✧°KTR 179°✧

361 42 2
                                    

3 tahun kemudian,

Suasana di Empayar Salvorte menjadi lebih meriah dikeranakan pertabalan sang puteri mahkota sekaligus pernikahannya. Bahkan banyak perwakilan langsung dari kerajaan kerajaan naungan Salvorte datang melihat dengan mata mereka sendiri terhadap pemimpin empayar yang baharu.

Pertabalan dan pernikahan diadakan tepat seminggu selepas puteri mahkota menyambut hari ulangtahun nya yang ke 27.

Para rakyat Salvorte dapat menyaksikan detik detik penyerahan tahkta terhadap Alexia melalui skrin siaran langsung dari mana stone khas.

Alexia terus berlutut di hadapan bondanya sebagai puteri mahkota yang akan ditabalkan menjadi Empress baru.

Empress Emilien yang duduk diatas takhtanya terus bingkas berdiri lalu ke arah Alexia.

"Puteri Mahkota, Alexia Salvorte...Adakah anda benar benar bersedia untuk menjadi pemimpin yang adil serta bertanggungjawab terhadap semua rakyat di bawah naungan empayar ini?" tanya Empress Emilien dengan lantang supaya mendengar seisi dewan yang penuh keramaian melihat pertabalan puteri sulungnya.

"Saya bersedia menjadi pemimpin yang bijaksana membuat keputusan terhadap semua rakyat tanpa memandang kasta ataupun harta. Saya akan melakukan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab " ucap Alexia dengan penuh berwibawa.

Alexia bingkas berdiri dan membungkuk sedikit. Tanpa basa basi Empress Emilien mencapai mahkota yang dibawa oleh Arthur sebagai ketua keluarga Schulz untuk menabalkan seorang pemimpin empayar. Sememangnya itu tradisi Empayar Salvorte.

Mahkota berwarna emas bertahktakan permata putih. Ini bukan kali pertama Empayar Salvorte dipimpin seorang wanita. Alexia adalah keturunan Salvorte wanita yang keempat yang akan memimpin empayar.

 Alexia adalah keturunan Salvorte wanita yang keempat yang akan memimpin empayar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dengan ini.....dengan rasminya takhta ini telah dimiliki Empresss Alexia dari Empayar Salvorte" ucap Emilien yang kini sudah tidak digelar lagi empress.

Alexia kemudiannya berdiri tegak menghadap para tetamu. Auranya sahaja sudah berwibawa sebelum menjadi empress apatahlagi sekarang ini.

Semua bangsawan dan para tetamu bertepuk tangan setelah Alexia rasmi menjadi Empress Salvorte.

Tentu sahaja Chloe paling semangat yang kini sudah berusia 19 tahun. Dia sudah mencapai usia dewasa untuk menikah. Dan dalam tiga tahun ini, dia digelar tunang orang.

Chloe tetap sahaja melakukan tugasnya sebagai Grand Duchess muda seperti biasa dan rutin hariannya. Begitu juga Charlos yang semakin tampan membuatkan para lady makin cair.

Sebenarnya hampir tiga tahun, banyak surat datang ke kediaman yang mengundang Charlos ke pesta lady lady. Namun surat surat itu dibakar dengan senang hati tanpa balasan apa apa. Hanya keluarga Schulz sahaja tahu betapa Charlos berhati dingin terhadap para lady. Dan juga hanya Chloe sahaja tahu Charlos bertukar surat dengan Dinaile meskipun sangat isinya teramat ringkas.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now