♕°KTR 91°♕

669 79 14
                                    

Di malam hari,

"Leila apa benar kau berduel dengan lelaki yang tiada otak namun pakai otot sahaja tu" tanya Jeslyn dengan nada tak bawak bincang.Boleh gegar tahu asrama ni nanti.Dan Jeslyn mengatakan terang terangan tentang Felix tanpa rasa bersalah.

Chloe dengan kepolosonnya menceritakan semuanya pada Jeslyn.Jeslyn jugalah yang ajak mereka berborak terlebih dahulu sebelum mereka masuk tidur.Setelah Chloe menceritakan Jeslyn sungguh terkejut.

Meskipun Felix tak pernah nak guna otak dia takdelah secuai itu untuk menerima tantangan pelajar junior malahan Leila baru je beberapa hari berada di akademi.

"Apa saya salah senpai mempertahankan diri?" tanya Chloe dengan mata yang comel.Jeslyn dan Miera sebenarnya hairan mengapa Chloe sepanjang masa memakai cermin mata.Bahkan mereka belum pernah lihat anak mata Chloe kerana terhalang ketebalan cermin mata tersebut.

"Hahahaha.....tidak salah....Lagipula aku juga teringin melihat perempuan angkuh itu...jatuh betul harga dirinya kali ini" ujar Jeslyn dengan semangat.

"Y-ya benar....Le-Leila jangan salahkan diri sendiri" celah Miera.

"Tapi kau akan berada dalam masalah sekiranya melibatkan diri dengan salah satu pendiri empayar ini...apa ayahmu boleh melawan mereka,Miera" ujar Jeslyn.

"S-sudah tentu tidak senpai....kata ayahku dia juga baru berada di posisi duke setelah berkahwin dengan bondaku...jadi ayahku sama sekali tiada kuasa untuk melawan keluarga besar..." jawab Miera dengan jujur.Bagi Chloe sangat naif lah si Miera ni....senang dibuli ini anak.Sepatutnya rahsia keluarga tak patut disebarkan begitu.Untung sahaja itu Chloe manakala Jeslyn err....entah lah.

Jeslyn berfikir sambil bermimik agak sukar digambarkan."Kalian para bangsawan memang hierarki yang aneh" sambil menggangguk angguk kepalanya.Dinaile hanya menggangguk kecil sambil lirik Chloe.

'Jangan bimbang girls.....keluarga Lawrence itu mana mungkin berani menyentuh keluarga Schulz...kerana salah satu keluarga Schulz adalah menantu disana untuk hubungan baik...seingat aku lah yang papa cerita.Sebenarnya berapa ramai sepupu papa hah....aku jammed bab hierarki keluarga ni..Tanya Arl lagilah blur' batin Chloe membebel.

"Tidak mengapa lagipula hierarki bangsawan kan tidak berlaku di akademi...semuanya setara" Chloe memberi jawapan yang cerdas.

Chloe ada baca buku peraturan akademi yang sebenar nya hierarki bangsawan sangat tidak berguna disini.Kerana disini hierarki kekuatan dan kepintaran sihir adalah segala-galanya disini.Namun ada segelintir pelajar pandai memanipulasi pikiran pelajar lain bahawasanya bangsawan adalah raja di sekolah.

Tapi Chloe dah tunjuk sikit kemampuan dihadapan semua pelajar..10 persen mungkin dapat menukar pola mereka.Hasut sikit sikit sudah lah.

"Naile bagaimana dengan mu..apakah kau bosan" tanya Jeslyn pada Dinaile yang mendiamkan diri sejak tadi.Dinaile terlihat sedikit murung sejak pagi tadi.Apa ada sesuatu yang ia sembunyi kan.

"Tt-tidak..senpai....lagipula aku sudah mengantuk....itu yang tidak boleh fokus dengan perbualan kalian" ujar Dinaile membuat buat menguap.

'Kalau diikutkan tarikh hari ini....tarikh dimana persahabatan lama kami telah putus...' batin Dinaile dengan lirih.Dia ingin sekali ungkapkan maaf pada Lily dan Lyle.

Namun dia berada di dunia lain bahkan dia juga tidak tahu sama ada Lily dan Lyle masih hidup atau tidak.Dia bingkas bangun lalu menghembaskan diri di katilnya.Sekarang ini memang ingin nangis dan meluahkan segalanya tapi mana ada yang mahu mendengar rintihan hatinya apatahlagi dia serta adiknya sama sama berada di dunia lain.

'Hmm.....apa aku terlalu keras padanya? Atau dia kesusahan menerima suasana akademi?...Atau dia sedang serabut? Tapi serabut fasal apa....' batin Chloe.Rasanya dia sudah beri banyak kelonggaran kebebasan untuk mereka.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now