✧°KTR 164°✧

405 52 7
                                    

Chloe bingkas bangun ke arah abangnya. Dia hentikan Charlos yang ingin gunakan kekerasan. "Aku mengundang kalian bukan untuk menanamkan rasa takut kerana kami mahkluk kuno tetapi untuk perdamaian antara puak....jangan segan untuk membantah atau memberi pendapat" ujarnya.

Mereka semua saling berpandangan kerana baru kali ini melihat seseorang yang jatuhkan harga dirinya demi puaknya.

"Seperti yang kalian tahu puak demon menindas puak lain jadi pihak kami ingin minta maaf dengan tulus. Pihak kami akan menanggung segala nya" ucap Chloe secara tiba tiba.

"Lilith?!!" Charlos seperti ingin bantah. Kerana ini bukan yang ia dan Chloe bincangkan. Begitu juga Keres dan Vex. Mereka berdua ingin bantah juga namun Chloe hentikan dengan lirikan.

"Heh....bagaimana caranya? Kalian telah buat kerosakan dan nyawa... banyak yang terkorban...itu tidak dikira lagi kerosakan desa desa yang kau timpakan dahulu..." Celah ketua dwarf.

"Benar itu.... Kau ingat perkara ini hanya boleh dimaafkan dengan mulut sahaja" tambah ketua Lizard.

"Aku tahu itu.....para demon yang membuat onar akan dihukum dengan segera" balas Chloe yang masih lagi tenang dengan senyuman tipisnya.

"Lalu apa? Apakah itu boleh mengembali nyawa penduduk ku.....nyawa ayahku" ketua siren mara ke depan dengan perasaan marah.

"Para demon yang spesialis air telah menyerang puak siren.....mereka menyerang perkampungan kami sehingga kami perlu menjadi sebahagian daripada kegelapan dan hidup di lautan yang dalam...itu sudah ratusan lamanya bahkan ribuan lamanya" tambah ketua siren dengan wajah bengis.

Chloe menatap ketua siren yang bengis itu masih lagi dalam keadaan tenang. "Itu juga akan kuuruskan....Namun tidak semestinya puak demon yang lakukannya....melainkan ada yang mengadu domba...."

"Aku hanya ingin berdamai" tambah Chloe nada lirih.

"Kau fikir dengan permintaan naif itu boleh mengubat hati mereka yang kehilangan segalanya" celah ketua Half-orc. Berjalan perlahan ke arah Chloe.

"Melainkan kau menjadi milikku" Ketua Half-orc cuba menyentuh pipi Chloe yang mulus itu namun dihalang oleh Vex yang sudah lama menahan diri untuk tidak hilang kendali. Mencengkam tangan ketua half-orc dengan kuat.

"Dia milikku" Vex memberi tatapan tajam dengan penuh ancaman.

'Dia klaim macam takde abangnya kat sini' batin Charlos berpeluk tubuh dengan wajah tidak senang.

"Hahahaha...Rey Monarch hanyalah nama.....bukan seperti dongengan yang diceritakan....aura je lebih tetapi heh" celah ketua demi-human singa dengan sinis.

Alruna terus bangun. "Mereka menghormati kalian kerana kalian pemimpin setiap puak....terus kenapa kalian tidak menghormati mereka" dia tidak puas hati. Kalau bukan Chloe kata tidak mahu tanamkan rasa takut pada mereka, dia sudah bertindak di luar nalar mereka sejak tadi.

"Hei nenek tua" Noah juga hanya diam dari tadi juga kesal. Tetapi dia juga taknak Alruna terluka sebab dia high elf terakhir yang perlu sang raja elf jaga juga.

"Hormat? Mereka ini inti kehancuran dunia...punca yang menyebabkan unknown datang ke dunia kita......mereka ini ancaman" balas ketua Dwarf.

"Atau sebenarnya kalian hanya takut?" Tanya Alruna tersenyum seringai.

"Heh apa yang kau merepek ni...." Ketua half-orc yang merasa tidak senang perkataan Alruna.

"Kalian sudah puas bertengkar?" tanya Charlos dengan wajah menggelap sedikit.

"Kalian berbicara seolah olah kami ini tunggul tahu.....aku memang senang melihat pertunjukan tetapi entah kenapa aku turut kesal" celah Keres. Kita selalu nampak Keres ni suka bermain main,penakut dan peramah....tapi macam mana kalau Keres yang bengis dan menakutkan.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now