✧°KTR 160°✧

356 45 0
                                    

Hari ni yang sangat damai, Chloe hanya minum teh di gazebo favorit nya dengan tidak bersemangat. Iris yang disampingnya merasa Chloe sedikit bosan.

"C- cik muda mahu tambah teh lagi" ini cawan kelima Chloe minum teh yang pahit tanpa gula. Chloe menggangguk perlahan.

Keres tiba tiba menghilang. Charlos juga entah kemana. Para bawahannya sibuk berlatih. Kalau nak panggil Dinaile dan Mikaela rasanya mereka menjadi sibuk 'bersosial'. Mereka berdua popular juga dalam kalangan bangsawan.

Chloe tidak terlalu berminat untuk bersosial dengan para bangsawan tu. Malas nak layan sebenarnya. Dan entah kenapa sejak kejadian dia bertemu dengan Alexia mengamuk teruk padanya, Chloe tidak lagi melawatnya.

Chloe sedikit terkilan dan setiap kali mengingatinya dia rasa ingin menangis. Memang sejak dulu dia telah banyak membunuh orang tetapi dia baru merasa dia membunuh keluarganya sendiri.

"Gadis kecil!" Panggil suatu suara yang sudah agak lama Chloe tidak dengar.

Lamunan Chloe tersentak dan terkesima kerana wajah seseorang sangat dekat wajahnya. Dengan cepat Chloe menutup wajahnya.

"V-Vvveeexx....aaa- bila masa kau ada disini...mana Iris" Malu juga dan matanya meliar keberadaan Iris. Sudah hilang. Sejak bila menghilang ni.

"Aku sudah berada disini setengah jam yang lalu....dan aku juga sudah menyuruh pelayanmu untuk beredar" ujar Vex terus duduk bertentangan dengan Chloe. Dia juga mencapai beberapa biskut.

Chloe menatap Vex dengan tajam dalam masa yang sama malu yang teramat. Vex dengan polos menghulurkan biskut seakan akan dia tidak membuat kesalahan apa apa.

Padahal wajah Chloe memerah sampai ke telinga.Tetapi Chloe tetap menyambut huluran biskut dari Vex. Dan makannya.

"Lalu mengapa kau ada disini?" tanya Chloe setelah menetralkan wajahnya.

"Aku rindu pada gadis kecilku" Vex tersenyum manis pada wajahnya yang tampan. Vex menggunakan penampilan manusia yang tampan plus cantik.

"Vex...berhenti menggoda ku" ujar Chloe muncul urat marah meskipun dia sedang blushing teruk.

Vex tertawa kecil melihat tingkah Chloe yang baginya cukup comel. "Ya ya....Aku berhenti..." Vex tetap menyambung tertawa terkekeh-kekeh melihat eksperisi Chloe.

"Mentang mentang tiada keluarga ku disini kau ambil kesempatan pula" ujar Chloe menutup separuh wajahnya yang blushing. Dia pura pura serius.

"Tentu...." balas Vex sambil tersenyum meleret.

Hening seketika.....sebab Chloe mulai termenung panjang.

"Chloe apa yang kau fikirkan?" tanya Vex menopang dagu di atas meja sambil menunggu jawapan gadis pujaannya.

Chloe menghela nafas. "Tidak ada"

Vex tahu Chloe berbohong tetapi nampaknya dia tidak boleh mengoreknya lebih dalam. Chloe mungkin akan serabut dengan pertanyaan nya.

"Bagaimana dengan pertemuan antara puak? Bila akan diadakan?" Vex mengubah topik.

"Hujung minggu..di Istana Musim....Apa kau datang nanti?"

"Tentu sahaja...aku akan datang bersama Azz.." jawab Vex dengan ceria.

"Kalau difikirkan kembali pasti hampir semuanya pemimpin mentah bukan? Bukankah susah untuk bawa berbincang" tambah Vex.

"Tidak semuanya.....ada je yang mungkin rasional...tetapi kalau tiada yang sayang nyawa nasiblah"

"Ini akan jadi pertemuan perdamaian atau pertemuan berdarah? " Vex jadi ragu ragu kalau nak dikatakan tiada pertumpahan darah nanti.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now