♕°KTR 36°♡

1K 105 14
                                    

Tiga hari kemudian,

Hari yang dinantikan oleh Chloe sudah tiba.Chloe menjemput mereka berenam sarapan di gazebo favoritnya.Charlos pula dah sarapan awal awal lagi.Jadi sekarang dia berlatih pedang di arena latihan.

Yep Charlos sememangnya tak ramah pada orang luar.Tapi keluarganya tak permasalahkan hal ni.Aneh bukan....Chloe melihat sebahagian dari mereka tidak menyentuh sarapan dan ada sebahagian makan je.

'Adakah tanaman ni suram membuatkan mereka takut ' fikir Chloe,matanya meliar sekeliling.Yelah kanan kiri bunga mawar hitam putih serta bunga lili.Takde yang warna menyerlah seperti kuning atau pink.Bagi dia dan sekeluarga itu dah kira ceria dan cantik.

'Nyeh taman ni bukan milik mereka.Lagipula cantik apa.Sejuk mataku memandang bunga bunga yang indah ni' batin Chloe.Dia meletakkan sudu dan garpu di pinggan menandakan dia sudah selesai makan.

''Hmm....kalian berdua tidak makan..Apa tidak sesuai selera kalian" tanya Chloe pada Dinaile dan Mikaela yang hanya melihat sahaja makanan tu.

"Tidak tidak,kami hanya segan dengan kebaikan anda" kata Dinaile.Chloe tersengeh kecil.

'Baik ya?...Arl dengar ni pasti dia akan ketawa terbahak bahak' batin Chloe😌.

"Hmm apa kata aku terus langsung pada pilihan kalian terlebih dahulu" memandangkan diantara mereka memilih pilihan pertama.Jadi dia tidak perlu bersusah payah nak tanggung orang yang bersifat ular baginya.

Walaupun dia sudah ketahui keputusannya,dia pura pura tidak tahu apa apa.Dan beri peluang untuk mereka berbicara.

Fiona terlebih dahulu berdiri..."Cik Chloe,saya mungkin agak kurang hajar tapi saya dan Helen memilih pilihan pertama.Saya dan Helen ingin bebas dari genggaman sesiapapun" ujarnya dengan berani.

"Ohoo........betul ni" tanya Chloe untuk mengenal pasti keputusan Fiona.

"Betul Cik Chloe....saya dan Helen tidak mahu menjadi genggaman cik lalu dimanfaatkan.Kami mahu hidup bebas semahu kami....Dan juga kami bukan boneka para bangsawan seperti kalian" ujarnya dengan lantang.Ian,Mikaela dan Dinaile agak terkejut.Masalahnya dah melampau sangat ni.

"Kenapa kau tidak sopan dengan penyelamat kita" giliran Ian berdiri.Bahasanya sudah bertukar sejak tiga hari lalu semasa berdebat.

"Penyelamat kau kata....ini sudah ambil kesempatan...kita juga ada hak untuk bebas" balas Fiona.

Pernyataan Fiona tidak salah tapi pilihan yang kurang bijak.Kontrak tu hanya untuk tolong mereka sahaja.Chloe sengaja mengatakan kontrak setia.Tapi yang sebenarnya dia ingin menolong mereka mendapatkan keperluan seperti manusia selayaknya.Seperti pendidikan,seni bela diri dan sebagainya.

Dinaile fikir mungkin Chloe akan marah kerana Fiona membuat keputusan salah tapi malah Chloe tersenyum."Begitu ya....baiklah aku akan menyediakan sesuai dengan janjiku" dia petik jari.

Terus muncul dua orang tanpa mereka sedari.Mereka berpakaian serba hitam cuma menampakkan rambut dan matanya sahaja.Dua orang itu masing masing membawa sekantong emas.

"Ini ada dua kantong emas yang berjumlah sama.Jadi kalian berdua boleh pergi bersama kantong emas.Aku peringatkan kalian berdua....aku sudah tiada kaitan lagi dengan kalian" kata Chloe seperti menghalau mereka.Fiona bingkas bangun lalu ambil emas tersebut diikuti Helen.

"Hantar mereka sehingga gerbang kota" ujar Chloe membuatkan Fiona terkejut."Kenapa sehingga keluar kota ..Kau tidak halau kami keluar kota bukan" kali ni Fiona sudah tidak bersaya dan berawak.

"Kan aku sudah kata terang lagi bersuluh....aku tidak mahu ada kaitan dengan kalian..Jadi kalian perlu keluar dari kota Schulz ini dengan rela.Kerana aku tidak mahu kaki rubah kotor jejaki di tanah Schulz" jawab Chloe sambil tersenyum.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now