♕°KTR 86°♕

702 92 19
                                    

Hampir tiga hari Chloe dan yang lain bersekolah.Tiga hari tu juga tiada apa apa yang menarik berlaku.Minah tu hilang lesap daripada pandangan Chloe.Kalau mangsa buli mungkin akan lega kerana pembuli tiada buat sementara.Tapi Chloe gelisah dimana minah tu menghilang untuk hiburkan dia.

Ya sehari tak cari masalah memang tak sah.Rasa cam ada benda tak lengkap je hidup Chloe.Kalau Charlos menyukai ketenangan dan damai.Jauh daripada masalah itu sudah cukup buatnya.

Selain itu,dalam masa tiga hari ini Chloe sudah mempunyai ramai rakan dari kelasnya.Kebanyakan daripada mereka adalah golongan bangsawan kelas bawah dan juga rakyat.Miera pula macam segan tapi Chloe memperkenalkan mereka tentang Miera.Ini supaya Miera tidak rasa dipinggirkan.

"Leila....kenapa kau termenung? " tanya suara lelaki.Ini Jackson,budak lelaki yang memaklumkan pertarungan kecil tempoh hari.

Jackson merupakan anak petani disebuah desa yang di bawah naungan Baron Frank.Seingat Chloe, Baron Frank antara bangsawan kelas bawah yang bekerja di bawah ayahnya.Chloe pernah juga bertemu beberapa kali Baron Frank di kediamannya.Kemungkinan Baron Frank yang merekomenkan Jackson untuk bersekolah disini.

"Haah Leila....apa mungkin awak tidak sihat" tanya suara perempuan.Perempuan tersebut adalah anak Baron Frank,Vivy Frank..Dia sahabat Jack sejak kecil.Tidak hairanlah dia agak dekat dengan Jack.

Chloe tersentak...memang jauh sangat ke dia termenung.Salahnya juga sebab dia diam sementara mereka berborak rancak.Charlos acuh tak acuh melihat mereka dan memfokuskan membaca buku.Sekarang ini waktu luang.Ada pelajar menghadiri kelab dan juga lepak.Chloe dan rakan rakan barunya pelajar yang lepak di kelas.

Maklumlah kelas terbelakang plus bermasalah susah diatur dan juga para prof tak terlalu memerhatikan mereka juga.Pintar juga si Chloe.Kelas yang tidak mencolok,tiada perhatian berlebihan dan juga tak perlu mengikut sangat kelab yang diadakan.Nyaman dan tenang.Tapi satu masalah,Ericc.

Lama lama dia boleh mati sebab stres hanya satu orang.Masalah itu sampai sekarang tidak ada penyelesaian yang tepat.

"Tidak,...bolehkah saya bertanya...Griselda itu bangsawan mana" tanya Chloe.Dia jadi ingin tahu Griselda ini faksi bangsawan kelas atas atau faksi bangsawan kelas bawah.

"Hmmm....seingat saya, Cik Griselda adalah anak Count Richard." jawab Vivy.

"Huh mentang mentang ayah dia kaya....sudah sesombong itu..Kalau nak tahu dia tidak disegani kerana keangkuhan dia" celah Jack mengata mengalahkan perempuan.

"Jack...bagaimana kalau dia mendengar...awak akan susah nanti" pesan Vivy.Dia tak mahu kalau Jack diapa apakan oleh Griselda dan gengnya.

"Biarlah.....aku sudah muak dengan gadis angkuh itu..." ujar Jack.

'Count Richard??! Setahu ku dia yang menguruskan perdagangan cabang Schulz di selatan...wow....kebetulan macam apakah...apa nanti sekali sekala melawat keadaannya' batin Chloe.Sedang mereka berborak rancak tiba tiba Griselda dan gengnya baru masuk.

Griselda baru masuk ke dalam kelas dengan ceria."Benarkah anda rakan baik Grand Duchess Muda" ujar salah satu rakan Griselda.Sungguh kecoh bila mendengar khabar tersebut.

"Yah...bagaimana ya... Grand Duchess Muda mengundang saya bermalam di kediaman Schulz kelmarin....kerana itu lah saya tidak hadir ke sekolah" ujar Griselda dengan bangga terus ke tempat duduknya.

'Hah...apa....hah..apa telinga aku tak salah dengar...apa telinga aku oke lagi' Chloe sudah tahap blur.Bila masa pula dia undang bangsawan ia tak kenali.

Dan lagi kediaman Schulz tak pernah menerima tetamu selagi itu bukan masalah besar untuk diselesaikan kecuali keluarga Empayar.Yang itu pon Empress paling berani nak terobos masuk secara paksa.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now