♕°KTR 51°♡

803 99 14
                                    

Saat di malam hari,

Chloe tidak terlalu mengantuk...jadi dia bingkas bangun dari katil.Dia melihat ke arah Alexia yang nyenyak dibuai mimpi.Jadi dia ambil keputusan untuk keluar makan angin.Dia menyambar mantelnya lalu keluar melalui balkoni.Sebelum itu dia memasang barrier pelindung di sekitar Alexia,agar tidak berlaku pencerobohan.

Dia melompat ke bawah dan mendarat dengan selamat.Sebelum dia melihat sekeliling terlebih dahulu.Line clear barulah dia berjalan.Dia sudah menghafal laluan istana ini dalam sejam selepas makan malam tadi dengan bantuan labah labah kecilnya yang ia sebarkan waktu sampai kesini.

Itu adalah satu kemampuannya untuk menyebarkan sesuatu tanpa melakukan aksi yang mencurigakan.Manfaatkan haiwan kecil ini menjadi spy sekaligus peta untuknya.

Chloe melihat ke langit...'Indahnya' batin Chloe.Sambil tu melihat sekeliling.Kali ini dia membiarkan wajahnya disapu angin malam.Angin sejuk malam sangat menyenangkan.Dia mahu ajak Charlos.Tapi Charlos pasti mengurung diri kerana malas nak bergerak dan juga tidak mahu diganggu waktu rehatnya yang berharga ni.

Chloe melompat ke pintu gerbang lalu turun dan mendarat di tanah.Dia ingin jalan jalan melihat kota Empayar Mawlence ini.Khabar angin yang ia selalu dengar tentang empayar ini sangat mempercayai tentang kepahlawanan,saintess dan juga penyihir yang menguasai elemen kegelapan dihukum mati bahkan belajar mengenai juga.

Nasib Chloe dan Charlos pandai menyembunyikan aura mana mereka sejak pertama kali masuk ke sarang saintess ini.Meski ini Empayar paling neutral,namun pengawalan menitikberatkan mana seseorang itu sangat ketat.Awal awal rombongan Empayar Salvorte masuk,diperiksa dan memakan masa.

Chloe melompat dari bumbung ke bumbung yang lain sambil meninjau aktiviti malam penduduk disana.Pasar turut ada di waktu malam jadi tidak hairan lah masih terang di jalan.Sekiranya di kota Salvorte,pasti penduduk sekitar sudah masuk ke dalam rumah masing-masing di waktu begini.

Chloe turun ke bawah melalui lorong gelap.Lalu membaurkan diri dengan kerumunan penduduk.Dia melihat suasana yang meriah ini.Ada yang membuat pertunjukan sihir disini.

Saat dia sedang asyik melihat keliling,tanpa ia sedari dia berada di tempat sunyi.Dia melihat ada beberapa lelaki bersenjata berserta seorang lelaki elf dan seorang perempuan bermantel putih yang dikepung.

Dia sepertinya tidak boleh menyerang manusia.Oleh kerana ingin tahu Chloe mengintip mereka.

'Kemungkinan mereka adalah perwakilan Qarrios' teka Chloe.Kerana Qarrios yang dimana tempat menerima semua puak terbalik dengan Mawlence.Mawlence menjadi puak elf sebagai hamba dan merendahkan status mereka.Sekiranya mereka melawan dianggap kriminal yang patut dibakar sehingga mati.Kejam bukan disebalik kebaikan Empayar Mawlence.

"Bagaimana ini tuanku" ujar lelaki elf berbisik pada perempuan yang dibelakangnya.

Perempuan tu pula tidak tahu menahu tentang bela diri dan sihir...kerana dia dimanjakan dengan ramai pengawal hebat hebat.Dia dan abang tirinya lebih tepat Putera Mahkota Qarrios dihantar sebagai perwakilan oleh ibu tirinya.Budak lelaki elf ni pengawal peribadinya sejak kecil.Jadi dia hanya mengharapkan pengawalnya sahaja.

"Sebaiknya kalian diam dan turuti kami...ikut kami dan kalian akan menjadi wang kami selanjutnya" ujar Salah satu lelaki yang mengepung mereka.

Mereka semua sekali ada 10 orang.Jadi mereka berdua sudahlah kalah dalam jumlah,kalah juga dalam sihir.Lelaki elf itu baru mencapai penyihir kelas kedua,sementara mereka semua sudah mencapai penyihir kelas 4.Nak kata perompak boleh kot...or penjual budak.Pilihlah sendiri:v.

"Siapa kalian...mengapa kami perlu perlu turuti kemahuan kalian" tanya lelaki elf tersebut.Dia bersiap siaga dengan senjatanya.

Mereka hanya diam,tapi mereka menyerang mereka berdua guna sihir kegelapan.Sihir yang dilarang di empayar ini.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now