♕°KTR 129°♕

464 70 5
                                    

"Gara gara tuan dia......buat nyawa Chloe terancam" kata Charlos serasa ingin serang Zie tetapi dia bersikap rasional,waras dan normal.Jangan sampai mengamuk tak tentu pasal lagi.

"Apa maksudmu Arl" celah Edward masih tidak memahami nya.

"..." Charlos terdiam.Dia berbelah bahagi untuk cerita hal yang sebenar.Kalau beritahu dia seakan tidak hormati permintaan adiknya.Kalau tidak diberitahu mereka dalam dilema kebingungan dan curiga.

"Sudah... Sekarang biarkan aku merawat Cik Chloe...lebih teruk keadaannya nanti" celah Zieyuna.Dia tidak mahu membuang masa hanya kerana pertengkaran kecil ini.

Sementara di bawah alam sedar Chloe,

"Hah....aku kesini lagi rupanya..." Chloe duduk secara terapung menggerutu kesal.Sekelilingnya gelap dan kosong hanya cahaya pada jiwanya sahaja.Sudah biasa dengan kegelapan jadi Chloe bosan sekarang ni.

"Haish...kalau lama lama aku duk sini...mahu naye ada yang mengamuk kat luar tu" gumam Chloe.

"Tapi masalahnya aku tak tahu jalan keluar...." Sambung Chloe menggaru garu kepala yang tidak gatal.Beberapa kali juga Chloe pernah ke alam kesedarannya untuk menguatkan mentaliti nya.Tapi kali ini lain.

Kalau ruangan jiwa dia tidak boleh pergi kerana si labah labah tu mungkin tidur atau entah apa yang ia buat disana.Lama juga tak contact.

Namun secara tiba tiba sekeliling Chloe berubah ke tempat yang tidak dikenal.Dan ada dua budak berlarian kejar mengejar.Apa yang Chloe tangkap adalah salah satu budak tersebut mirip dengan Vex.

"Aku tidak tahu vampire ini polos atau berpura pura polos....dia sudah terbuka hati padaku....b*doh" monolog Chloe langsung berjalan ke arah dua budak yang sudah penat berlarian sana sini.

Kata Zie,dia atau Vex boleh sesama lihat memori sesama sendiri dalam keadaan cedera teruk mahupun apa apapun keadaan.Meskipun hanya salah satu yang terbuka hati.

'Tidak lagi dengan masalah kemunculan senior Noah dan kejutan identiti kedua beradik itu....' batin Chloe.

Chloe memandang ke arah Vex (versi budak) bergelak ketawa dengan adik tirinya.Dia tersenyum melihat pertalian saudara yang sangat erat itu.Hampir sama seperti dia dan Charlos.

"Vex-niisama.....kenapa niisama selalu tidak melawan kata kata para tetua busuk itu...Niisama tidak cacat...Niisama abang Kyrea" kata seorang budak vampire agak polos.

"Mahubagaimana lagi...kita sama ibu tetapi berlainan ayah... Aku tidak menyalahkan mu mahupun ibu...Aku sayang kalian" Vex tersenyum tulus.

"Kyrea juga sayang niisama.....kalau niisama akan menaiki takhta sebagai ketua klan akan ku menjadi tangan kananmu untuk menyapu semua musuhmu...kita akan menjadi pasangan saudara yang terhebat" ujar budak vampire polos itu a.k.a Kyrea.

Vex tersenyum kecil..."Baiklah Kyrea"

Chloe tanpa eksperisi melihat janji anak anak itu.Dia berlalu pergi dan suasana di situ terus berubah.

Ada seorang wanita sungguh rupawan ditampar oleh seorang lelaki.Semuanya vampire yang terlihat seperti manusia umumnya.Mereka berdua disaksikan oleh Vex yang masih remaja secara sembunyi.

"Kan aku sudah kata sejak pernikahan kita lagi....anak cacat itu harus dijauhkan daripada putera kita..." marah lelaki itu.

"Kenapa kau masih biarkan dia hidup lagi" sambung lelaki itu.

"Itu kerana keputusan ayahku...dia menyuruhku membelanya sehingga cukup matang untuk dibuat tumbal yang harus dipersembahkan pada Raja Dunia Bawah.Apa kau tidak tahu keturunan Dempire harus melakukan pengorbanan apa apapun demi menjalinkan hubungan kerjasama dengan Dunia bawah..." terang wanita itu dengan tenang pada suaminya.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now