♕°KTR 120°♕

506 70 15
                                    

Lokasi tanah tandus(yang dimaksudkan oleh Ericc)

"Tidak menyangka ada manusia berani ke tanah yang sudah dikutuk begini" ujar Azz.Dialah seseorang yang misteri itu.

Azz sedang cuba sedaya upaya memperbaiki retakan dimensi.Agak menguraskan tenaga mananya namun arahan Vex adalah untuk memberi pertahanan awal daripada dunia ini dimasuki makhluk dimensi.

Alasan Vex selalu pertahankan dunia permukaan ini kerana kalau berlakunya pencerobohan makhluk Dimensi tersebut maka itu berdampak besar dengan dunia bawah yang terhubung.

Azz sampai harus gunakan penampilan sebenar untuk merangka sihir sehingga retakan tersebut kembali elok semula.Untung sahaja dalam beberapa minit retakan juga menghilang.Azz sampai terduduk.

"Makhluk Dimensi itu memang keras kepala untuk memasuki ruang antara dimensi secara paksa..." gumam Azz.Dan lagi makhluk dimensi bukan saja saja ingin ceroboh dunia ini.Ada 'sesuatu' yang ingin mereka rampas sejak jutaan tahun dahulu di dunia ini.

Boleh dikatakan Azz generasi keempat melayani Raja Dunia bawah yang kelima iaitu Vex.Dia pernah layani raja terdahulu itupun dia masih anak anak.

"Kau membuat kerja dengan bagus" ujar satu suara.

Azz hanya mendengus kasar...."Tuan Nicole...kalau hanya mahu mengejek kekuatan ku tidak usah kesini" kata Azz.

Nicole tersenyum kecil."Tidak....saya hanya takjub sahaja....untuk menutup satu retakan memerlukan sejam hingga tiga jam bagi monster lemah" ujar Nicole.Sindiran halus ditujukan pada Azz.

Azz terus merubah penampilan seperti manusia.Rata rata di dunia bawah mereka berpenampilan manusia untuk menyimpan mana.Berpenampilan sebenar hanya membuat mana terkuras.

Nicole juga berpenampilan manusia,kalau gadis gadis manusia lihat ini....mereka pasti fikir Nicole adalah putera kayangan yang tersembunyi.

"Tetapi mengapa tuan tiba tiba sahaja ingin ke dunia permukaan... kebiasaannya anda menolak untuk kesini" tanya Azz.

"Entahlah....hanya saja ingin melihat peradaban dunia permukaan secara dekat." Nicole mengalih pandangan nya ke arah lain.

'Masih sama.....bezanya adalah populasi manusia kian bertambah dari tahun ke tahun ya...apa lautan darah akan kembali terulang...tiada siapa tahu' batin Nicole tersenyum nipis.

"Tuan Azz....saya ingin pergi ke suatu tempat sebentar...nanti saya pulang sendiri" kata Nicole sebelum menghilangkan diri.

Azz terpinga-pinga namun dia tidak boleh halangi Nicole.Walaupun Azz mempunyai satu pangkat atas Nicole tetapi tiada siapa tahu kekuatan bahkan umur Nicole sebenarnya.Hanya senyuman misterinya yang kekal misteri sehingga ke hari ini.

"Hah.....apa sekarang aku harus mencari tuanku..." gumam Azz.Vex ni pun satu dahlah tak pulang hampir 4 hari.Azz hampir pengsan mahu layani pelbagai masalah disana.Banyak hal yang perlu Vex selesaikan diistana nanti.

Pada waktu petang,

Seperti yang Chloe janjikan,memang dia adakan jamuan minum petang secara peribadi.Chloe lebih memilih kawasan berdekatan dengan taman terlarang.Sebenarnya Chloe nak buat dekat gazebo yang dia dan Alexia selalu lepak.

Tetapi kalau difikirkan kembali,tak jadi kerana itu salah satu tempat favorit Chloe.Sayang sekali kalau di 'sepahkan' oleh Chloe nanti.

Walaubagaimanapun,jamuan teh ini,Alexia tidak diperbolehkan ikutinya.Namun Chloe sudah beritahu pada Alexia yang apa apa jadi tolong bertanggungjawab.

Sekarang ini,Chloe menunggu Miera dengan malas.Hampir sejam si perempuan sund*l tu tak munculkan diri.Teh yang terhidang tu pon dah sejuk.Chloe sampai memainkan alun alun rambut putihnya.Diikutkan hati Chloe,nak pi buat benda lebih berfaedah daripada menunggu orang yang suka buang masa ni.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now