♕°KTR 137°♕

495 59 0
                                    

"Vex turunkan aku disini" ujar Chloe kerana hampir sampai ke tempat tujuannya.

Vex hanya menuruti dan biarkan gadis kecilnya berjalan pergi."Gadis kecil...nanti kita berjumpa lagi ya" ujar Vex sambil tersenyum.Dia juga ada hal yang harus selesaikan juga.

Chloe menggangguk tapi sebelum dia beredar satu ciuman hinggap pipi Vex.Lalu Chloe pergi tanpa apa apa kata.Vex mula mula blur namun lama lama dia baru mengerti.Pipi Vex kini sudah semerah tomato.

"Gadis kecil semakin nakal saja" gumam Vex.

Sementara Chloe berjalan menelusuri semak,dia sedang mencari keberadaan Charlos kerana dia sudah berjanji saat fajar menjelma akan ia datang kepada Charlos.

Matahari pun hampir terbit jadi Chloe mencari pokok yang mempunyai dahan yang kukuh untuk berdiri.Chloe terus melompat ke atas dahan di salah satu pokok.

Ingatan Chloe mengenai kehidupan lampau membuatkan dia harus memutuskan rancangan sedia ada.Kerana itu akan menimbulkan kekacauan lebih besar.

Serangan skala besar sudah sedikit sebanyak telah menarik perhatian mahkluk unknown.Secara tidak langsung kekuatan Chloe bukan sahaja menarik perhatian malah inti sihir dunia mulai hilang keseimbangan.

Tapi Chloe pasti Yernia sedar akan hal ini dan akan terus berusaha menutupi celah celah sihir meluap ke dimensi lainnya.

Akhirnya,Chloe menarik nafas lega setelah melihat ke arah Charlos yang fokus memegang busurnya.Chloe melompat ke arah belakang Charlos.Secara reflek tangan Charlos memegang anak panah tajam mengacungkannya hampir mengenai mata Chloe.

"Lain kali jangan datang mengejut tahu" ujar Charlos.

Chloe tersenyum tenang lalu menepis perlahan anak panah tadi."Reflek mu agak bagus juga...untung sahaja aku bukan vampire yang malang menjadi mangsa panahanmu "

"Lalu...apa kerjamu telah selesai..." tanya Charlos kembali fokus melihat istana vampire untuk memastikan benar benar tiada yang melarikan diri.

"Tentu sahaja....tampaknya disini juga telah selesai" balas Chloe.

"Dan nampaknya,Ericc terlalu bersemangat menjalankan misinya" sambung Chloe setelah melihat sosok Ericc menyamar menyapa beberapa temannya di guild.

Ericc perasan dia diperhatikan hanya tersenyum senang melihat ke arah pasangan kembar yang memerhatinya sejak tadi.

Charlos berdecak kesal."Senyumannya sungguh menjengkelkan....Seakan mengatakan akulah pemenangnya" dia bingkas berdiri lalu melompat ke tanah.

Chloe turut melompat ke tanah."Bukannya sudah terbiasa....dia abang kita juga kan" jawab Chloe.

"Erk....geli gelemang aku mendengarnya" balas Charlos.

"Aku jadi tertanya-tanya dengan Edward....apa dia sudah selesai membantai sarang sarang monster yang terbina di beberapa desa" Chloe memandang ke arah langit.

"Daripada itu aku lebih tertanya-tanya,kenapa kau terlalu cemas akan sesuatu." Charlos melirik Chloe disebelah nya.

"Aku nampak begitukah?" tanya Chloe untuk kepastian.

"Mungkin hanya perasaan aku" celah Charlos menjeling malas.

'Apa lagi yang kau sorokkan padaku....kuharap fenomena tadi tadi tiada kene mengena denganmu' batin Charlos yang mulai curiga dengan Chloe.Tetapi cepat cepat menepis keraguannya terhadap adiknya sendiri.

Chloe tersenyum kecil.Apa yang dikatakan oleh Charlos itu ada benarnya.Dia cemaskan hal yang paling ia takuti sekarang ini.Iaitu ingatan Charlos sebagai Raja Kegelapan.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now