♕°KTR 84°♕

680 96 59
                                    

Di malam hari,

Charlos duduk di katil sambil membaca sebuah buk di tangannya.Yang paling malangnya kenapa katilnya berada di sebelah Ericc.Mahu protes rasa tiada tenaga pula.Ericc pula pengsan sejak tadi.Entah pengsan atau tidur sebenarnya.

Mikaela sedang mengemas barang dan menyusun keperluan nya.Kalau Charlos dah susun dengan rapi semua barang barangnya.Dan juga mereka berdua juga yang tadi mengemas semua barang yang bersepah di lantai.

Hendrix pula keluar kerana ada kelas malam jadi dia amanahkan mereka jaga Ericc yang mungkin ponteng kelas malam ini.Terpaksalah Charlos terima dengan redha..

Sedang membaca buku,ada bunyi dengkuran yang ia dengar.Mula mula Charlos oke lagi.Lama kelamaan dengkuran makin kuat makin membuat Charlos kesal.Dia menutup buku dengan kuat dan bingkas bangun.Dia ke arah katil Ericc.Ericc puncanya dia tak boleh konsentrasi membaca buku dengan tenang.

Tarik nafas hembus....

Charlos mengapai bantal daripada katilnya...
"ABANG SI*LAN BANGUN....TIDAK USAH PURA PURA TIDUR....KAU MAHU DITIDURKAN BUAT SELAMANYA KAHH" jerit Charlos sambil memukul si Ericc dengan bantal.Ericc meminta tolong.Namun Charlos mencerlung tajam agar tidak masuk campur.

Charlos dah mencapai batas kekesalan nya terhadap Ericc.Sekarang sudah meledak pepandailah uruskan.

Mikaela be like:

'Aku tak nampak apa apa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


'Aku tak nampak apa apa.....selamatkan aku daripada kekejaman adik beradik ini' batin Mikaela yang sibuk mengemas tanpa peduli akan Ericc yang meminta tolong.Nasib dia hanya dua beradik.

Sepanjang mereka tinggal di kediaman Schulz,sesekali mereka melihat hal hal jarang berlaku pada bangsawan lain.Iaitu 'pergaduhan mesra' diantara adik beradik.Paling banyak ditargetkan adalah Ericc.Edward jarang masuk campur jadi dia tidak terlibat.

Setelah itu,

Ericc duduk bersila dengan benjolan berasap di kepala.Seperti mengakui kesalahannya dan juga Charlos menerangkan tentang penyamaran dia dan Chloe."Jadi sekarang namamu Kyrell dan Chloe adalah Leila" ujar Ericc yang baru menggunakan sel otak warasnya.

"Ya...Chloe kata dia mahu menyamar....jadi kami berdua memakai cermin mata ini agar terlihat seperti orang lain" balas Charlos sambil membetulkan cermin matanya.

"Oh jadi ini kejutan kalian.....Charlos...kau terlihat ulat buku tahu..hahahhahahahahhahaha" gelak Ericc.

Tanpa disedar tangan Charlos melayang di atas kepala Ericc."Kau ini menjengkelkan" ujar Charlos.Ericc hanya gosok-gosok kan kepalanya.Dah lah benjol tambah lagi kebenjolan di kepalanya.Tak hensem lah camni.

Mikaela jadi penonton je lah..'Kalau ada popcorn best' batin Mikaela.

"Oh ya ini siapa" tanya Ericc sambil menunjukkan ke arah Mikaela.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now