✧°KTR 158°✧

356 41 2
                                    

Di tempat Keres,

Keres menyelinap masuk ke dalam istana Salvorte. Alasannya adalah ingin bertemu puteri mahkota yang dikhabarkan 'gila' baru baru ini.

Dia tetap berhati hati sebab Arthur ada disini.Sememangnya agak bahaya dan beresiko buat dirinya.

Keres melompat ke arah balkoni bilik tidur Alexia.Dan duduk diam dahulu kerana ada orang di dalam.Dia intai sikit melalui jendela.

Setelah orang tersebut menenangkan Alexia,dia terus keluar.Keres fikir itu mungkin tunangan Alexia. Apabila benar benar aman untuk dimasuki,Keres dengan senyap senyap masuk ke dalam.

Mata Keres melilau sekeliling bilik Alexia untuk mencari keanehan namun disitu tiada apa apa yang aneh.

Tanpa amaran,bilah pedang malah hampir mengenai lehernya. Tampak Alexia wajah dingin berdiri gagah dengan pedangnya.

"Tangkas juga kau ya...dan waras pun" mata Keres bersinar.

"Aku fikir kau sudah tidak waras" sambung Keres.

"Aku ingat ada serangga mana lagi yang ingin cari pasal denganku" tanya Alexia dengan dingin.

Keres dengan tenang menolak bilah pedang itu."Aku datang untuk lihat lihat untuk cari hal aneh yang berlaku.....namun aku tidak lihat apa apa yang mencurigakan "

"Lalu kenapa kau pura pura menjadi 'gila'.....dan mengamuk tidak tentu pasal" tanya Keres nada yang serius.

Alexia memutar bola matanya dengan malas lalu duduk di atas katil. "Bukan urusan kau....kau tiada kaitan denganku"

"Terpulanglah tetapi aku nak beri saran....jangan kerana emosi kau hanyut...dan jangan kerana egois kau kehilangan segalanya" ujar Keres.

"DASAR...aku baru kehilangan orang penting dalam hidupku....kau hanyalah vampire...kau bukannya faham tentang perasaan" Alexia menengking kepada Keres.

Keres malah tertawa kecil."Kau masih tidak faham apa yang aku sampaikan?!.Kau dengar ya...." Dari tertawa wajahnya menjadi sayu.

"Apa yang aku lihat...Chloe mahupun Charlos sangat nyaman dengan kalian semua terutama kau...Kalau betullah kau bencikan Chloe.......baik kau berterus terang...sebab Chloe bencikan pembohong...mereka kata kau hanya sakit dan memerlukan masa...mereka berdua betul betul mempercayai kau sangat sangat...tapi jangan hancurkan kepercayaan mereka....."

"Kenapa kau buat sampai macam ni sekali untuk Chloe..." tanya Alexia setengah berbisik.

"Dia juga adikku....aku hanya ingin lihat kebahagiannya dari jauh...dan juga dia penyelamatku" jawab Keres sambil tersenyum misteri.

"Oh sudah hampir makan malam....aku harus pulang..." Keres ke arah balkoni.

"Dan juga jangan benci Chloe dan Charlos.....mereka mungkin terlihat begitu tetapi mereka agak.....hmm kau tahu tahulah sendiri" Keres kemudiannya menghilang meninggal kan Alexia yang merenung kosong.

Hening seketika, memikirkan apa yang Keres katakan.

Air mata jernih mengalir di pipinya.'Aku tidak mampu benci mereka....hanya saja.....aku belum bersedia menerima kenyataan yang ayahanda telah meninggal kan ku....' dia teringat Kayden memberi ia semangat.

Dia teringat yang dia lukakan adik perempuannya yang paling ia sayangi.Alexia terus menekup wajahnya.'Maafkan aku Chloe....maafkan aku.....'

'Anakanda rindu ayahanda ' Sambung Alexia.

Satu bayangan mengelus ngelusnya.Lelaki itu mirip dengannya hanya tersenyum.

Alexia terus mendongak kerana dia merasa dielus tetapi tiada siapapun di biliknya.Tetapi dia melihat ada sebakul bunga dahlia emas di tempat Keres berdiri tadi.Dia bingkas bangun dan mendapatkan bakul yang penuh bunga dahlia.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now