✧°KTR 162°✧

334 41 2
                                    

Tuk tuk tuk.....

Terlihat ada yang menunggu di suatu wilayah. Bukan hanya dia tetapi ramai lagi namun dari berbagai puak.

Terdiri dari dwarf, dyrad, demi-human, goblin, half-orc, siren dan sebagainya. Mereka semua orang penting dalam setiap puak mereka.

Hari ini lah yang mereka memenuhi undangan Alruna. Masing masing datang dengan bawahan yang mereka paling percayai.

"Berapa lama lagi perlu tungguu?" marah salah satu pemimpin puak. Puak Dwarf tidak suka membuang masa hanya menunggu. Mereka lebih suka menempa senjata.

"Apa High elf itu menipu kita?" Tambah pemimpin half-orc dengan marah.

"Bukannya aneh...dia turut mengundang musuhnya?" celah siren melihat ke arah demi-human singa.

"Sudah jangan bergaduh....kita harus tunggu saja kedatangan High elf" tegah dyrad yang merupakan puak paling tertua.

Dyrad tu mendesas kecil kerana semua puak disini memang suka mencari kesalahan masing masing. Dia berharap Alruna datang dengan cepat.

Sejam kemudian,

"Arghhh.....aku tidak boleh menunggu lebih lama lagi...." Ketua puak Lizard semakin tidak sabar.

"Aku juga " ujar ketua puak Dwarf.

"Sama lah" ujar ketua half-orc. Mereka sudah menunggu hampir dua jam setengah.

"Ara~ kalian semua sudah mahu pulang" Alruna baru menampakkan diri bersama Raja Elf yang sepertinya baru keluar dari tempat penyiksaan.

"Baru muncul....apa kau ingin menguji kesabaran kami" marah ketua half-orc.

"Mhm boleh dikatakan begitu" balas Alruna dengan selamba.

"Kau!!!!" Ketua half-orc ingin menyerang Alruna namun tekanan yang mereka rasai seperti dihempap meteor secara tiba tiba muncul.

Alruna bahkan berkeringat dingin dengan kedatangan mahkluk itu. Muncul seorang wanita serba biru dan seorang lelaki yang mempunyai topeng aneh. Noah si raja elf merasa agak tidak nyaman dengan aura mereka yang agak pekat.

Wanita serba biru itu terus ke arah Alruna."Apakah semuanya sudah hadir?"

Alruna tetap tidak merubah wajahnya. "Ya...semuanya sudah datang sesuai janjinya...." jawab Alruna dengan sopan.

Yernia memandang Alruna agak dingin lalu ia berpaling. Erebus memahami isyarat Yernia, dia hanya melakukan pola pola di udara lalu sebuah pintu gerbang terbentuk.

Hampir semua yang ada disitu cukup kagum dengan hiasan gerbang bermotifkan rune kuno.

"H-hei tunggu....me-memang tiada penyambutan bagi kami para ketua puak?" tanya ketua siren merasa direndahkan.

Yernia mengerling tajam. "Tidak perlu itu hanya membuang masa...Rey Monarch "

"Heh....kau tiba tiba muncul...sudah seperti orang penting sahaja" provok ketua Dwarf.

"Memangnya Rey Monarch itu sangat penting.....kami saja menunggu lebih dua jam setengah " tambah half-orc.

Hampir kesemuanya menyokongnya kecuali Dyrad, demi-human,elf dan gnomes. Mereka hanya mengikut insting bahawa Yernia bukanlah lawan mereka.

Alruna ingin hentikan mereka. Bukannya dia tidak beri nasihat awal awal oke. Mereka ini sudah kehilangan akal. Yernia malah tersenyum sinis ditambah dengan tatapan kurang menyenangkan bagi mereka.

"Cik Yernia....haruskah saya melayani mereka " tanya Erebus dengan aura membunuh.

Yernia mengangkat tangan. "Tidak.....itu akan memakan masa...buka kan pintu gerbang....Ratu ingin selesaikan perkara ini secepat mungkin"

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now