♕°KTR 65°♕

835 103 46
                                    

Dalam masa yang sama diruangan bawah tanah istana Mawlence,

"Si*l......rancangan ku bertahun tahun sudah hancur...." Seorang lelaki mempunyai wajah hodoh memukuli anak keduanya.Membuatkan kedua anak perempuannya yang lain hanya tertunduk melihat ke lantai.

"Kakanda jangan memukuli anak kita...lagipula Vince akan menguruskan semua nya" ujar Empress dengan nada menggoda.Dia berharap amarah lelaki itu cepat sejuk.

Lelaki tersebut adalah Emperor Mawlence.Dia menjalankan rancangan untuk membunuh semua penerus dari empayar lain agar dapat menundukkan semua empayar dengan kekuatan yang ia kembangkan.Vince putera sulungnya memanfaatkan putera kedua Leifei bagi menyempurnakan rancangannya.

Dia hampir mengenai sasaran rancangan nya namun tepat hampir mengenai target tiba tiba ada sesuatu yang menghalangi.Seperti ada orang lebih licik darinya tanpa jejak.Itu membuatkan dia bengang dan marah.

PAKKK ...pipi Empress ditampar kuat oleh Emperor.Membuatkan Empress jatuh ke lantai dan mengalir darah di mulutnya.(dramatic sungguh)
"Kau juga tidak berguna....." ujar Emperor dengan dingin.

"Gara gara kalian,....tuan demon teragung sudah membuangku " jerit Emperor dah macam orang gila.

"Kanda.....mengapa kanda begitu kejam dengan dinda....dinda sudah buat apa yang kanda suruh" ujar Empress dengan tidak puas hati.

"Tetapi kau gagal....dasar tak berguna" marah Emperor.

"A-ayahnda.....bonda tidak bersalah" kata salah satu puterinya memberanikan diri membela bondanya.

"Terus siapa yang salah....kau...anak dan ibu sama sama tidak berguna" herdik Emperor.
Puteri itu tidak berkata apa apa oleh kerana ketakutan yang teramat.Dahulu keluarganya bahagia namun entah apa yang merasuki ayahnya sehingga jadi begitu.

(Entah apa yang merasuki ku hingga kau tega mengkhianati ku~)....iklan jap....sambung balik cerita tadi.

Mereka semua tiada kekuatan untuk melawan Emperor kerana wanita baginya hanyalah perhiasan dan tidak dibenarkan memegang pedang serta melibatkan diri dalam politik mahupun peperangan.Putera kedua pula terlalu naif dan lurus maka dia menggangap ayahnya memberi pelajaran pada bonda dan adik adik perempuannya kerana membuat salah.

Emperor sekarang bertambah bengang kerana kebanyakan chimera yang ia keluarkan sudah habis.Yang tersisa chimera yang sangat kuat ini.Sekiranya dia keluarkan chimera ini kemungkinan besar separa benua ini akan hancur.

Chimera ini pemberian demon king yang ia sanjungkan.Dan juga Demon king itu sudah membuangnya.Maka tiadalah lagi pertolongan yang akan diberikan.

"Ayahanda apa kata biarkan kakanda Vince yang urus segalanya di luar....buat masa ini kita perlu bersembunyi dahulu" celah puteri bongsu yang sejak tadi ia hanya diam untuk mengumpul kan keberanian berbicara dengan ayahnya.

Bagaikan mentol muncul dikepalanya emperor..."Kamu sangat bijak....ya ya...kita harus sembunyi" kata Emperor sambil memuji puteri bongsunya.Puteri bongsunya tersenyum kemenangan kerana idea kecil nya diterima puas oleh ayahnya .

Namun nanti mereka tidak akan menyangka nasib buruk akan menimpa mereka sebentar lagi.

Di kerajaan bawah tanah,

Sebaik sahaja Vex pulang ke istana,Vex terus memasuki biliknya dan juga mengarahkan semua bawahannya tidak mengganggu waktu rehatnya kecuali dia yang memanggil.

Sekarang ni Vex sedang berguling guling di katil dan pipinya masih blushing tentang kejadian tadi.Hampir satu wajahnya memerah.

Hampir satu wajahnya memerah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now