♕°KTR 35°♡

1K 119 14
                                    

Hampir sejam juga Chloe menerangkan rincian rancangannya.Sambi sambil dia minum air dan makan manisan yang disedikan oleh Iris tadi.

Asterope juga nikmati manisan itu juga."Jadi bagaimana" tanya Chloe pada Asterope."Menarik....tapi aku perlu melihat terlebih dahulu potensi mereka dalam mana sihir mereka bagaimana" ujar Asterope.Mereka berbicara santai dan buang bende formal masa ni.

"Tidak masalah....bagaimana Arl-nii" tanya Chloe pada Charlos.

"Kau pasti nak mereka dalam pasukan mu" tanya Charlos.Bukan apa dia risau kelamaan mereka mungkin menikam belakang Chloe ni.

"Yep... tapi buat masa sekarang pasukan kecilku masih bertumbuh." jawab Chloe.

Keluarga Schulz sememangnya menggalakkan anak anak mereka membina pasukan sendiri sejak usia 10 tahun.Ini bertujuan agar pasukan mereka akan lebih setia pada satu tuan dan dimanfaatkan kemudian hari.

Edward mewarisi pasukan Arthur jadi edward tak perlu bersusah payah nak cari.Ericc pula dia sudah ada dan nama pasukannya Revon .Yang membawa maksud bintang kecil menerangi malam.

Charlos pula taknak ada pasukan alasannya dia malas nak pimpin orang.Tapi Chloe,dia dah ada meskipun jumlahnya boleh dibilang dengan jari.Nama pasukannya Blake. Yang membawa maksud serigala memburu di waktu malam.Nama yang cool bukan.Bangga jap.

Tiba tiba seekor labah labah kecil mendarat di bahu Chloe.Membuatkan Chloe separuh terperanjat.Orang tengah mengelamun main mendarat je."Oh kamu sudah pulang..."Chloe mengelus labah labah itu.Labah labah tu seakan berbicara dengan tuannya.Charlos yang melihatnya rase seram bukan apa dia ni dahlah takut pada labah labah.Buat buat tak nampak jelah.Seram pulak dia tengok.

Chloe sudah memanfaat kelebihan beast nya sejak dia berumur 7 tahun.
Labah labahnya dijadikan sebagai pengintai segala informasi .Jadi Chloe tidak perlu susahkan diri untuk turun tangan.Dia juga boleh mengontrol semua beast jenis labah labah dikeranakan beastnya adalah Ratu Labah labah sekali gus salah satu King Beast.Chloe memanfaatnya dengan baik sekali hambanya eh maksudnya beast dia.

"Oh sangat disayangkan...." ujar Chloe dengan nada sedih.Setelah beberapa minit,Labah labah itu terus menghilang.Ghaib betul.

"Kenapa ada masalah yang terjadi" tanya Asterope sambil tu dia hirup teh panas perlahan lahan.

"Berita agak buruk....dua permata terlalu serakah untuk menunjukkan cahaya mereka di mata binatang di luar sana." ujar Chloe bernada sedih.

"Sungguh disayangkan bukankah itu agak merugikan...." ujar Asterope turut bernada sedih.

'Pemikiran pyscho tahap gila dan ekstrim memang macam ni erk...macam macamlah...ular,rubah pastu permata...haih...kan betul aku kata aku je yang paling normal di dunia ni' Charlos menggeleng kecil..

Yelah Asterope pon satu kepala dengan Chloe.Sudah pasti mereka nikmati sesuatu rancangan apatah lagi rancangan Chloe makin menjadi jadi gila.

"Oh ya aku lupa mahu memberi tahu...aku sudah mengecek latar belakang mereka semua" kata Chloe memuncul satu dokumen boleh tahan tebal.Lalu menyerahkannya pada Asterope serta salinan lain pada Charlos.

"Hehhh...hahahaha....tidak kusangka kau mempersiapkan semuanya" kata Asterope seakan tak percaya.Bukan setakat rancangannya mulus, bahkan menyiapkan semuanya.Dia tak menyangka dia mengajar murid super monster jenius.

Asterope juga separuh terkejut pada waktu latihan pertama mereka.Seperti mereka sudah terbiasa membuatnya.Apatahlagi misi pertama mereka,semuanya berjalan mulus dan juga tiada jejak yang ditinggal.Bahkan pintar memanipulasi keadaan.

Mungkin dimata keluarga Chloe,dia hanya gadis polos yang manis..Tapi baginya dia adalah serigala siap menerkam tapi dia menyembunyikan wajah sebenar dengan kepolosannya.

Manakala Charlos pula sangat pendiam dan terlebih lagi Charlos sangat misteri sehinggakan Asterope susah nak beri pendapat tentang diri Charlos.Jadi dia berpendapat Charlos seperti monster 'tidur lena' jadi bila bila masa sahaja akan 'terjaga'.

Baginya kedua kembar ni sekiranya tidak di didik lebih mendalam maka akan sia sia bakat mereka.

"Sudah tentu.....hmm Guru sepertinya saya perlu mengundur diri...saya perlu ke Guild Hunter untuk beri laporan mengenai monster yang telah kami buru" Chloe bingkas bangun.Diikuti Charlos.

'Baru balik....kena keluar lagi...sah kembar aku ni gila kerja...virus gila kerja sudah terjangkit dari Arthur tu keeee' ketus batin Charlos.

"Baiklah sekiranya begitu....jangan lupa singgah ke Menara Utama Penyihir....hukuman buat kalian sedang menanti" ujar pula Asterope sambil tersenyum.

'Pak tua ni ingat pulakkkk....' Chloe dah gelabahhhhh....kau ingat dia akan sepenuhnya formal memang tak ah..Ini Chloe bermuka dua tau.

'Takpe...aku pasrah je...' ujar Charlos dengan thumbs up disebalik wajah dinginnya.

Hukuman teringan pon,mereka hanya perlu menulis 100 000 kali ayat 'Saya berjanji tidak akan melanggar arahan Guru lagi dan tidak akan bertindak terburu-buru lagi'....sehingga habis.

Sudah pasti mereka pernah lalui hukuman ini lebih dari tiga kali.Alhasilnya tangan mereka kram selama tiga hari tiga malam.

Hukuman paling berat pon mereka pernah lalui adalah tinggal di kandang monster selama seminggu tanpa mencederakan monster kesayangan guru mereka.Hobi oleh guru mereka.Memelihara monster sebagai peliharaan...

"B-baiklah guru kami akan ke sana setelah urusan kami selesai" ujar Chloe lalu pergi bersama Charlos.

Asterope tersenyum melihat gelagat lucu Chloe.Mereka berdua kuat tapi mereka menjadi lemah saat dihukum oleh nya.
Dia turut menghilang dikeranakan ada kerja yang menimbun.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now