✧°KTR 163°✧

340 42 1
                                    

Chloe dengan santai mengelaknya tanpa beban. Ketua half-orc terus menerus cuba meninju Chloe.

"Manusia!!! Kau pengecut" provok ketua Half-orc.

"Pengecut? Terbalik tahu....kau yang pengecut kerana menyerang seorang gadis lemah yang tidak berdaya ini" balas Chloe dengan senyuman seringai.

Lemah apanya. Setiap kali Chloe mengelak tidak kedengaran suara tapak kaki pun.

Namun ada tekanan gelap muncul membuatkan pergerakan Ketua Half-orc terhenti. Aura kegelapan murni membuatkan hampir kesemua nya jatuh terduduk. Chloe berdecak kesal.

"Mengacau permainan ku agak keterlaluan... Arl" ujar Chloe dalam bahasa kuno. Kesal juga diganggu.

Charlos yang baru tiba berwajah datar dan terlihat dia mengheret sesorang yang sudah pengsan. "Aku tidak sengaja" jawab Charlos dengan selamba melemparkan orang yang diheret ke salah satu kerusi. Dan terus ia duduk ditempat nya dengan wajah datar.

"Erm apa kau menculiknya?" tanya Keres melihat ke arah lelaki yang dilempar oleh Charlos tadi. Charlos menggangguk perlahan.

Lelaki tadi terus terbangun mengejut. "Huh aku bermimpi Noir muncul lagi dengan penampilan manusia" gumam lelaki itu tanpa sedar. Kemudian dia melihat sekeliling dan wajah wajah familiar.

1
2
3......baru sedar....

"Mimpi yang indah bukan? Kita berkumpul lagi" ujar Keres sambil tertawa terkekeh-kekeh.

"Keres? Rhysand? Dan uwarghhh....Noir" Lelaki itu terlalu terkejut melihat Charlos dengan tatapan datar yang gelap dan Vex dengan tatapan ais kutubnya yang mencengkam.

"...Noir benar benar menculikmu" jawab Keres sambil tertawa terkekeh-kekeh

'Sebaiknya kau cerna dulu dalam dalam situasi ni' pesan Keres.

"Kau santai sekali" ujar lelaki itu melihat Keres santai je meskipun ada yang belum buatkan semua orang di dalam ini bernafas dengan lega.

'Daripada itu....situasi apa ni' tanya lelaki itu pada Keres.

'Perdamaian...Rincian nanti biar Lilith terangkan' balas Keres. Lelaki itu terdiam dan melihat situasi sekarang.

"Mulakan pertemuan ini" ujar Charlos dengan penuh penekanan.

"Err ....Arl....mereka tidak boleh bangun sekiranya begini...." celah Chloe tergaru garu kepalanya yang tidak gatal.

Charlos mendengus perlahan dan menarik kembali auranya. "Lemah" gumam Charlos.

Chloe tertawa kecil sebelum melangkah ke arah tempat duduknya. "Bermain mainnya sudah tamat...." sambil berjalan penampilan Chloe mulai berubah.

Sayap hitam transparan terbentang dan juga pada selangan rambut putihnya ada warna hitam.

Kemudian Chloe pun duduk dan membuat isyarat pada Alruna. Alruna pun menggangguk faham. "Para tetamu silakan duduk" ujar Alruna. Mereka hanya ikut sahaja arahan Alruna.

Ditekan aura kegelapan sahaja sudah tidak bergerak apatah lagi aura membunuh. Kaki mereka sahaja gementar.

"Cik Alruna....anda juga dipersilakan duduk" Xeros muncul dari pintu belakang sambil membawa beberapa dokumen.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now