♕°KTR 145°♕

540 71 14
                                    

"Selamat kembali,Raja Kegelapan"

Charlos mendengus dengan tidak senang.Pelbagai memori masuk dalam kepalanya agak menyakitkan.Di luaran dia masih diam dan tiada apa apa reaksi.

Kekuatannya sudah kembali dan memori lamanya tentu sahaja kembali.Manakala memori yang sekarang tidak diusik jadi dia masih ingat identiti dia sebagai Charlos.

"Itu mungkin gelaranku pada zaman kegemilangan dahulu namun gelaran itu hanya sekadar sampah di zaman ini" jawab Charlos dengan dingin.Dia berbicara dalam bahasa kuno.

"Dan bagaimana kau mengetahuinya ini aku" tanya Charlos mengerling tajam.

"Identiti sebenarku Venom Ilrez...Anda pasti tahu nama keluarga itu" balas Asterope a.k.a Venom dengan tenang.

Charlos berfikir sejenak lalu berdecak kesal. "Salah satu pengikut adikku yang fanatik dengan penelitian sihir gila...patutlah kau mewarisi sikapnya juga"

"Terima kasih atas pujian atau sindirannya...setidaknya hormati saya sebagai pengajar anda sebelum nya.Sikap anda tidak pernah berubah"

Charlos terus mengabaikannya lalu memandang ayah dan abangnya serta yang lainnya.

"Apakah kalian tidak melakukan hal yang sepatutnya yang harus dilakukan sekarang ini? " tanya Charlos.Venom mencebik kesal kerana diabaikan.

"M-memangnya kami harus lakukan apa" tanya Duke Lawrence.Baru pertama kali dia merasa ketegangan dan ketakutan dalam dirinya.

"Hah...kalau begini terus empayar ini mungkin hancur hanya semalaman" gumam Charlos.Bunyi nafas sahaja yang terdengar di dalam ruangan itu.

"Apa saranan kamu? " Tanya Emperor masih tenang.

"Hmm....aku sarankan...cubalah bertahan sehingga selesai... selebihnya aku akan uruskan" jawab Charlos tanpa nada.

"Asterope....bantu mereka"

"Eh menga-" belum sempat Venom mahu protes tetapi Charlos lesap dahulu.Venom mampu menahan sabar sahajalah.

Sementara Chloe,

Adakah dia bermatian matian melawan peliharaan unknown?

Jawapannya Tidak....

Dia sekarang sedang bermain main dengan nikmat.Tetapi dalam masa yang sama dia tidak akan lengah.

"Lilith...serius lah" jerit Keres turut menangkis serangan tentakel monster tersebut.

" Kau fikir dia akan serius untuk melawan monster lemah ini" celah Vex.Keres agak terkejut kerana tadi rasanya Vex berada jauh darinya dan tiba tiba berada di belakangnya.

"Memangnya kau tahu apa tentang Lilith" balas Keres.

"Hah...Rupanya kau tidak peka...Yernia sahaja sudah tahu identiti ku.Ternyata ingatan kau makin melemah juga"

"Apa maksud k-?" Satu serangan petir hitam melintasi hampir mengenai mereka berdua.Untung sahaja reflek mereka tangkas.

"Siapa berani menyerang ku?" Suara Keres agak dingin.Nampak sangat petir hitam tadi targetnya adalah dia meskipun serangan itu tertuju pada monster itu.

Vex hanya diam kerana tahu siapa yang energi serangan dua elemen sekaligus ini.Dia memandang ke arah seorang lelaki berada beberapa meter dari mereka.

"Aku...ada masalah" kalau suara Keres dingin macam ais lain pula kalau suara garau Charlos lebih dingin dari ais.

Hikkk....bulu roma Keres mulai merinding.Dia sangat kenal suara ini.

"Nnnnnnnnn-nnoir" tergagap si Keres nak sebut.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now