♕°KTR 105°♕

685 94 47
                                    

Keesokan harinya,

Sejak semua pelajar ketahui tentang Chloe adalah Grand Duchess Muda,semuanya memperlakukan dia dengan baik bangsawan mahupun rakyat.Terlebih lagi banyak bangsawan mulai rapat dengan Chloe bagaikan serangga mengelilingi madu.

Situasi kelmarin bagaikan mimpi dibawa angin oleh mereka.Entah apa magic si pengetua buat sehinggakan mereka tak mempersoalkan sangat kejadian kelmarin.Hari ini pelajar diberi kebebasan untuk berbuat apa sahaja.Jadi enjoylah.

(bestnya weyh walaupun hanya rekaan semata-mata....kat sekolah mana boleh ada camni...kat wattpad je ade...😂)

Chloe hanya acuh tak acuh melayani mereka.Benarlah kata orang makin tinggi status makin banyak orang sanjung.Tapi Chloe malah serabut dengan mereka bertempek 24 jam.Si Charlos tu mungkin dah larikan diri dan sembunyi dari pandangan semua orang.Maklumlah Charlos hensem mestilah ramai tekejar kejar nak mendekatinya.

Untung sahaja ada Alexia menyelamatkanya.Hari ini hari terakhir dia disini jadi Alexia dan Alvino menyuruh Chloe untuk jadi pemandu mereka untuk berkeliling di akademi buat sementara.Maka tiada yang akan menganggu Chloe.

Felix juga ada datang secara peribadi untuk meminta maaf atas kesalahannya yang ia buat pada Chloe.Felix rasa macam orang bodoh menolong tunangnya yang berurusan dengan orang yang tak sepatutnya dikacau.Ericc menemani Chloe sebab takut si Felix buat macam macam.

Chloe mungkin tak mahu memperpanjangkan masalah namun Ericc.Dia itu susah sikit untuk memaafkan orang lain.

Rakan rakannya yang lain masih melayani dia seperti biasa tetapi sedikit kekok.Mungkin kerana masih shock apa yang berlaku.

Dan yang paling Chloe tak boleh blah dengan situasi menjengkelkan adalah orang yang paling tak sedar diri.Ingat Theo di chap sebelum ni?

Theo mengatakan dia sudah jatuh cinta pertama kali melihat Chloe yang anggun itu.Tanpa rasa malu dia memberi berbagai hadiah pada Chloe.Theo berasal dari kerajaan kecil yang dibawah naungan empayar Salvorte.Tetapi apa Chloe menerima hadiahnya sudah tentu tidak.

Berlama lama di akademi ini hanya boleh buat kesabaran dia mahu meledak sahaja.Nasiblah ada rakan yang sudi membantunya daripada meledak.

Sekarang ini Chloe sendirian duduk di bangku taman belakang akademi,

"Hah banyak hal yang terjadi hari ini...tidak kusangka akan menjadi kucar-kacir begini" gumam Chloe agak frustrasi.Akhirnya dia dapat ketenangan daripada kesesakan yang berlaku.Dia larikan diri setelah Alexia dikerumuni peminat.

"Haih...mana hilangnya si Arl ni..." geram jugaklah sebabnya Chloe kena hadapi seorang diri kucar-kacir yang terjadi tetapi Charlos hilang entah kemana.

Meanwhile Charlos,

Terbaring atas katil kat bilik dengan dengkuran halus.Bilik asrama ia tempati dipasang barrier tingkat atas supaya tiada pengacau masuk untuk mengganggu waktu tidurnya.Ini waktu yang berharga jadi manfaatkan sebaik mungkin.

Di luar pintu bilik asrama,terlihat Ericc bercekak pinggang dan wajahnya kesal.Kesal kerana tidak dapat masuk gara gara penghalang yang terpasang.

Chloe menikmati angin sepoi sepoi....nyaman dan tenang.Jarang dia dapat ketenangan sebegini.Kemudian dia memandang ke arah bayangannya.

"Kuro...temani aku sebentar"

Serigala hitam kelabu dengan saiz kecil keluar lalu melompat ke atas riba Chloe.Chloe mengelus ngelus kepala Kuro."Maaf kerana aku tidak memanggil mu dalam waktu yang terdekat" ujar Chloe.

"Tak mengapa master..." jawab Kurori sambil bermanja dengan Chloe.Chloe hanya tersenyum lalu membelai serigala nya dengan lembut.

"Boleh saya duduk disini" tanya satu suara.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now