♕°KTR 127°♕

561 71 5
                                    

Waktu petang,

Chloe sedang membaca laporan di bilik kerjanya.Dia sudah bangun dari tidur sejam yang lalu.Setengah hari penuh dia tidur membuatkan kepalanya pening ja.Kejadian tadi biarkanlah berlalu.

Chloe nak ketok bilik Charlos tapi ada barrier di pintu rasanya Charlos pi sambung tidur yang terbuang begitu sahaja.Kesian pulak rasanya,budak mestilah tengah shock giler.Jadi Chloe ambil keputusan untuk ke bilik kerjanya.

Yah memang banjir dokumen di dalamnya.Mahu tidak mahu Chloe perlu selesaikan sedikit beberapa dokumen.Dia ditemani oleh Earste.Earste kata Uma dan Leo sudah lulus ujian jadi telah ditetapkan bahwa mereka berdua bawahan tetap.

Dan paling Chloe takjub Dinaile,Mikaela,Nio dan Ian semuanya lulus ujian untuk menjadi pasukannya.Mereka semua berkembang dengan baik.

"Apa anggota keahlian Schulz sudah mereka buat?" tanya Chloe sembari membaca dokumen tentang pencapaian mereka berempat.

"Sudah...master..."

"Senjata peribadi sudah kau katakan pada mereka...Kalau belum,di gudang senjata Schulz masih banyak dan mereka boleh memilih apa apa senjata disana.Maksimum hanya 3 senjata"

"Baik master"

"Earste....diantara mereka...mana yang jauh lebih berstrategi" tanya Chloe lalu meletakkan kertas dokumen di meja.Dia melihat tepat ke arah anak mata Earste.

"Dinaile dan Mikaela.....mereka berdua terlihat seakan ada pengalaman bertarung sungguhan." Earste mengeluarkan dua kristal item lalu diserahkan pada Chloe.Item perakam hanya 6 keluarga besar sahaja boleh beli item yang mahal sebegini.

Sudah tentunya pengeluaran item daripada keluarga Schulz.Terlalu mahal sehingga terhad.Selain itu item ini juga ada di menara penyihir.Jadi Chloe boleh gunanya tanpa terhad.

"Maksud mu?"

"Anda harus melihatnya sendiri"

Chloe mengaktifkan perakam tersebut.Dia memerhati setiap gerakan Dinaile terlebih dahulu.Ujian ini bukanlah senang juga.Seni berpedang dan sihir harus seimbang untuk identiti anggota Schulz.Selain itu,harus bersifat tidak berperikemanusiaan pada pengkhianat dan orang yang tikam belakang.

Chloe sungguh fokus melihat beberapa gerakan yang Dinaile lakukan.Bukan malah kagum tetapi terkejut gila.'Gerakan ini....bukankah.... taekwando digabungkan dengan teknik military moden' batin Chloe.

Kemudian Chloe beralih pada rakaman Mikaela berlawan,bertambah terkejut dibuatnya.'Ini salah satu teknik milikku yang pernah kuajarkan pada Ash' batin Chloe.

"Earste...panggilkan mereka kemari arena....siap siap...biar aku sendiri menguji ulang mereka...Lalu suruh kau berjaga di pintu arena supaya tiada yang masuk tanpa kebenaran ku" arah Chloe.

Earste hanya mengikut arahan tanpa mempersoalkan nya.Memang ada pertanyaan di minda nya tetapi arahan harus segera dilaksanakan.Dia terus keluar dari bilik kerja Chloe.

Chloe mendesah perlahan...."Aku akan pastikan sendiri itu adalah mereka.....kenapa semenjak dua menjak ini berlaku kejutan yang menyakitkan...." gumam Chloe.Dia juga harus segera menyiapkan diri dengan pakaian latihan.

Chloe keluar lalu ke arah biliknya dengan segera.Dia ternampak Iris seakan risau padanya."Cik Chloe...anda kemana...puas saya mencari anda" Iris cemas kerana tadi dia masuk ke bilik Chloe,tup tup tuan empunya badan menghilang.

"Di bilik kerjaku tadi...sebentar ya kak" jawab Chloe lalu masuk ke dalam bilik dengan senyuman tipis.

Iris baru nak beritahu sesuatu tapi Chloe dah masuk bilik terlebih dahulu."Haish........Anda ada tetamu dari Empayar Qarrios" Iris tak tahu nak beritahu macam mana pada para tetamu tersebut.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now