Chloe berjalan keluar dari kereta kuda dengan anggun. Perjalanannya selama 30 minit untuk sampai ke kediaman Al Svann membuatkan dia sakit pinggang kerana dia duduk sahaja.
Padahal tadi dia ingin tunggang kuda atau teleportasi tetapi Arthur tidak benarkan dan malah menyuruhnya pergi secara rasmi. Bukannya seperti penjenayah menghendap hendap rumah orang. Alah macam tak biasa.
"Salam Grand Duchess Muda Schulz...." Dinaile bahkan mengikuti etika bangsawan ketika menyambut status yang lebih tinggi.
Kekok....
Ekhem
"Tidak usah formal" ujar Chloe. Dinaile terus menarik tangan Chloe.
"Yeay!" Sorak Dinaile dengan separa jerit.
"Aku ada mengundang Tuan puteri dan-" Dinaile belum habis menghabiskan kata-katanya.
"Chloe!!!!" Gadis bersurai emas berlari menerkam ke arah Chloe.
"Adik manisku ini.....ingatkan kau tidak datang..." ujar Alexia seakan sudah lama tidak berjumpa dengan Chloe.
"Padahal baru semalam jumpa" gumam Chloe dengan kesal. Dan dia menyedari sosok lain yang ia familiar.
"Puteri Atheia?" ujar Chloe melepaskan pelukan Alexia untuk kepastian apa yang ia lihat.
Gadis rambut bersurai hijau menggangguk perlahan. "Saya kesini bersama putera mahkota Qarrios beberapa hari yang lalu atas beberapa urusan...lalu puteri Alexia mengundang saya untuk ikut serta dalam pesta gadis" seakan tahu yang Chloe akan bertanya tentangnya.
Dalam beberapa bulan sejak pertemuan diplomatik sahaja, puteri Atheia lebih matang.
(Rujuk chap 56-utk lihat Atheia yg dahulu)
"Bagaimana dengan pengawal peribadi anda?" tanya Chloe dengan rasa ingin tahu.
"Lix? Dia sudah menjadi komandan kesatria elf...berkat saranan anda....dia lebih banyakkan berlatih dan menimba ilmu dengan kesatria yang lebih berpengalaman" jawab Atheia dengan tersenyum hangat.
"Haih daripada berborak begini baik masuk ke dalam untuk kita berborak lebih lanjut" celah Alexia seperti kesal kerana diabaikan.
"Sebentar ada seorang lagi yang diundang" ujar Dinaile membuatkan langkah Alexia terhenti.
Mendengar kereta kuda lain memasuki perkarangan kediaman Al Svann membuatkan mereka serentak menoleh. Setelah kereta kuda berhenti, sosok gadis keluar dengan terburu-buru.
"Maafkan saya kerana terlambat, Lady Al Svann" ucapnya sambil menunduk tanpa memandang wajah mereka.
"Tidak mengapa, Lady Frank pasti kelelahan bukan?" ujar Dinaile.
Gadis yang membungkuk tadi terus mendongak dan terkejut. Dinaile memang mengundang nya untuk pesta rahsia untuk para gadis tetapi dia tidak menyangka orang yang dihadapan nya memiliki status yang jauh lebih tinggi. Sedangkan dia hanyalah anak Baron.
YOU ARE READING
Killer Twins Reincarnation???[END]
FantasyLily dan Lyle pasangan kembar tak seiras hidup di zaman moden.Mereka adalah pelajar universiti medical yang popular dengan kecantikan dan ketampanan. Tapi dimalam hari topeng sebenar mereka berdua terbuka.Dan mereka adalah KT atau Killer Twins.Pasan...