♕°KTR 112°♕

583 77 53
                                    

"Vex, kita salah arah ni" ujar Chloe membuat Vex tersentak.Ya mereka malah tersesat dalam kerumunan bangsawan.Chloe tahu Vex ingin berbicara dengannya tapi pintu keluar sudah jauh daripada mereka.

Kenapa dewan ini besar sangat.Fikir Vex.Kali kedua dia mempermalukan diri sendiri di hadapan gadis pujaannya.

"A-aku"

"Kau ini ya memang senang sesat...biar aku jadi penunjuk jalan..kau ini lucu" kata Chloe nada menggoda.Giliran dia menarik tangan Vex.Pufff....telinga Vex memerah malu dan ingin sekali menyorok kan wajah.

Tindakan nya terlalu ceroboh.Apa lah yang dia fikirkan sekarang ini.

"Eh itu bukannya Grand Duchess Muda....siapa lelaki disebelahnya"

"Tampan juga lelaki itu"

"Aku tidak pernah melihat wajah setampan itu"

"Mungkin tunangan Grand Duchess Muda"

"Apa mungkin kekasih gelapnya"

"Ish jangan sembarangan....nanti kepala kita taruhan"

Mulut makcik makcik bawang takde insurans memang suka menyibuk eh.Apa mereka tak penat bergosip sana sini.Chloe menulikan pendengaran nya.Malas nak ambil tahu khabar angin tersebar.

Dan dia tak perasan salah satu abangnya melihat ke arah lelaki yang digenggam erat oleh Chloe.Nescaya itu adalah Ericc mencari Chloe dimana mana.Edward sudah 'ditarik' oleh putera putera daripada kerajaan kecil mengenai pakatan sayap kanan empayar.Ericc juga tak tahu sebab dia malas nak ambil tahu.

Ericc pergi ikuti Chloe keluar dewan bersama lelaki asing tersebut.Dia ingin tahu gerangan lelaki baj*ng*n mana sudah membuat adiknya tertarik.

'Mana Arl....kata mahu jaga Loe....tak boleh diharapkan itu anak' batin Ericc menggerutu kesal.Untuk makluman u Ericc,Charlos perlu berlakon paksa melayani Miera secubit hatinya.

Chloe dan Vex sampai di taman belakang dewan istana.Kali ini mereka berdua berjalan beriringan."Mengapa kau memanggil ku gadis kecil?" tanya Chloe.Sebelum tu barrier transparan kedap bunyi dipasang.Chloe tak ingin abangnya yang mengekorinya dengar.

Sekali lagi Vex jadi malu.Dia terlepas cakap.... selama ini depan Chloe panggil namanya entah kenapa hari ini dia terpanggil Chloe 'gadis kecil'.

"S-sebab.....ka-kau terlihat kecil.Dan lagi mengapa kau panggil ku vampire lucu?" soal Vex.Dia sendiri tak tahu alasannya muhasabah ke tak.Chloe menggangguk perlahan menanda ia faham.

'Jap kau ingin katakan aku pendek...yah memang aku paling pendek dalam keluarga tapi aku tak menerima kenyataan....' batin Chloe agak kesal.Dia kembali senyum.

"Kerana kau terlalu lucu....vampire seperti mu boleh sesat.Itu lucu dimata ku" jawab Chloe disertakan ketawa kecil.Vex tak tahu nak kata apa.Tapi dia turut tersenyum.

"Langsung pada intinya.....aku sudah ketahui tentang mu serba sedikit oleh Kak Zieyuna"
Chloe juga bukan jenis membuang waktu juga.Vex tak terkejut sebab Zie pernah melaporkannya.Zie menyuruhnya bertanggungjawab atas semuanya.

"Meskipun aku tahu banyak lagi hal yang dirahsiakan oleh Kak Zie tetapi.....aku ingin penerangan daripada mulutmu sendiri.Kerana ini tentang hidup matiku....Terlebih lagi aku tidak mahu melibatkan keluarga dan orang terdekat ku" lanjut Chloe menatap anak mata Vex dengan serius.

Vex mampu mengeluh kecil...anak mata Chloe menunjukkan ketegasan inginkan semua kebenaran.Dia sebenarnya masih takut kalau gadis ini akan membencinya.Raja Dunia Bawah takut pada seorang gadis manusia,terlihat kelakar tapi ini kenyataan.

Takut kehilangan
Takut dibenci
Takut dijauhi

Vex menarik nafas dalam dalam lalu menghembuskan dengan tenang."Pertama tama,aku ingin meminta maaf....aku tiada niat untuk melibatkan nyawa kau dalam masalahku....aku juga tidak tahu artefak tersebut merupakan benda bahaya.Kerana aku....buta wa-warna" ayat terakhir tu nada lirih.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now