♕°KTR 49°♡

843 95 7
                                    

Skippp(sori ye terpaksa banyak skip)

Dalam masa seminggu ni...Chloe dan Charlos meluangkan masa bersama keluarganya.Ericc dan Edward cepat cepat pulang mendengar khabar tentang kepergian mereka berdua nanti.Pada mulanya mereka berdua ingin memprotes keputusan emperor tu.Namun nasib baik sempat dicegah oleh Chloe.Keluarganya belum tahu mereka berdua penyihir kelas keberapa.Jadi tidak hairan kalau mereka over risau.

Berita itu juga sampai ke telinga Brianna.Brianna juga turut datang.Dia tidak datang berserorangan.Dia datang bersama anak bongsunya yang baru pulang bulan lepas.First time jumpa agak kekok apatah lagi dia seorang pemalu dan kurang bercakap.Namanya Luca...seorang penggembara yang baru ingat jalan pulang.

Di rumah Schulz menjadi meriah dengan kedatangan nenek mereka.Macam lah Chloe dan Charlos nak pergi buat selamanya.

Mungkin dalam dua bulan lebih kot baru dia kembali ke empayar ini.Sebab perjalanan juga dah memakan dua minggu untuk kesana.Tinggal di empayar orang lain memakan masa tiga minggu untuk hubungan diplomatik.Dan kembali ke tanah air dalam dua minggu lagi.Boleh je nak guna teleport namun mereka belum pernah kesana jadi sihir itu tidak akan berguna.

Sementara Dinaile dan tiga orang lagi sedang giat berlatih pedang,dan membaca buku pelajaran.Di bawah pengawasan Cale.Jadi mereka menjadi sibuk.Mereka belum bertemu lagi senior mereka,sebab belum pulang dari misi.

Itu Chloe tak fikir sangat yang dia tengah fikir sekarang ni adalah masalah Baron Owen dan hal yang berkaitan.Itu mengusutkan akalnya.Baron Owen sepertinya pintar dan juga licik.Untuk melawannya pasti sepertinya.

Nampak je luaran Chloe tenang dan seperi tiada masalah.Namun dalam kepala dan batinnya seperti wayar berliku liku.Sakit kepala juga nak fikir pelbagai hal.

Di ruang kerja peribadi Chloe

Sinilah Chloe akan berperang dengan pelbagai dokumen.Itu telah menjadi tugasnya sebagai Grand Duchess Muda di kediaman ni.Boleh dikatakan rutin mengecek dokumen tentang kewangan,aduan dan sebagainya.

Charlos jugalah yang diheret sekali melakukan tugas ni.Dia selalu tidak dapat berehat dengan tenang.Lama lama dia boleh mati akibat stress.

"Arghhh...aku sudah tidak sanggup menghadapi semua ini" muka Chloe dah jadi kuyu.Walau bagaimanapun dia perlu menyelesaikan agar bila dia kembali lagi dokumen tak perlu berhabuk di mejanya lagi.Itulah orang kata jangan tangguh kerja.Chloe pergi tangguh kerja selama dua bulan oleh kerana selalu berpergian keluar 'bermain main'.Alhasilnya terperangkap lah dalam banjir dokumen.

"Tak perlu mengada gada...siapa suruh kau tangguh sebanyak ini" kata Charlos bagai seribu panahan tepat di batin Chloe.

"Sakitnya hatiku ini....bukan nak beri semangat padaku" ujar Chloe.

Charlos malas nak layang Chloe yang terlebih dose drama bengong dia ni.Sebaiknya dia fokus mengecek dokumen."Oh ya....bawahan mu bila akan pulang" tanya Charlos.

"Setahu ku kemungkinan minggu keberangkatan kita ke sana...." jawab Chloe.

"Oh....kau beri misi apa sehinggakan mereka tidak dibenarkan pulang sejak ujian tu" tanya Charlos.Dia ingin tahu juga.

Chloe tersenyum menyeringai..."Sebelum ini aku ingin tahu apa di luar Empayar jadi tepat setelah ujian itu mereka pergi atas arahan ku...tetapi oleh kerana emperor ingin menghantar kita berdua mengikuti kak Alexia sebagai perwakilan aku jadi ubah rancangan.

Aku telah hubungi mereka bertiga untuk mengintip sama ada ketiga empayar lain ada masalah dari segi apa....nanti mungkin diantara masalah mereka boleh dimanfaatkan sebaik mungkin sekiranya diantara mereka mencari nahas kedamaian Empayar Salvorte " terang Chloe membuatkan Charlos ternganga.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now