan dokumen.

"Memang lah bosan kalau ada yang kurang disini" celah Keres membelek belek buku. Buku yang ia pegang agak menarik jadi ia fokus baca dari tadi.

Sudah hampir seminggu, Charlos dan Vex menjalani 'hukuman'. Tentunya Chloe bertegas untuk hukum mereka sehingga benar benar berbaik.

"Biar saja....siapa suruh buat aku kesal lagi ....kalau aku tidak bertegas...mereka akan buat hal" ujar Chloe membebel sekejap. Walaupun yang mendengarnya adalah Keres yang tidak melakukan kesalahan apa apapun.

"Cik Chloe!" panggil seseorang. Dengan segera chloe dan Keres menoleh ke arah suara tersebut.

Terlihat Mary segera menghampiri gazebo.

"Kenapa ni,Kak Mary?" Tanya Chloe melihat Mary yang tercungap-cungap seakan baru lepas berlari.

"Anda mempunyai surat daripada Empress" ujar Mary setelah bernafas dengan benar.

Chloe makin hairan. Sejak bila empress ni surat menyurat dengannya pula. "Apa isinya?" tanya Chloe.

"Saya tidak berani membukanya...jadi ambil ini...saya masih ada pekerjaan harus dilakukan" Mary membungkuk hormat berkali kali setelah menyerahkan surat itu pada Chloe. Lalu dia pergi dengan tangkas.

Chloe terus membuka sampul terus membaca isi surat itu.

Datang ke istana segera

Daripada
Emilien

"Singkat nya....kufikir ada sesuatu yang terjadi...tapi ni macam tulisan kak-"

"Pergi jelah....mana tahu ada sesuatu yang mustahak.." celah Keres. Chloe makin curiga dengan sikap Keres. Dia kenal tulisan ini tulisan Kak Alexia.

"Kau seperti nya tahu sesuatu yang aku tidak tahu" Chloe mengerut dahi.

"K-kata bosan....pergi jelah...dah syush syush... Aku nak membaca dengan tenang ni" Keres malah halau Chloe.

"Amboi....dahlah buat macam rumah sendiri dan halau tuan rumah ni pula.....daripada layan kau baik aku pergi jalan jalan....Selamat tinggal" ketus Chloe dengan sinis dengan cepat mengemaskan dokumen lalu pergi.

Keres menatap kepergian Chloe. 'Aku tidak rela melihat kau derita lagi...dan.....juga'

Flashback kembali saat Keres baru pulang dari istana musim bersama sama Chloe,

Chloe menghentikan langkahnya. Sempat juga Keres break kejap."Boleh aku luangkan masa privasi aku" ujar Chloe.

"Baiklah...aku mahu berjalan jalan sebentar...nanti malam aku pulang" Keres peka juga. Agak aneh tapi tidak apalah.

Keres berjalan keluar dari kediaman Schulz melalui pintu belakang. Setelah melihat sekeliling tiada orang barulah sayapnya keluar. Dia terus mengibas sayap dan terbang menembusi awan. Dia malas nak gunakan teleport.

"Sudah lama tidak merasai kebebasan begini" gumam Keres sambil tersenyum kecil. Dia melihat ke bawah. Pemandangan juga cantik dari atas.

Lalu ia ternampak istana Salvorte yang tersergam megah juga. "Singgah kesana lah" putus Keres mengubah arah.

Dalam sekejap sahaja dia mendarat halaman belakang istana. Untung tiada orang. Sayapnya juga dihilangkan.

Keres berjalan jalan disekitar terlebih dahulu sehingga sampai ke rumah kaca. Oleh kerana ingin tahu jadi Keres masuk sahajalah ke dalam.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now