✧°KTR 175°✧

314 40 0
                                    

Keesokan harinya,

Seorang gadis bersurai putih masih terlelap di atas katilnya dengan nyaman.

"Cik Chloe...anda tidak bangun lagi?!" Iris dari tadi mengetuk pintu. Oleh kerana tiada jawapan maka dia masuk sahajalah. Ingat kan Chloe dah bangun namun tidak.

Iris segera ke arah ke jendela dan membuka langsir. Chloe malah mengubah posisinya nyaman untuk tidak terkena cahaya matahari.

"Cik Chloe....bangun.."

Erangan halus malas Chloe kedengaran. "Kejap....5 minit lagi" katanya dalam keadaan mamai. Biasanya Chloe terlebih dahulu bangun pagi pagi sebelum matahari terbit. Siapa juga tidak mengantuk gara gara semalam.

Setelah makan malam, Chloe mengajak Vex berjalan-jalan di sekitar taman Schulz. Yelah nak luangkan masa. Taman Schulz di malam hari lebih cantik dilihat apatahlagi dibawah sinaran bulan purnama.

Daripada dua orang nak berdating boleh pula ditambah dengan tiga orang lain yang merosakkan momen mereka berdua. Tak lain tak bukan tiga ketul overprotective melindungi Chloe. Pening dibuatnya.

Ditambah lagi dengan seketul mahkluk yang bernama Keres ni join sekali. Mahkluk jadian tu sekejap menghilang sekejap muncul secara tiba-tiba. Makin pening dibuatnya.

Chloe terpaksa akur bangun pagi. Dia meregangkan badannya sambil menguap.

"Cik....ada surat daripada Lady Al Svann..." Iris menyerahkan surat bersampulkan warna biru tua.

Chloe mengambilnya lalu membuka surat tersebut dengan berhati-hati. Iris pergi menyiapkan tempat pemandian Chloe seperti biasa.

Kepada Grand Duchess Muda yang dihormati lagi dikasihi,

Tujuan saya menulis ini adalah untuk......

Mengundang anda ke kediaman Al Svann. Sila lihat surat satu lagi untuk mengetahui lebih terperinci.

Chloe melihat ada surat lain yang terselit di celah sampul.

Baiklah singkirkan formaliti nya...susah juga tiada telefonkan...kalau kau tidak membalas bermakna kau akan pergi ke rumah aku...oke back to the topic..Kediaman Al Svann mengadakan
PARTY FOR GIRLS kecil kecilan saja...aku ada ajak beberapa orang lagi selain kau. Bermalamlah di rumah ku semalaman kalau kau tiada urusan.

From sahabatmu yang tercintahhh

Chloe tertawa kecil membaca surat daripada Dinaile yang cukup kelakar baginya. Hah dia juga tidak menyangka yang dia sampai lupa akan pernah hidup dalam dunia moden. Mungkinkah di dunia ini boleh maju kedepan seperti dunia moden.

"Kak Iris siapkan beberapa pakaian untuk Loe bermalam di rumah Lady Al Svann...hanya semalaman sahaja" ujar Chloe.

"Baiklah, Cik" Iris cukup peka dia terus siapkan perlengkapan Chloe.

Sementara Keres,

Keres berjalan-jalan di sekitar luar kota Schulz seperti biasa. Harap maklum ye dia memang tidak boleh terperap sahaja di kediaman Schulz yang suram baginya. Berjalan jalan sambil menghabiskan sekantong emas yang diberikan oleh Chloe memang terbaik.

Lebih baik dia mengembara sebentar sembari melihat dunia yang sudah lagi bukan di era peperangan seperti terdahulu. Sekarang dia berada di kota kerajaan kecil yang merupakan salah satu kerajaan di bawah naungan empayar Salvorte. Tentunya dia menyamar.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now