♡°KTR 12°♕

1.5K 136 22
                                    

Mereka disambut oleh pelayan pelayan serta anak kedua Grand Duke,Ericc.
"Selamat Datang Keluarga Empayar.Semoga cahaya menyinari Empayar selalu," kata Ericc bernada ceria.

"Terima kasih telah menyambut kedatangan kami...Dimana Grand Duke" tanya Emperor.

"Oh maaf, Grand Duke sedang sibuk.Jadi hanya patik yang menyambut kalian" kata Ericc dengan sopan.Oke trust me dalam hati dia sedang merapu sumpah serapah pada Edward.Mana tidaknya sepatutnya Edward yang sambut mereka.Tapi dia hilang entah kemana.Terpaksa dengan tak relanya Ericc pergi memyambut kedatangan mereka.

Nasib dia paham akan situasi meskipun baru 7 tahun.Ericc pun menunjukkan jalan masuk kediaman mereka diikuti pelayan yang lain.

Alexia sedikit hairan,yang dia lihat semua pelayan lelaki dan tiada pelayan wanita.

"Apa tiada pelayan perempuan" tanya Alexia."Lexia....pertanyaanmu sangat biadap" kata Empress separuh berbisik.

"..tidak apa Yang Mulia...Tuan Puteri hanya menanyakan suasana kediaman kami" celah ketua pelayan bersebelahan Ericc.

"Kami ada dua maid wanita, salah satu mereka bercuti kerana sakit.Dan satu lagi mengurus Tuan Charlos dan Cik Chloe." lanjut Ketua Pelayan itu dengan sopan.

Ketua pelayan pun membawa keluarga Empayar keluar ke halaman.Sememangnya indah dan juga mereka akan dijamu dihalaman.Ericc juga mengatakan halaman ini dijaga rapi kerana semua bunga bunga ini disukai oleh Chloe.Bunga Lily putih dan mawar.

Kemudian mereka melihat seorang pelayan perempuan terjerit jerit ke arah pokok."Tuan Charlos,Cik Chloe turun...nanti kalian terluka" jerit Iris.

Kelihatan Charlos yang bersandar di dahan manakala Chloe tersenyum sambil mengayungkan kedua kakinya dengan santai."Arl-niisama duduk sini terlebih dahulu...jadi Loe ikut Arl" kata Chloe tidak sedar dia dilihat oleh keluarga Empayar.

"Tapi anda akan terluka" Iris sudah cemas.Bukan sekali mereka berbuat begitu.Berkali kali juga mereka berdua bersikap nakal.Meskipun nakal tapi mereka tetap sahaja menolong pelayan.

"Lagipula Kak Iris,perkara kecil" tiba tiba tubuh Chloe dan charlos melayang.Itu kerja Ericc.Chloe dan Charlos mendarat di tanah dengan selamat.Mata Chloe bersinar sinar.."Niisama....apa itu sihir" tanya Chloe dengan bersemangat.

Ericc dengan bangganya buat pose cool."Mestilah niisama mu ini jenius" kata Ericc.

Bunyi tepukan tangan oleh seseorang.Ericc sampai terlupa mereka ada tetamu penting.Ketua pelayan hanya menggeleng kepala kerana sikap tuan mudanya.Iris terus berlutut setengah dan tangan diletakkan di dada kirinya.

Chloe memandang ke arah keluarga Empayar.Dia yang tadi tersenyum terus bertukar kepada dingin dan lebih anggun.

"Salam hormat kepada Yang Mulia sekeluarga.Semoga cahaya sentiasa menyinari empayar.Nama patik Chloe De Schulz." Dia menunduk sedikit tapi masih menatap wajah mereka.

"Charlos" celah Charlos tanpa memedulikan mereka."Maaf ya...Yang Mulia,mereka masih kecil "kata Ketua pelayan.

"Tidak justru mereka menarik....." Sebenarnya emperor tadi bertembung mata dengan Chloe.Mata ruby merahnya memang menandakan keturunan Schulz.Tapi dia seperti melihat sesuatu yang mengerikan.Sekilas dia melihat seorang gadis sudah banyak membunuh tanpa ampun.Dan tanpa eksperisi wajah bersalah malah tersenyum puas.

Biler dia tatap mata Charlos pula.....terlalu gelap sehingga tiada penghujung.Cuma yg dia nampak mata predator tersembunyi disebalik kegelapan.

'Apa yang kulihat tadi....mereka berdua sepertinya tidak boleh diusik' batin Emperor tu.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now